Bahasa-Bahasa Di Kota Vatican

651

Kota Vatikan merupakan sebuah negara kota berdaulat yang dikelilingi Rom iaitu ibu negara Itali. Pada tahun 2017, dianggarkan seramai seribu orang telah menjadi warganegara di negara berkeluasan 0.44 kilometer persegi iaitu sekitar 1866 kali ganda lebih kecil daripada negeri Perlis, Malaysia. Artikel ini membincangkan tentang bahasa di negara yang diiktiraf oleh kesemua badan antarabangsa.

Penulis mulakan artikel tentang Kota Vatikan dengan nama rasminya dalam Bahasa Latin. Dalam bahasa tersebut, negara berkenaan dikenali sebagai “Status Civitatis Vaticanae”. Dalam sebutan rasmi, ia berbunyi [ˈstatus tʃiviˈtatis vatiˈkane] manakala dalam sebutan klasik adalah  [ˈstatʊs kiːwɪˈtaːtɪs waːtɪˈkaːnae̯]. Perkataan “Status”, “Civitas” dan “Vaticanae” masing-masing berasal daripada kata dasar  “sistō”, “civis” dan “vates” yang bermaksud “tempat”, “warganegara” dan “Nabi”. Justeru, nama rasmi di negara tersebut secara harfiahnya bermaksud “Tempat Warganegara Nabi”.

Kota Vatikan juga mempunyai nama rasmi dalam Bahasa Itali. Dalam bahasa tersebut, negara berkenaan dikenali sebagai “Stato della Città del Vaticano”. Dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), nama tersebut berbunyi [ˈstaːto della tʃitˈta ddel vatiˈkaːno].  Perkataan “Stato”, “della”, “Città”, “del” dan “Vaticano” masing-masing bermaksud “Kerajaan”, “dari”, “Kota”, “of the” dan “Vatikan”. Justeru, nama rasmi di negara tersebut secara harfiahnya bermaksud “Kerajaan dari Kota Vatikan”.

Negara ini mempunyai surat khabar berstatus separa-rasmi yang bernama “L’Osservatore Romano” [losservaˈtoːre roˈmaːno].  L’Osservatore Romano yang secara harfiahnya bermaksud “Pemerhati Rom” merupakan surat khabar harian di Kota Vatikan yang melaporkan tentang kegiatan di Takhta Suci (Holy See) serta peristiwa yang berlaku di dalam gereja dan di seluruh dunia. Akhbar tersebut diterbitkan dalam bahasa Itali, Inggeris, Perancis, Jerman, Poland, Portugis, Sepanyol dan Malayalam.

Takhta Suci ataupun dalam Bahasa Latin, “Sancta Sedes” merupakan entiti pemerintahan rohani yang tertinggi, berdaulat dan bebas. Mereka menggunakan Bahasa Latin dalam sebahagian besar dokumen rasmi. Dokumen berkenaan diterbitkan dalam Acta Apostolicae Sedis. Ia merupakan jurnal rasmi yang ditubuhkan pada 29 September 1908 yang mengandungi semua arahan, surat, keputusan sidang Rom dan notis pelantikan dalam gereja. Jurnal berkenaan diterbitkan tiga bulan selepas tarikh sesuatu isu berkenaan.

Pengawal Swis merupakan pengawal keselamatan yang diselenggara oleh Takhta Suci untuk melindungi Paus dan istana serta berkhidmat sebagai tentera secara de facto di Kota Vatican. Bahasa yang dituturkan oleh pengawal tersebut adalah bergantung kepada Kanton yang mereka lahir di negara Switzeland. Mereka sama ada bertutur dalam bahasa Jerman, Perancis ataupun Itali. Pengawal tersebut ditubuhkan pada tahun 1506 di bawah pemerintahan Pope Julius II (1443-1513) serta menjadi antara yang tertua beroperasi secara berterusan.

