Pada tahun 2019, Hyperstealth Biotechnology telah patenkan bahan yang berkeupayaan untuk berhalimunan (invisible).

Baju ini dibuat untuk tujuan ketenteraan seperti menyembunyikan ejen, kereta kebal dan pesawat.

Bagaimana bahan ini boleh bersifat halimunan?

Sebelum saya menjelaskan lebih lanjut tentang sifat apa yang membuatkan bahan ini mempunyai keupayaan meng’halimunan’kan objek, eloklah saya kongsi dulu tentang asas penglihatan manusia.

Bagaimana manusia dapat melihat objek di sekeliling mereka?

Manusia dapat melihat kerana ada cahaya yang dipantulkan daripada objek. Kemudian, cahaya tersebut masuk ke dalam mata. Kita tidak dapat melihat dalam gelap kerana tiada pantulan cahaya daripada objek.

Jadi, macam mana nak buatkan objek menjadi halimunan?

Kalau kita hilangkan cahaya, kita terus tak nampak. Maka, cara yang paling berkesan adalah sama ada buatkan objek tersebut tidak memantulkan cahaya ataupun buatkan cahaya itu melengkung (bend) di sekitar objek.

Bagaimana?

Mereka mencipta bahan yang mampu membengkokkan pergerakan cahaya.

Kalau kita implan bahan halimunan pada epal, laluan cahaya yang lalu pada epal akan membengkok. Maka, epal itu sebenarnya dah jadi halimunan. Apa yang kita nampak ialah objek di belakang epal.

Epal jadi halimunan kerana tiada cahaya yang dipantul dari epal untuk manusia melihat epal tersebut kerana cahaya telah dibengkokkan oleh epal.

Okey bagaimana bahan ini dapat memberikan keupayaan halimunan kepada epal?

Sebelum ini, ahli fizik kata mustahil untuk menghasilkan bahan yang boleh memberikan keupayaan berhalimunan kepada objek.

Kerana menurut mereka, hal itu telah melanggur hukum optik. Antara hukum tersebut adalah Indeks Pembiasan (Refractive Index).

Apa itu Indeks Pembiasan?

Indeks Pembiasan adalah indeks kelajuan pergerakan cahaya melalui objek. Fenomena ini dipanggil pembiasan cahaya.

Kita biasa lihat perkara ini di sekeliling kita. Antara contoh terbaik adalah penyedut minuman dalam cawan. Penyedut minuman kelihatan membengkok.

Kenapa?

Sebab cahaya akan bergerak lebih perlahan apabila melalui medium tertentu dan ia disukat dengan Indeks Pembiasan. Apabila cahaya bergerak perlahan, imej yang mata kita dapat akan jadi ‘distorted’ seperti gambar yang ditunjukkan.

Indeks Pembiasan bagi air ialah 1.33. Semakin tinggi Indeks Pembiasan, semakin teruk ‘distortion image’ yang kita dapat. Contohnya, berlian mempunyai Indeks Pembiasan 2.4. Kalau kita melihat suatu pemandangan daripada berlian, imejnya sangat teruk.

Indek Pembiasan bagi udara ialah 1.0003 dan vakum pula 1.000. Sebab itulah setiap objek yang kita lihat di sekeliling kita elok saja sebab di udara atau vakum, cahaya bergerak pada tahap maksimum. Tidak perlahan.

Ahli fizik kata, nilai Indeks Pembiasan paling minimum ialah 1.000. Tidak boleh kurang daripada 1.000.

Tetapi hebatnya bahan halimunan ialah ia mempunyai Indeks Pembiasan bernilai negatif! Cahaya terus bengkok, bukan menjadi perlahan. Ia mempunyai kemampuan untuk “lightbending” (vibe Avatar).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.