Bahaya Ketagihan Telefon Pintar

658

Telefon pintar kini dianggap lumrah dalam kehidupan moden hari ini. Ia digunakan dalam banyak perkara dari emel dan media sosial hinggalah transaksi nirtunai. Tetapi jika anda terlalu ket4gih menggunakannya, kesannya terhadap otak sama seperti ket4gihan d4d4h.

Berdasarkan satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Addictive Behaviours, satu bahagian otak yang dikenali sebagai jirim kelabu boleh berubah dari segi saiz dan bentuk bila seseorang itu mengalami ket4gihan laman media sosial.

Jirim kelabu ialah bahagian otak yang mengawal penglihatan, emosi, ucapan, pendengaran, memori dan kawalan kendiri. Kajian-kajian lain turut melaporkan perubahan sama yang dialami otak akibat ket4gihan d4d4h.

Kajian yang dibuat oleh Universiti Heidelberg, Jerman ini mempersoalkan sama ada telefon pintar benar-benar tidak berb4haya seperti didakwa. Ini kerana individu boleh saja berpotensi atau lebih berisiko terkena ket4gihan telefon pintar.

Kajian ini turut disokong oleh statistik. Di Amerika sahaja, 24% kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun mempunyai telefon pintar. Manakala 67% remaja mempunyai gajet yang sama.

Manakala remaja yang lebih muda menghabiskan masa sekurang-kurangnya enam jam sehari menggunakan telefon pintar. Satu kaji selidik yang dijalankan Rescue Time turut mendedahkan warga Amerika menghabiskan purata empat jam sehari dengan telefon pintar.

Syarikat-syarikat seperti Apple dan Android menyediakan ciri-ciri yang membenarkan pengguna bijak memanfaatkan masa dengan telefon pintar. Manakala aplikasi-aplikasi seperti Moment and Freedom membantu pengguna yang ket4gih menghalang akses ke aplikasi dan laman sesawang tertentu.

RUJUKAN:

Murphy, Coral. (2020). You might just be addicted: Smartphone use physically affects your brain, study says. The Star. https://www.thestar.com.my/tech/tech-news/2020/02/25/you-might-just-be-addicted-smartphone-use-physically-affects-your-brain-study-says

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.