Bahasa Arab: Nama-Nama Bintang

215

Bahasa Arab ataupun nama asalnya, al-ʻarabiyyah (ةَّيبِرَعلاَ) adalah bahasa Semitik Tengah di bawah cabang Afroasiatik yang dituturkan oleh 310 juta orang penutur jati di seluruh dunia khususnya di Liga Arab. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “bintang” ditakrifkan sebagai salah satu cakerawala yang mengeluarkan cahaya dan kelihatan berkelip-kelip di langit pada waktu malam. Artikel ini membincangkan tentang nama-nama bintang yang berasal daripada Bahasa Arab.

Antara nama bintang yang berasal daripada Bahasa Arab adalah Acamar. Acamar ataupun nama Saintifiknya, Theta Eridani (θ Eridani) adalah sebuah sistem dwibintang pada buruj Eridanus yang berjarak 159.8 tahun cahaya (1.51 x 1015 km) dari Bumi. Perkataan “Acamar” berasal daripada Bahasa Arab, Ākhiru ’n-Nah•r (رهنلٱُْ رُخآِ) yang bermaksud “Penghujung Aliran Sungai”.

Aldebaran adalah antara nama bintang yang berasal daripada Bahasa Arab. Aldebaran ataupun nama saintifiknya, Alfa Tauri (α Tauri) adalah sebuah bintang merah gergasi yang terletak sekitar 65.23 tahun cahaya (6.17 x 1014) dari Bumi. Perkataan “Aldebaran” berasal daripada Bahasa Arab, ad-Dabarān (ناربدلا) yang bermaksud “Si Pengikut”.

Betelgeuse adalah antara nama bintang yang berasal daripada Bahasa Arab. Betelgeuse ataupun nama saintifiknya, Alfa Orionis (α Orionis) adalah bintang di buruj Belantik yang terletak 642.5 tahun cahaya (6.08 x 1015 km) dari Bumi. Perkataan “Betelguese” berasal daripada Bahasa Arab, Ibṭ ul-Jawzā’ (ءازوجلا طبإ) yang bermaksud “Ketiak Si Pusat”.

Beid adalah antara nama bintang yang berasal daripada Bahasa Arab. Beid ataupun nama saintifiknya, Omicron1 Eridani (ο¹ Eridani) adalah bintang di buruj Eridanus yang terletak 121.7 tahun cahaya (1.15 x 1015 km) dari Bumi. Perkataan “Beid” berasal daripada Bahasa Arab, Bayḍ (ضيب) yang bermaksud “Telur”.

Celbalrai adalah antara nama bintang yang berasal daripada Bahasa Arab. Celbalrai ataupun nama saintifiknya, Beta Ophiuchi (β Ophiuchi) adalah sebutir bintang di buruj Ophiuchus yang terletak 81.87 tahun cahaya (7.75 x 1014 km) dari Bumi. Perkataan “Celbalrai” berasal daripada Bahasa Arab, Kalb ur-Rāʿī (يعارلا بلك) yang bermaksud “Anjing Pengembala Kambing”.

Fomalhaut adalah antara nama bintang yang berasal daripada Bahasa Arab. Fomalhaut ataupun nama saintifiknya, Alfa Piscis Austrini (α PsA) adalah bintang palingcerah di buruj Piscis Austrinus yang terletak 25.11 tahun cahaya (2.38 x 1014 km) dari Bumi. Perkataan “Fomalhaut” berasal daripada Bahasa Arab, Fum al-Ḥūt (توحلا مف) yang bermaksud “Mulut Ikan Paus”.

Merak adalah antara nama bintang yang berasal daripada Bahasa Arab. Merak ataupun nama saintifiknya, Beta Ursae Majoris (β UMa) adalah sebutir bintang di buruj Ursa Major yang terletak 79.75 tahun cahaya (7.54 x 1014 km) dari Bumi. Perkataan “Merak” berasal daripada Bahasa Arab, ’al-Marāqq (قارملا) yang bermaksud “Singa”.

