I$r43l adalah sebuah “negara” Timur Tengah yang menghadap Lautan Mediterranean. “Negara” seluas 22 072 km² yang berpenduduk lebih 9.2 juta orang itu bersempadan dengan Mesir, Gaza, Jordan, Lubnan, Syria dan Tebing Barat.
Persoalannya, bahasa apakah yang dituturkan di sebuah “negara” yang diiktiraf oleh 149 daripada 195 buah negara itu? Artikel ini barangkali akan menjawab sedikit persoalan kita. Harap dapat membacalah dengan tenang dan hati yang terbuka.
NAMA “NEGARA”
Nama “I$r43l” merujuk kepada Bani I$r43l. Ini bermakna secara teorinya puak Rubin, Sham’un, Lawi, Yahuza, Zabulun, Yasakar, Dan, Jad, ‘Ashir, Naftali, Yusuf, dan Bunyamin perlu berkumpul ke sana. Untuk pengetahuan semua, kaum Y4hvd1 yang sebenar adalah daripada puak Yahuza.
Perkataan “I$r43l” berasal daripada Bahasa Hebrew iaitu, “Yisra’el (ישראל)”. Perkataan tersebut membawa maksud “Melawan Tuhan”. Menurut Perjanjian Lama, I$r43l iaitu nama samaran Nabi Yaakub telah bergusti dengan Malaikat.
NAMA RASMI “NEGARA”
Untuk pengetahuan semua, terdapat dua nama rasmi bagi “negara” tersebut. Nama tersebut adalah “Medinat Yisraʾel” dan “Daulat I$r43l”. Kedua-dua nama rasmi tersebut masing-masing adalah dalam Bahasa Hebrew dan Bahasa Arab.
Medinat (מדינת) membawa maksud “pemerintahan berdaulat”. Perkataan Hebrew itu berasal daripada Bahasa Aramaik iaitu “məḏīntā (מדינתא)” yang bermaksud “wilayah”, “negara” dan “kota”.
Daulat (دولة) membawa maksud “pemerintahan berdaulat”. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “daulat” ditakrifkan sebagai “mempunyai kedudukan yang tinggi dan berkuasa”.
BAHASA HEBREW
Antara bahasa yang terdapat di I$r43l adalah Bahasa Hebrew. Menurut Bancian Sosial Kerajaan Pada Tahun 2011 untuk warganegara berusia lebih 20 tahun dan ke atas, sebanyak 49% penduduk telah menjadikan bahasa rasmi itu sebagai bahasa ibunda.
Bahasa ini digunakan dalam agama Y4hvd1, sesi mahkamah, pendidikan dan kerajaan. Pendidikan di Sekolah Jenis Arab wajib mempelajari Bahasa Hebrew apabila mencapai darjah tiga. Pelajar perlu lulus dalam peperiksaan bahasa berkenaan untuk diterima masuk ke dalam universiti.
BAHASA ARAB
Antara bahasa yang terdapat di I$r43l adalah Bahasa Arab. Menurut Bancian Sosial Kerajaan Pada Tahun 2011 untuk warganegara berusia lebih 20 tahun dan ke atas, sebanyak 18% penduduk telah menjadikan bahasa istimewa itu sebagai bahasa ibunda.
Setiap penutur Arab mempunyai “dialeknya” yang tersendiri. Orang Druze dan Arab bertutur dalam dialek Palestin. Orang Badwi juga mempunyai dialeknya yang tersendiri. Generasi tua Mizrahi masih bertutur dalam Bahasa Y4hvd1-Arab.
BAHASA RUSIA
Antara bahasa yang terdapat di I$r43l adalah Bahasa Rusia. Menurut Bancian Sosial Kerajaan Pada Tahun 2011 untuk warganegara berusia lebih 20 tahun dan ke atas, sebanyak 15% penduduk telah menjadikan bahasa tersebut sebagai bahasa ibunda.
