Bagaimanakah Bentuk Sistem Nombor Pada Zaman Mesir Kuno?

1,921

Bagi yang tidak mengetahui rupa bentuk tulisan Hieroglif, ianya merupakan sebuah sistem tulisan pada zaman Mesir Kuno yang selalu ditemui pada dinding makam-makan Firaun ataupun di dalam monumen piramid pada hari ini. Tulisan ini amat sulit dibaca sehingga ia dikategorikan sebagai salah satu tulisan yang paling susah dibaca dan difahami oleh para ahli arkeologi pada suatu ketika dahulu, kerana tulisan-tulisan ini terdiri daripada binaan gabungan pelbagai lukisan logo atau objek.

Akan tetapi berkat rujukan dan pelbagai kajian yang dilakukan ke atas tamadun yang pernah tercatat kisahnya di dalam kitab al-Quran dan kitab Bible, kini akhirnya, misteri untuk memecahkan maksud disebalik tulisan ini dirungkaikan sedikit demi sedikit sehingga para ahli arkeologi dapat mengenalpasti apakah makna ‘mesej-mesej’ yang ditinggalkan oleh masyarakat Mesir Kuno pada zaman dahulu.

Tulisan hieroglif merupakan sebuah sistem tulisan yang digunakan oleh majoriti masyarakat Mesir Purba yang terdiri daripada gabungan bentuk objek, haiwan, manusia mahupun tumbuhan.

Tetapi, tahukah anda, bahawasanya sistem nombor pada zaman Mesir Purba ini menggunakan simbol katak, dewa, bunga teratai dan jari manusia untuk melambangkan sebagai bentuk hitungan di dalam bentuk sistem tulisan Hieroglif?

Selalunya, simbol yang mewakili angka-angka besar akan dipahatkan dahulu sebelum dipahatkan simbol yang mewakili angka yang lebih kecil.

Jadi, untuk mengenali dan memahami angka dan hitungan dalam sistem tulisan Hieroglif tidaklah sesulit mana kerana para ahli arkeologi telah mengenalpasti beberapa simbol yang telah ditemui mereka dan ianya sudahpun diterjemahkan ke dalam bentuk angka yang lebih moden.

Berikut, telah diselitkan sedikit maklumat berkaitan sistem nombor di dalam tulisan Hieroglif:

1. Simbol lidi atau batang yang lurus: Mewakili angka 1.

Selalunya maksimum batang-batang ini dihitung sehingga ke angka 9 sahaja.

2. Simbol ladam kuda: Mewakili angka 10.

3. Simbol lingkaran tali: Mewakili angka 100.

4. Simbol bunga teratai: Mewakili angka 1,000.

5. Simbol jari: Mewakili angka 10,000.

6. Simbol katak: Mewakili angka 100,000.

7. Simbol dewa: Mewakili angka 1 juta.

Jadi, begitulah fakta yang ringkas mengenai pengenalan rupa bentuk sistem angka dan hitungan dari zaman pemerintahan kerajaan Firaun ini.

P/S: Lepas ni kalau ada orang tanya nombor telefon kau, maka berikanlah nombor kau kepadanya dalam bentuk hieroglif ini. Biar padan muka dia kena decode sendiri, huhuhu..

Sumber: PENN MUSEUM.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.