Bahasa-Bahasa Nada Diseluruh Dunia

0
383
views

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, “fonologi” ditakrifkan sebagai istilah pengetahuan tentang sistem bunyi dalam sesuatu bahasa manakala menurut Kamus Dewan Edisi Kedua, “nada” ditakrifkan sebagai bunyi suara yang melahirkan atau membayangkan sesuatu perasaan atau sikap ataupun aliran dan rentak. Dalam bidang bahasa “fonologi” adalah sebuah cabang linguistik yang berkaitan dengan organisasi sistem bunyi dalam bahasa manakala “nada” adalah laras bunyi untuk membezakan makna dalam sesuatu perkataan. Ini bermakna, setiap makna perkataan dalam segelintir bahasa adalah bergantung kepada turun, naik, turun dan naik, naik dan turun serta sebagainya sesuatu bunyi.

Bahasa Mandarin adalah antara contoh bahasa nada. Bahasa Mandarin variasi Beijing dipilih sebagai asas kepada bahasa ini. Bahasa yang dituturkan oleh 1.107 bilion orang itu mempunyai empat (4) atau lima (5) nada. Nada tersebut adalah tinggi (yīn píng, 陰平), menaik (yáng píng, 陽平), turun dan naik (shǎng, ), menurun (qù, ) serta neutral (qīng, ). Contoh perkataan: emak (mā,), ganja (má, ), kuda (mǎ, ), marah (mà, ) dan “kata tanya” (ma, ).

Bahasa Kantonis adalah bahasa nada. Bahasa yang dituturkan oleh 80 juta orang itu mempunyai enam (6) hingga sembilan (9) nada. Nada tersebut adalah aras tinggi (yīn píng, 陰平), aras sederhana naik (yīn shǎng, 陰上), aras sederhana (yīn qù, 陰去), aras rendah menurun (yáng píng, 陽平),  aras rendah menaik (yáng shàng,陽上), aras rendah (yáng qù, 陽去), aras tinggi (shàng yīn rù, 上陰入), aras sederhana (xià yīn rù, 下陰入) serta aras rendah (yáng rù, 陽入). Contoh perkataan: puisi (sī, ), sejarah (sí, ), ujian (si, ), masa (sìh, ), kota (síh, ), ya (sih, ), pengetahuan (sīk, ), timah (sek, ) dan makanan (sihk, ).

Bahasa Vietnam adalah bahasa nada. Variasi Utara mempunyai enam (6) nada. Nada tersebut adalah aras tengah (ngang), rendah menurun (huyền), tengah menaik (sắc), tengah menurun (nặng), tengah menurun-naik (hỏi) dan tengah menaik glotis (ngã). Contoh perkataan adalah tiga (ba), perempuan (bà), gabenor (bá), secara rawak (bạ), racun (bả) dan sisa (bã).

Waqaf Saham

Bahasa Thai adalah bahasa nada. Bahasa Thai mempunyai lima (5) nada. Nada tersebut adalah tengah (S̄āmạỵ, สามัญ) , rendah (xek, เอก), menurun (tho, โท), tinggi (trī, ตรี) dan meningkat (cạtwā, จัตวา) Contoh perkataan adalah kayu (khāː, คา), galangal (khà, ข่า), nilai (khâː, ค่า), untuk berdagang (kháː, ค้า) dan kaki (khǎː, ขา).

Bahasa Burma adalah bahasa nada. Bahasa Burma mempunyai empat (4) nada. Nada tersebut adalah rendah (nimsan, နိမ့်သံ), tinggi (taatsan, တက်သံ), beralun (saatsan, သက်သံ) dan diperiksa (tinesan, တိုင်သံ ). Contoh perkataan adalah ular (kʰà, ခါ), menjadi pahit (kʰá, ခါး), bayaran (kʰa̰, ကြေး) dan undur (kʰaʔ).

Bahasa Piraha adalah bahasa nada. Bahasa peribumi yang dituturkan di sungai Amazon, Brazil itu mempunyai mempunyai tiga (3) nada. Nada tersebut adalah tinggi (1), sederhana (2) dan rendah (3). Contoh kosa kata dalam bahasa Piraha adalah ti³ (Kata ganti nama diri pertama tunggal: Saya), gi¹xai³ (Kata ganti nama diri kedua tunggal: Anda), hi³ (Kata ganti nama diri ketiga lelaki tunggal: Dia), i³ (Kata ganti nama diri ketiga perempuan tunggal: Dia) dan gi¹xa³i¹ti³so³ (Kata ganti nama diri kedua jamak: Anda).

Akhir kata, sebahagian kecil bahasa menggunakan nada untuk menentukan makna perkataan. Bilangan nada adalah bergantung kepada bahasa yang dikaji dan ditentukan secara sebulat suara oleh ahli bahasa. Bahasa Kru, bahasa yang dituturkan di Liberia dan Ivory Coast mempunyai 14 nada, nada terbanyak di dunia setakat ini. Sesiapa yang mempelajari bahasa bernada, kita perlulah berusaha untuk menghasilkan bunyi yang betul agar dapat menyampaikan maksud sebenar dan mengelakkan diri daripada berlakunya salahfaham.

Artikel disumbangkan oleh Alam Bahasa untuk The Patriots.