Ketika zaman Kesatuan Soviet, ramai orang Y4hvd1 dari Rusia telah berhijrah ke I$r43l. Terdapat saluran televisyen yang berbahasa tersebut di “negara” itu. Maklumat dalam bahasa berkenaan dijamin kerajaan “negara” itu.
BAHASA YIDDISH
Menurut Bancian Sosial Kerajaan Pada Tahun 2011 untuk warganegara berusia lebih 20 tahun dan ke atas, sebanyak 2% penduduk telah menjadikan bahasa Yiddish sebagai bahasa ibunda. Bahasa ini dituturkan oleh Ashkenazi.
BAHASA PERANCIS
Menurut Bancian Sosial Kerajaan Pada Tahun 2011 untuk warganegara berusia lebih 20 tahun dan ke atas, sebanyak 2% penduduk telah menjadikan bahasa Perancis sebagai bahasa ibunda. Bahasa ini dituturkan oleh pendatang Tunisia, Algeria, Maghribi dan mana-mana negara penutur Perancis (Francophone).
BAHASA INGGERIS
Menurut Bancian Sosial Kerajaan Pada Tahun 2011 untuk warganegara berusia lebih 20 tahun dan ke atas, sebanyak 2% penduduk telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda. Bahasa ini diajar di sekolah menengah, program televisyen dan banyak jurusan di universiti.
BAHASA SEPANYOL
Menurut Bancian Sosial Kerajaan Pada Tahun 2011 untuk warganegara berusia lebih 20 tahun dan ke atas, sebanyak 1.6% penduduk telah menjadikan bahasa Sepanyol sebagai bahasa ibunda. Selain pendatang Y4hvd1 Latino dan Hispanik, bahasa ini terkenal kerana lambakan telenovela.
LAIN-LAIN BAHASA
Menurut Bancian Sosial Kerajaan Pada Tahun 2011 untuk warganegara berusia lebih 20 tahun dan ke atas, sebanyak 10% penduduk telah menjadikan lain-lain bahasa sebagai bahasa ibunda.
Contoh bahasa yang terdapat di sana adalah Romania, Jerman, Ladino, Mandarin, Y4hvd1-C1n4, Itali, Kurdish, Turki dan sebagainya. Terdapat sebilangan pekerjaan di Tel Aviv dan Baitulmuqaddis yang memerlukan pekerja yang berbahasa Mandarin.
AKHIR KATA
Kesimpulannya, itu adalah antara bahasa yang terdapat di “negara” itu. Untuk pengetahuan semua, terdapat 34 bahasa sedang digunakan di “negara” itu. Selepas tahun 2018, penduduk disatukan dengan Bahasa Hebrew.
Apakah yang kami terlupa tentang “negara” merdeka pada hari Jumaat bertarikh 14hb Mei 1948 itu? Harap berikan ulasan anda di dalam ruang ulasan di bawah.
RUJUKAN:
I$r43l Satellite Image. Dicapai pada 18hb Ogos 2020 dari https://geology.com/world/I$r43l-satellite-image.shtml
International Recognition of I$r43l? Dicapai pada 18hb Ogos 2020 dari https://www.jewishvirtuallibrary.org/international…
How Many Countries Are There In The World? Dicapai pada 18hb Ogos dari https://www.worldometers.info/…/how-many-countries-are…/
Siapakah Bani I$r43l, Y4hvd1 dan Zionisme. Dicapai pada 18hb Ogos dari https://www.google.com/…/siapakah-bani-I$r43l…/amp/
Behind The Name: I$r43l. Dicapai pada 18hb Ogos 2020 dari https://www.behindthename.com/name/I$r43l
Dewan Bahasa dan Pustaka: daulat. Dicapai pada 18hb Ogos 2020 dari https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=daulat
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Languages of I$r43l. Dicapai pada 18hb Ogos 2020 dari ttps://www.daytranslations.com/blog/languages-of-I$r43l/amp/
Ch1n3s3 Jobs in I$r43l. Dicapai pada 18hb Ogos 2020 dari https://il.linkedin.com/jobs/Ch1n3s3-jobs