Di negara-negara atas angin, wujud pelbagai institut pengajian bahasa Asia dan Afrika di universiti-universiti terkemuka milik mereka. Salah satu daripadanya ialah Institut Pengajian Asia dan Afrika (IPAA), Lomonosov Moscow State University (MSU).

Terdapat satu mitos yang menyelubungi kewujudan fakulti ini. Semasa Nikita Khrushchev mengadakan lawatan ke India pada tahun 1955, seorang wartawan bertanya sama ada wujud pengajian Bahasa Hindi di Kesatuan Soviet. Khrushchev menjawab pengajian tersebut wujud di sana.

Bagi mengelak ‘bohong sunatnya’ terbongkar, beliau mengarahkan sebuah fakulti yang didedikasikan kepada pengajian Asia dibuka di MSU pada 1956. Ia kemudian ditukar nama kepada IPAA dan nama tersebut terus kekal hingga hari ini.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Cerita sebegini mungkin mengundang tawa dalam kalangan alumni yang pernah menghadiri fakulti berkenaan. Bagi Dr Victor A Pogadaev, cerita realistik penubuhan institut itu ialah Rusia/Kesatuan Soviet melihatnya sebagai keperluan. Ini kerana sekitar akhir 40-an, 50-an dan 60-an menyaksikan negara-negara Asia dan Afrika mencapai kemerdekaan daripada belenggu penjajahan.

Dengan kemunculan negara-negara baru ini seperti Malaysia, Indonesia dan India, wujud keperluan menghasilkan pakar-pakar yang bukan saja arif tentang bahasa sesebuah negara. Malah, mereka juga perlu mempunyai pengetahuan mendalam negara-negara terutama dari segi sejarah dan kebudayaan.

Selepas ditukar nama kepada IPAA pada 1972, fokus utama mereka ialah pengajian Melayu-Indonesia. Sehingga hari ini, ia terus menjadi pusat utama pembelajaran Bahasa Melayu dan variannya di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Dr Pogadaev yang menyertai fakulti berkenaan sebagai pelajar pada tahun 1965 masih ingat pengalaman manis semasa berada di situ. Bahasa Melayu diajar oleh Andrei Pavlenko dan Lyudmila Demidyuk, sejarah (Dega Deopik, Elizaveta Gnevusheva, Rustem Sevortyan dan Yuri Gavrilov), ekonomi (Alexander Pekarsky), kesusasteraan (Nadezhda Smurova) dan amali bahasa (Profesor Intojo dan Sjahrul Sjarif dari Indonesia).

Bagi mendapatkan latihan amali dalam Bahasa Melayu, Dr Pogadaev dan rakan-rakannya memilih Universiti Malaya sebagai tempat latihan pada tahun 1970. Walaupun kumpulan ini kecil, sebahagian besar daripada pelajar yang menamatkan pengajian kemudiannya memberi sumbangan besar kepada pengajian Bahasa Melayu-Indonesia di Rusia.

Salah seorang daripada mereka ialah Tatiana Dorofeeva. Menurut Dr Pogadaev, selain berkhidmat sebagai pensyarah Bahasa Melayu, Dorofeeva turut menyumbang sebagai penterjemah karya-karya Melayu ke Bahasa Rusia. Antara karya-karya Melayu yang diterjemah beliau ialah cerpen-cerpen Allahyarham Datuk Usman Awang dan novel yang dikarang Allahyarham Datuk Shahnon Ahmad, Seluang Menodak Baung.

Sementara seorang lagi alumni, Zhenya Rudenko bekerja di syarikat penerbitan Progress di bawah divisyen negara-negara Timur. Di situ, beliau bekerja sebagai penyunting karya-karya yang diterjemah pakar-pakar bahasa termasuk Bahasa Melayu. Salah satu karya terjemahan yang pernah disunting Rudenko ialah terjemahan Bumi Manusia yang dikarang oleh sasterawan Indonesia terkenal, Pramoedya Ananta Toer.

Manakala Alla Borukhovskaya yang bekerja di syarikat penerbitan sama bertanggungjawab menterjemah salah satu karya Datuk Usman Awang iaitu Tu.la.ng-Tu.la.ng Berserakan. Seda Kuznetsova pula menulis sebuah buku tentang budaya orang Jawa sebelum berpindah ke London.

Kini, usaha menyemarakkan pengajian Melayu-Indonesia kini diteruskan oleh generasi terbaru yang dihasilkan oleh fakulti berkenaan. Eugenia Kukushkina yang mengetuai Jabatan Bahasa Asia Tenggara turut mengajar Bahasa Melayu dan membuat penyelidikan tentang kesusasteraan Melayu.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Minatnya terhadap bahasa berkenaan turut dikongsi oleh pelajar-pelajarnya seperti Artyom. Bila ditanya oleh Dr Pogadaev mengapa dia berminat mengambil pengajian berkenaan, Artyom yang baru saja tamat pengajian memberitahu dia melihat Bahasa Melayu dan Malaysia sebagai menarik. Ini kerana Malaysia dilihat merangkumi semua ciri yang dibayangkan tentang sesebuah negara Asia – populasi pelbagai negara dan sejarah unik yang menggabungkan legasi Islam dan Hindu-Buddha sekaligus mewujudkan unsur Asia yang unik.

RUJUKAN:

A. Pogadaev, Victor. (2021). Malay language interest flourishing in Russia. New Straits Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.