Di puncak Gunung Sinai ini dikatakan bahawa Tuhan telah memberikan Sepuluh Perintah kepada Nabi Musa dan di kaki gunung ini juga terletaknya Biara St Catherine. Biara ini merupakan salah satu perpustakaan paling tua di dunia yang masih terus berfungsi. St Catherine menempatkan sejumlah buku dan manuskrip tertua dan paling berharga di dunia. Semua ini dijaga rapi oleh para rahib.

Kebanyakan teks tersebut adalah berupa manuskrip dan sebahagian besarnya ditulis di dalam bahasa Yunani dan Latin. Bagaimanapun baru-baru ini, saintis telah mendedahkan bahasa baru di dalam manuskrip tersebut. Sebahagian kecilnya tidak pernah digunakan semenjak Zaman Gelap.

Masalahnya adalah bahasa ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
Semasa tulisan ini ditulis pada awalnya, para rahib hanya menulis di dalam bahasa kuno. Bagaimanapun, kertas kekulit yang mereka gunakan waktu itu sangat berharga lalu kekulit itu selalunya digunakan semula.

Teks yang dirasakan kurang penting telah digosok bersih lalu bahagian itu digunakan semula untuk penulisan maklumat yang lebih penting di mana selalunya ia ditulis di dalam bahasa lain yang lebih sejagat atau bahasa moden. Teks-teks ini yang mengandungi berlapis-lapis tulisan dikenali sebagai palimpsest.

Serambi Gereja St Catherine di Biara Iskandariah pada abad ke-14, Cittaducale, Lazio, Itali

Kini, setelah menggunakan teknologi terbaru, sepasukan pengkaji telah membentuk cara untuk membongkar tulisan kuno di atas palimpsest di Biara St Catherine dan telah menjumpai bahasa yang selama ini disangkakan pupus. Salah satu daripada bahasa tersebut ialah bahasa Albania Kaukasia. Bahasa ini sudah diabaikan semenjak abad ke-8. Bahasa lain termasuklah bahasa Aramaik Palestin Kristian yang merupakan campuran antara Syriac dan Yunani.

Bagi membongkar tulisan-tulisan yang tersembunyi itu, para saintis telah mengambil gambar manuskrip tersebut dengan menggunakan pelbagai spektrum cahaya dan melalukan imej-imej tersebut di bawah algoritma elektronik. Hal ini membolehkan mereka melihat tulisan pertama yang ditulis di helaian tersebut.

Michael Phelps, seorang pengkaji di Perpustakaan Elektronik Manuskrip Purba di California, memanggil perkembangan ini sebagai permulaan sebuah “penemuan zaman keemasan yang baru”.

“Zaman Penemuan ini tidak akan berakhir,” beliau berkata. “Pada abad ke-20, manuskrip-manuskrip baru telah dijumpai di dalam gua. Pada abad ke-21, kami akan menggunakan teknik baru ke atas manuskrip-manuskrip itu yang selama ini berada di dalam dakapan kita. Kami akan menebus semula ‘suara’ (bahasa) yang telah hilang ditelan zaman.”

Seterusnya Phelps memuji pihak biara di atas kerja mereka menyimpan rekod dan tumpuan mereka di dalam pemuliharaan sejarah.
“Saya tidak mengetahui mana-mana perpustakaan di dunia ini yang setanding dengan mereka. Biara adalah sebuah institusi yang berasal daripada Empayar Rom yang masih berterusan berfungsi mengikut misi asalnya,” kata beliau.

Bagaimanapun, beliau juga menyatakan bahawa walaupun rahib wajar dipuji kerana merekod sejarah, mereka juga perlu dipersalahkan kerana memadam kertas kekulit yang dipegang oleh mereka.

“Pada suatu ketika, bahan manuskrip itu menjadi lebih bernilai berbanding nilai tulisan tersebut. Maka ia dirasakan lebih berbaloi untuk mengitar semula kertas berkenaan,” kata Phelps.

Selain daripada penemuan teks bahasa Albania Kaukasia, pengkaji juga telah menjumpai apa yang difikirkan sebagai salinan kitab injil pertama diketahui ditulis di dalam bahasa Arab. Begitu juga contoh-contoh tulisan awal ahli falsafah Yunani, Hippocrates.

SUMBER:

Katie Serena. (8 September 2017). Lost Languages Discovered In One Of The World’s Oldest Libraries. All That Interesting.
https://allthatsinteresting.com/lost-languages-discovered



Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Dilahirkan di Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan di dalam bidang perubatan di RCSI, Ireland, dan PMC(RUMC), Pulau Pinang. Kini, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana (Master) dalam bidang Kesihatan Awam. Seorang yang meminati hal-ehwal sejarah, falsafah, geopolitik dan bahasa. Cenderung kepada Gagasan Islamisasi Ilmu oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Mempunyai pengalaman dalam menerjemah buku dan sedang mempelajari bahasa Rusia dan Mandarin. Bercita-cita untuk menjadi seorang polymath dan polyglot.

Comments are closed.