Bajirao I dilahirkan pada tanggal 18 Ogos 1700 Masehi. Pada usia dua puluh tahun, beliau berkhidmat sebagai Peshwa (Perdana Menteri) kepada raja Maratha yang bernama Chhatrapati Shahu bermula pada tanggal 27 April 1720 sehingga 18 April 1740. Bajirao I turut dikenali sebagai Thorale Bajirao dan Bajirao Ballal.

Selain memainkan peranan sebagai perdana menteri, beliau juga merupakan panglima unggul Empayar Maratha yang bertanggungjawab meluaskan wilayah empayar, khususnya di sempadan utara. Dalam kalangan sembilan orang Peshwa dari keluarga Bhat, Bajirao I dianggap sebagai yang paling berpengaruh antara semua. Sepanjang kariernya yang berlangsung selama 20 tahun, beliau tidak pernah kalah walau dalam satu pertempuran.

KEHIDUPAN PERIBADI BAJIRAO I

Kehidupan peribadinya cukup dramatic. Isteri pertama beliau bernama Kashibai dan melalui perkahwinan tersebut, mereka berdua dikurniakan tiga orang anak lelaki, iaitu Balaji Baji Rao (turut dikenali sebagai Nana Saheb), Raghunath Rao, dan Janardan Rao yang meninggal dunia pada usia muda. Sebagai makluman, Nana Saheb merupakan putera Bajirao yang menggantikannya sebagai Peshwa pada tahun 1740, sejurus selepas kem4-tiannya.

Isteri kedua beliau pula bernama Mastani dan Bajirao sangat mengasihi isteri mudanya itu. Mastani merupakan puteri kepada raja Chhatrasal (1649-1731). Sebagai bukti kecintaannya kepada Mastani, Bajirao membina sebuah istana di Pune. Istana tersebut dinamakan sebagai Mastani Mahal. Replika istana ini boleh disaksikan di Muzium Raja Dinkar Kelkar, Pune, di mana antara tarikan replika tersebut adalah ia turut merangkumi sebahagian runtuhan istana asal.

Tugu Peshwa Bajirao I di luar Shaniwar Wada (Istana Wada), Pune

Walaupun perasaan kasih Bajirao terhadap isteri keduanya itu sangat mendalam, ia tidak menerima restu daripada masyarakat Hindu-Brahmin pada waktu itu. Hal ini kerana ibunda Mastani adalah seorang Muslimah, justeru membangkitan krisis dalam keluarga Bhat. Ibu kepada Bajirao, iaitu Radhabai, dan saudaranya, Chimnaji Appa, enggan menerima Mastani sebagai ahli keluarga mereka. Bahkan, Chimnaji Appa telah beberapa kali cuba untuk membvnv-hnya. Namun, kesemua cubaannya itu digagalkan oleh Chhatrapati Shahu.

Pada tahun 1734, Bajirao dan Mastani dikurniakan seorang putera. Nama sebenar putera itu ialah Krishna Rao. Namun sewaktu Bajirao mahu menjadikannya sebagai seorang Brahmin, pendeta-pendeta Hindu enggan mengadakan upacara upanayana atau upacara penamaan Hindu buat putera tersebut disebabkan ibunya, Mastani, berketurunan Muslim.

Oleh kerana itu, Krishna Rao dibesarkan sebagai seorang Muslim dan dikurniakan nama Shamsher Bahadur. Pada usia enam tahun, Kashibai mengasuh dan membesarkan anak itu seperti anak kandungnya sendiri. Setelah meningkat dewasa, Shamsher Bahadur dikurniakan sebahagian wilayah pemerintahan ayahnya di Kalpi dan Banda untuk ditadbir.


Potret yang dipercayai menggambarkan Mastani

Pada tahun 1761, Pertempuran Panipat Ketiga berlaku. Dalam pertempuran tersebut, Shamsher Bahadur yang ketika itu berusia sekitar 27 tahun membarisi pasukan tentera Bajirao namun malangnya, beliau terkorban. Anaknya yang bernama Ali Bahadur kemudian mentadbir wilayah milik Bajirao di Bundelkhand dan seterusnya, bertanggungjawab menubuhkan negara Banda.

