Bahasa Serumpun Dengan Orang Melayu (Austronesia) Di Taiwan

1,467

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Austronesia adalah sebuah keluarga bahasa yang tersebar di Maritim Asia Tenggara, Madagascar dan Kepulauan Pasifik serta di benua Asia. Taiwan ataupun nama rasminya Republik Cina (ROC) adalah sebuah negara berdaulat yang hanya diiktiraf oleh Swaziland, Kota Vatikan, Kiribati, Kepulauan Marshall, Nauru, Palau, Kepulauan Soloman, Tuvalu, Haiti, Saint Kitts and Nevis, Saint Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Belize, El Savador, Guatemala, Honduras, Nicaragua dan Uruguay. Taiwan bersempadan dengan Republik Rakyat Cina (PRC), Jepun dan Filipina di bahagian barat, timur laut dan selatan negara tersebut.

Taiwan mempunyai 24 juta penduduk di mana 2.3% daripadanya merupakan orang asli yang berbahasa Austronesia. Terdapat dua puluh enam bahasa Austronesia di negara tersebut di mana sekurang-kurangnya sepuluh daripadanya telah pupus dan lima bahasa yang lain terancam secara bertahap. Pada masa kini, kerajaan telah mengiktiraf enam belas bahasa daripada rumpun tersebut.

Atayal dan Seediq adalah bahasa Austronesia cabang Atayalik di bawah subkeluarga Formosa Utara. Pada tahun 2002, seramai 84 000 orang menjadikan bahasa Atayal sebagai bahasa ibunda. Pada tahun 2008, seramai 20 000 orang telah menjadikan bahasa Seediq sebagai bahasa ibunda. Penutur bahasa Atayal mendiami utara Taiwan manakala bahasa Seediq di bahagian tengah, timur dan pesisiran pantai negara tersebut. Hitungan 1-10 dalam bahasa Seediq ialah kingal, deha, teru, sepat, rima, mataru, mpitu, maspat, mengari, maxal.

Rukai adalah bahasa Austronesia secara bersendirian. Pada tahun 2005, seramai 10 500 orang telah menjadikan bahasa Rukai sebagai bahasa ibunda. Penutur bahasa ini mendiami wilayah Kaoshiung, Taidong dan Pingtung.

Saisiyat dan Thao adalah bahasa Austronesia di bawah subkeluarga Formosa Utara. Pada tahun 2002, seramai 4750 daripada 7900 etnik Saisiyat telah menjadikan bahasa Saisiyat sebagai bahasa ibunda. Seramai 6 daripada 300 etnik Thao telah menjadikan bahasa Thao sebagai bahasa ibunda. Kata ganti nama diri nominatif pertama, kedua, ketiga, pertama jamak (inklusif), pertama jamak (ekslusif), kedua jamak dan ketiga jamak masing-masing dalam bahasa Saisiyat ialah yako, so’o, sia, ‘ita, yami, moyo dan lasia. Kata ganti nama diri nominatif pertama, kedua, ketiga, pertama jamak (inklusif), pertama jamak (ekslusif), kedua jamak dan ketiga jamak masing-masing dalam bahasa Thao ialah yaku, ihu, thithu, ita, yamin, maniun dan thaythuy.

Kavalan, Sakizaya dan Amis adalah bahasa Austronesia di bawah subkeluarga Formosa Timur. Pada tahun 2000, seramai 24 orang telah menjadikan bahasa Kavalan sebagai bahasa ibunda. Pada tahun 2017, seramai 913 orang telah menjadikan bahasa Sakizaya sebagai bahasa ibunda. Pada tahun 2009 seramai 181 000 telah menjadikan bahasa Amis sebagai bahasa ibunda. Kata ganti nama diri nominatif pertama, kedua, ketiga, pertama jamak (inklusif), pertama jamak (ekslusif), kedua jamak dan ketiga jamak masing-masing dalam bahasa Kavalan ialah aiku, aisu, aizipna tiyau, aita, aimi, aimu dan qaniyau. Hitungan 1-10 dalam bahasa Amis ialah cecay, tosa, tolo, sepat, lima, enem, pito, falo, siwa, polo’.

Bunun, Puyuma dan Paiwan adalah bahasa Austronesia secara bersendirian. Pada tahun 2002, seramai 38 000, 8 500 dan 66 000 orang telah menjadikan bahasa Bunun, Puyuma dan Paiwan masing-masing sebagai bahasa ibunda. Akar kata ganti nama diri pertama, kedua, ketiga, pertama jamak (inklusif), pertama jamak (ekslusif), kedua jamak dan ketiga jamak masing-masing dalam bahasa Bunun ialah –ak-, -su-, -is-, -at-, – ðam-, -amu-, dan -in-. Kata ganti nama diri bebas pertama, kedua, ketiga, pertama jamak (inklusif), pertama jamak (ekslusif), kedua jamak dan ketiga jamak masing-masing dalam bahasa Puyuma ialah nanku, nanu, nantu, nanta, naniam, nanemu dan nantu.