Mintaka adalah antara nama bintang yang berasal daripada Bahasa Arab. Mintaka ataupun nama saintifiknya, Delta Orionis (δ Ori) adalah sebutir bintang yang terletak 1239 tahun cahaya (1.17 x 1016 km) dari Bumi. Perkataan “Mintaka” berasal daripada Bahasa Arab, al-Minṭaqah (ةقطنملا) yang bermaksud “Tali Pinggang”.

Akhir sekali, Vega adalah antara nama bintang yang berasal daripada Bahasa Arab. Vega ataupun nama saintifiknya, Alpha Lyrae (α Lyr) merupakan bintang paling cerah di buruj Lyra yang terletak 25.05 tahun cahaya (2.3699130 x 1014 km) dari Bumi. Perkataan “Vega” berasal daripada Bahasa Arab, an-Nisr ul-Wāqiʿ (عقاولا رسنلا) yang bermaksud “Helang Yang Jatuh”.

Kesimpulannya, itu adalah antara contoh nama bintang yang berasal daripada Bahasa Arab. Ketika zaman kegemilangan Islam pada abad kesembilan hingga ketiga-belas, bidang Astronomi yang kebanyakannya ditulis dalam Bahasa Arab telah berkembang di kawasan Timur Tengah, Asia Tengah, Al-Andalus, Afrika Utara, Timur Jauh dan India. Pengetahuan bidang Astronomi dalam kalangan umat Islam pada masa tersebut sedikit sebanyak telah mempengaruhi kebangkitan ilmu Astronomi di Eropah, Cina, Korea dan Mali.

Sumber:

Arabic Star Names: A Treasure of Knowledge Shared by the World. Retrieved March 3, 2019 from muslimheritage.com/article/arabic-star-names-treasure-knowledge-shared-world

7 Star Names With Arabic Origin. Retrieved March 3, 2019 from https://stepfeed.com/7-star-names-with-arabic-origins-2929

“IAU Catalog of Star Names”. Retrieved 28 July 2016.

Convert Light Years To Kilometres. Retrieved March 3, 2019 fromhttps://www.calculateme.com/astronomy/light-years/to-kilometers/

Medupe, Rodney Thebe; Warner, Brian; Jeppie, Shamil; Sanogo, Salikou; Maiga, Mohammed; Maiga, Ahmed; Dembele, Mamadou; Diakite, Drissa; Tembely, Laya; Kanoute, Mamadou; Traore, Sibiri; Sodio, Bernard; Hawkes, Sharron (2008), “The Timbuktu Astronomy Project”, African Cultural Astronomy, Astrophysics and Space Science Proceedings, 6, p. 179, Bibcode:2008ASSP….6..179M, doi:10.1007/978-1-4020-6639-9_13, ISBN 978-1-4020-6638-2.

Holbrook, Jarita; Medupe, Rodney Thebe; Urama, Johnson O., eds. (1 January 2008). African Cultural Astronomy: Current Archaeoastronomy and Ethnoastronomy research in Africa. Springer Science & Business Media. ISBN 9781402066399. Retrieved 11 November 2016.

Benno, van Dalen (2002). Ansari, S.M. Razaullah, ed. Islamic Astronomical Tables in China: The Sources for Huihui li. History of Oriental Astronomy. Astrophysics and Space Science Library. 274. Astrophysics and Space Science Library. pp. 19–32. doi:10.1007/978-94-015-9862-0. ISBN 978-94-015-9862-0. Retrieved 11 November 2016.

Saliba (1999)

Saliba 1994b, pp. 245, 250, 256–257

Carian Umum Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP). Retrieved March 3, 2019 from http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bintang

“Arabic – Ethnologue”. Ethnologue. Simons, Gary F. and Charles D. Fennig (eds.). 2018. Ethnologue: Languages of the World, 21st edition. Archived from the original on 5 January 2016. Retrieved 21 February 2018.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.