KEM4-TIAN MENYUSULI KEM4-TIAN

Semasa melakukan tinjauan ke atas tanah-tanah feudal miliknya (atau disebut sebagai jagir) pada tahun 1740, Bajirao meninggal dunia akibat dis3-rang demam panas atau strok secara tiba-tiba. Ketika itu, beliau berhasrat mahu berangkat ke Delhi bersama 100,000 orang tentera dan sempat berkhemah di kawasan berhampiran Indore, daerah Khargon.

Namun, hajatnya tidak kesampaian dan abu beliau ditaburkan di Sungai Narmada, Raverkhedi, tepat pada tanggal 28 April tahun sama. Bagi memperingati ketokohan beliau, sebuah chhatri (astaka berbentuk kubah) dibina di situ. Beberapa tempoh kemudian, astaka tersebut dikelilingi oleh sebuah dharamshala (sebuah kompleks perteduhan yang mempunyai konotasi keagamaan) dan dilengkapkan dengan dua buah kuil, satu untuk Shiva dan satu lagi untuk Rama.

Sambil itu bagi Mastani pula, khabar kem4-tian suaminya sampai ke pengetahuannya bersama sapaan ajal. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di kawasan berhampiran Pune, di Kampung Pabal. Punca kem4-tiannya tidak dapat dipastikan.

Sebahagian sejarahwan berpendapat beliau meninggal dunia akibat terkejut, sambil yang lain pula meyakini bahawa beliau membv-nuh diri dalam upacara sati (satu istiadat di zaman silam, di mana isteri akan membv-nuh diri bagi menyusuli kem4-tian suami). Mastani disemadikan di Pabal, dengan kuburnya dikenali sebagai mazaar-Mastani atau Samadhi.

Binaan bagi memperingati Bajirao di Raverkhedi

MEMPERINGATI PAHLAWAN P3-RANG INDIA YANG TIDAK PERNAH KALAH

Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, Bajirao tidak pernah tewas sepanjang menjawat kedudukan sebagai perdana menteri dan panglima tentera. Dalam banyak-banyak kempen ketenteraan yang disertainya, antara yang paling unggul adalah kempen memerangi Nizam, Malwa, Bundelkhand, Gujarat, dan Siddi.

Bajirao masyhur dengan kepantasan taktikalnya. Beliau gemar memanfaatkan kelajuan pasukan kavalri dan melancarkan s3-rangan penuh ke atas musuh. Atas sebab itu, beliau ada kalanya dipanggil sebagai panglima kavalri.

Kemenangannya di Palkhed adalah salah satu contoh keefisienan mobiliti pasukan tenteranya. Bajirao juga mahir memanfaatkan rupa bumi, sekaligus memudahkannya untuk mengepung musuh dengan pantas dan mencantas laluan perbekalan musuh. Beliau juga bijak dalam mengaplikasikan seni-seni pep3rangan seperti mengalihkan perhatian musuh, memaksa musuh turun ke medan tempur pilihannya, menyerang dari arah yang tidak dijangka, dan memporak-perandakan barisan mereka.

Plak maklumat yang ditampal di bawah tugu Bajirao Peshwa yang menyifatkan beliau sebagai RannMard atau “Pahlawan Unggul” (atau lebih harfiah, Lelaki Medan P3rang)

Pada hari ini di India, Bajirao dikenang sebagai seorang perwira unggul dan pahlawan ulung. Kisah hidup beliau bahkan diabadikan dalam sebuah filem tahun 2015 yang berjudul “Bajirao Mastani”, yang banyak menceritakan kisah percintaan Bajirao dan isteri keduanya, Mastani, di samping keunggulannya dalam medan p3rang.

TERJEMAHAN:

Valda Roric. (6 April 2016). Bajirao I – Prime Minister of the Maratha Empire and a Man of the Battlefield. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/bajirao-i-prime-minister-maratha-empire-and-man-battlefield-005660


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.