Bagaimanakah Ahli Arkeologi Menentukan Tarikh Tapak Dan Artifak Purba?

1,394

Dari pentarikhkan radiokarbon untuk membandingkan bentuk merentasi zaman, ahli arkeologi mengumpulkan petunjuk untuk mengira umur sesebuah artifak. Tanyalah seorang ahli arkeologi tentang umur tapak yang mereka gali, dan mereka mungkin tiada jawapannya. Mungkin mereka mempunyai firasat tentang hal itu. Walau bagaimanapun, pentarikhan tapak berkenaan hanya boleh ditentukan dengan tepat apabila ia ditemui dan digali.

Menentukan usia tapak arkeologi bukanlah suatu hal yang mudah. Namun,  para pengkaji mempunyai pelbagai jenis teknik secara relatif iaitu kaedah-kaedah yang menentukan kronologi secara kasar sehinggalah ke kaedah secara mutlak iaitu cara yang lebih tepat untuk membuktikan usia objek yang ditemui.

PENTARIKHKAN RELATIF


Teknik relatif ini terbentuk pada awal sejarah bidang arkeologi serta dianggap kurang dipercayai berbanding yang mutlak. Terdapat beberapa kaedah yang tertentu.Dalam Stratigrafi (Cabang geologi yang menentukan kedudukan lapisan bumi dan hubungannya terhadap skala masa geologi), ahli arkeologi menganggap tapak berkenaan mengalami lapisan demi lapisan seiring dengan berlalunya masa, menindihkan lapisan lama di bawah lapisan baharu. 

Sebagaimana lapisan kek ataupun hirisan lasagna, lapisan bawah sesuatu tapak dianggap lebih tua berbanding di atas. Dengan menggunakan anggapan yang dikenali sebagai Hukum Tindihan, kronologi secara relatif bagi sesuatu tapak berkenaan dapat ditentukan. Kemudian, mereka menggunakan teknik pentarikhkan secara konteks dan mutlak untuk membantu menentukan umur sesuatu artifak yang ditemui dalam setiap lapisan.

Seorang saintis mengekskavasi tulang-belulang haiwan dan alatan memburu pra-sejarah di Myrray Springs, Arizona

Pensirian, di mana setiap kumpulan artifak dari tapak yang sama dianalisis secara statistik dan dikelaskan mengikut turutan kronologi yang juga menentukan usia tapak. Objek boleh dikumpulkan berdasarkan gaya ataupun kekerapan untuk membantu dalam penentuan urutan kronologi. Pentarikhan Relatif mempunyai hadnya.

Teknik berkenaan selalunya subjektif, dan lokasi sesebuah artifak dalam sebuah tapak ataupun  relatif dengan objek-objek yang lain mungkin tidak menggambarkan umur secara kronologinya yang sebenar. Hal ini mungkin kerana ia telah beralih pada suatu masa yang tertentu. Untuk kaedah yang lebih jitu, ahli arkeologi menggunakan teknik pentarikhkan secara mutlak.

PENTARIKHKAN MUTLAK


Mungkin teknik pentarikhkan mutlak yang paling terkenal iaitu pentarikhkan radiokarbon  telah dikembangkan pada tahun 1940an dan teknik ini bergantung kepada kimia untuk menentukan usia sesuatu objek. Dengan menggunakan jirim berorganik, teknik berkenaan mengukur kadar pereputan radioaktif karbon untuk mengukur usia sesuatu objek. Pencipta teknik ini, Willard Libby, akhirnya memenangi Hadiah Nobel atas penemuannya itu.

Pentarikhkan Termosinaran pula mengukur hitungan tahun yang berlalu sejak pemanasan sesuatu bahan yang mengandungi galian kristal. Teknik ini menentukan usia mendapan, seramik dan bahan lain. Sementara itu, teknik Dendokronologi iaitu kajian lilitan batang pokok berfungsi bagi menentukan tarikh struktur ataupun objek.Variasi teknik berasaskan kimia yang lain juga boleh digunakan. Dalam sesuatu kes, ahli arkeologi juga menentukan tarikh mutlak menerusi penulisan pada sesebuah objek atau penulisan yang tercatat dalam rekod sejarah.

Pentarikhkan secara mutlak mempunyai kelemahannya: Teknik ini memerlukan kos yang tinggi dan menyediakan keterangan yang lebih rendah – tidak bersesuaian dengan nama teknik ini (Pentarikhkan Secara Mutlak). Sebagai contoh, pentarikhkan Radiokarbon hanya boleh menentukan usia sesuatu objek kurang daripada 62 000 tahun; hanya julat berkenaan yang dianggap tepat, dan usianya boleh menjadi celaru apabila objek berkenaan bersentuhan dengan bahan organik yang lebih muda. Walaubagaimanapun, teknik pentarikhan yang lebih moden telah mengembangkan kebolehan ahli arkeologi dalam menentukan umur tapak bersejarah.

MENGGABUNGKAN TEKNIK-TEKNIK TERSEBUT


Teknik pentarikhkan Relatif dan Mutlak seringkali beriringan, terutama apabila kronologi sejarah ataupun gaya ukiran tembira digunakan untuk menentukan secara lebih tepat tarikh sesebuah objek yang telah dimuatkan dalam julat usia 500 tahun melalui teknik kimia.

Memandangkan kebanyakan teknik pentarikhkan mutlak menggunakan sampel bahan yang ditemui ketika proses menggali, maka ahli-ahli arkeologi berkemungkinan mencuba untuk melakukan pentarikhkan secara kasar sementara tapak berkenaan masih sedang diperiksa. Proses ini, yang bergantung kepada maklumat secara konteks, dikenali sebagai Pentarikhkan Tentu. Data ini boleh membantu dalam proses pentarikhkan mutlak kelak.

SUMBER:

Erin Blakemore. (28 Jun 2019). How archaeologists determine the date of ancient sites and artifacts. National Geographic. https://www.nationalgeographic.com/culture/archaeology/archaeologist-methods-date-sites-artifacts/

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.