Kota Vatikan juga mempunyai laman sesawang rasminya yang tersendiri. Antara isu semasa yang menjadi liputan dalam laman sesawang tersebut adalah Perutusan Kepada Umat Hindu Sempena Sambutan Deepavali 2010, Perutusan Sempena Penghujung Ramadan, Easter, Perutusan Sempena Hari Pendatang dan Pelarian Sedunia yang ke-97 dan sebagainya. Laman sesawang tersebut ditawarkan dalam bahasa Inggeris, Cina, Jerman, Sepanyol, Perancis, Itali, Latin dan Portugis.

Paus yang menjadi ketua kerajaan di Kota Vatikan sejak tahun 1929 serta ketua Katolik Sedunia menarik perhatian penulis artikel ini. Hal ini kerana, mereka mempunyai kelebihan dalam bertutur dalam banyak bahasa. Paus Francis yang berasal dari Argentina itu telah menjadi ketua sejak tahun 2013. Beliau fasih dalam Bahasa Sepanyol, Itali, Piedmontese, Portugis, Ukraine, Perancis, Jerman dan Latin. Kebolehan dalam pelbagai bahasa menjadi tunjang dalam pelbagai sudut dalam kehidupan khususnya dalam keagamaan.

Kesimpulannya, itu adalah antara kisah mengenai bahasa yang terdapat dalam Kota Vatikan. Untuk pengetahuan semua, Malaysia mempunyai hubungan diplomasi dengan Kota Vatikan  sejak tahun 2011. Dan sejujurnya, di sini adalah antara tempat yang ingin dijejaki oleh penulis artikel ini kerana nilai-nilai sejarahnya. Apakah yang anda tahu tentang Vatikan? Sila tinggalkan maklumbalas anda kepada kami.

RUJUKAN:

Own building for Vatican embassy in Malaysia. Retrieved September 2, 2019 from https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2017/11/25/own-building-for-vatican-embassy-chancery-in-taman-uthant-bodes-well-for-relationship-between-malays

The Languages of Pope Francis. Retrieved September 2, 2019 from https://www.daytranslations.com/blog/languages-pope-francis/

State and Government. Retrieved September 2, 2019 from https://web.archive.org/web/20100722082631/http://www.vaticanstate.va/EN/State_and_Government/

Vatican. Retrieved September 2, 2019 from https://web.archive.org/web/20101102170914/http://www.vatican.va/

Latest. Retrieved September 2, 2019 from https://web.archive.org/web/20101111194214/http://www.vatican.va/latest/latest_en.htm

Vatican News. Retrieved September 2, 2019 from http://www.news.va/en/news/spotlight-on-the-swiss-guardschweizergarde.eu.RetrievedSeptember 2, 2019 from http://engl.schweizergarde.eu/

Catholic Culture.org . Retrieved September 2, 2019 from https://www.catholicculture.org/culture/library/dictionary/index.cfm?id=31627

What Is The Difference Between The Vatican City And The Holy See? Retrieved September 2, 2019 from https://www.worldatlas.com/articles/what-is-the-difference-between-vatican-city-and-the-holy-see.html

L’Osservatore Romano. Retrieved September 2, 2019 from http://www.osservatoreromano.va/en

Behind the scenes at the pope’s newspaper. September 2, 2019 from https://www.theguardian.com/world/2009/jul/20/vatican-newspaper-pope

Stato della Città del Vaticano. Retrieved September 2, 2019 from https://www.vaticanstate.va/it/

Stato della Città del Vaticano. Retrieved September 2, 2019 from https://www.vaticanstate.va/it/

The Free Dictionary By Farlex. Retrieved September 2, 2019 from https://www.thefreedictionary.com/Status+Civitatis+Vaticanae

Is Vatican City A Country? Retrieved September 2, 2019 from https://www.worldatlas.com/articles/is-vatican-city-a-country.html

Laporan Kiraan Permulaan 2010. Retrieved September 2, 2019 from https://web.archive.org/web/20101227065717/http://www.statistics.gov.my/ccount12/click.p

hp?id=2127

Vatican Country Profile. Retrieved September 2, 2019 from  https://www.bbc.com/news/world-europe-17994868

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.