Tsou, Kanakanabu dan Saaroa adalah bahasa Austronesia secara bersendirian, di bawah cabang Tsouik dan Tsouik masing-masing. Pada tahun 2002, seramai 2 100 orang telah menjadikan bahasa Tsou sebagai bahasa ibunda. Seramai 4 daripada 250 etnik Kanakanabu telah menjadikan bahasa Kanakanabu sebagai bahasa ibunda. Pada tahun 2012, seramai 10 daripada 400 etnik Saaroa telah menjadikan bahasa Saaroa sebagai bahasa ibunda. Hitungan 1-10 dalam bahasa Tsou ialah coni, yuso, tuyu, sʉptʉ, eimo, nomʉ, pitu, voyu, sio, maskʉ.

Yami adalah bahasa Austronesia di bawah subkeluarga Malayo-Polinesia. Pada tahun 2006, seramai 3 800 orang telah menjadikan bahasa ini sebagai bahasa ibunda di negara tersebut khususnya di Pulau Orkid ataupun nama asalnya Ponso no Tao (Pulau Orang). Bahasa ini serumpun dengan bahasa-bahasa Filipina seperti Filipino, Ilokano dan Tagalog. Contoh kosa kata Yami ialah tao (orang), anak (anak), ina (emak), ama (ayah), vato (batu), líma (lima), araw (hari), kanen (makan), Oo (Kepala). Oo dan Vato dalam Bahasa Yami serumpun dengan Hulu dan Batu dalam bahasa Melayu.

Kesimpulan, itu adalah contoh bahasa Austronesia yang dituturkan di Taiwan. Tidak ramai penduduk negara tersebut menjadikan bahasa-bahasa Austronesia sebagai bahasa ibunda. Malah ada segelintir penduduk asli negara tersebut ada yang beralih ke bahasa Mandarin, Hokkien ataupun Hakka sebagai bahasa ibunda.

RUJUKAN:

Map of Taiwan. Retrieved April 4, 2019 from https://www.google.com/maps/place/Taiwan/@23.4212975,115.5890508,6z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!1s0x346ef3065c07572f:0xe711f004bf9c5469!8m2!3d23.69781!4d120.960515

Countries That Recognize Taiwan. Retrieved April 4, 2019 from https://www.worldatlas.com/articles/which-countries-recognize-taiwan-as-a-country.html

Austronesian Languages. Retrieved April 4, 2019 from https://www.britannica.com/topic/Austronesian-languages

Statistics of Indigenous Population in Taiwan and Fukien Areas. Retrieved April 4, 2019 from https://web.archive.org/web/20060830083123/http://www.apc.gov.tw/en/statistic/number2.aspx

Atayal At Ethnologue. Retrieved April 4, 2019 from https://www.ethnologue.com/18/language/tay/

Seediq At Ethnologue. Retrieved April 4, 2019 from https://www.ethnologue.com/18/language/trv/

Number in Seediq. Retrieved April 4, 2019 from https://www.omniglot.com/language/numbers/seediq.htm

Rukai at Ethnologue. Retrieved April 4, 2019 from https://www.ethnologue.com/18/language/dru/

Saisiyat at Ethnologue. Retrieved April 4, 2019 from https://www.ethnologue.com/language/xsy

Thao at Ethnologue. Retrieved April 4, 2019 from https://www.ethnologue.com/language/ssf

Kavalan at Ethnologue. Retrieved April 4, 2019 from https://www.ethnologue.com/language/ckv

Sakizaya at Ethnologue. Retrieved April 4, 2019 from https://www.ethnologue.com/language/szy

Amis at Ethnologue. Retrieved April 4, 2019 from https://www.ethnologue.com/language/ami

Bunun at Ethnologue. Retrieved April 4, 2019 from https://www.ethnologue.com/language/bnn

Puyuma at Ethnologue. Retrieved April 4, 2019 from https://www.ethnologue.com/language/pyu

Paiwan at Ethnologue. Retrieved April 4, 2019 from https://www.ethnologue.com/language/pwn

Tsou at Ethnologue. Retrieved April 4, 2019 from https://www.ethnologue.com/language/tsu

Kanakanabu at Ethnologue. Retrieved April 4, 2019 from https://www.ethnologue.com/language/xnb

Saaroa at Ethnologue. Retrieved April 4, 2019 from https://www.ethnologue.com/language/sxr

Yami at Ethnologue. Retrieved April 4, 2019 from https://www.ethnologue.com/language/tao

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.