Moving Forward As One

Bagaimana Wanita Ini Menjadi Jeneral Terbaik Dalam Dinasti Ming?

3,414

 Dalam satu artikel mengenai wanita yang sama pernah diterbitkan penulis pada tahun lepas, kandungannya banyak menumpukan kepada catatan sejarah mengenai seorang tokoh panglima pe-rang wanita era Dinasti Ming iaitu Qin Liangyu. Boleh baca di: Qin Liangyu: Panglima Wanita Dinasti Ming Yang Paling Gagah Dan Setia – The Patriots

Dan kali ini kita ringkaskan sedikit sejarah kebangkitannya dengan menyimpulkan apakah faktor yang membolehkan seorang wanita menjadi panglima pe-rang di saat kaum wanita sedang direndahkan darjatnya mengikut tradisi kuno, bagaimana Qin Liangyu mampu melawan arus?

Amat sukar untuk menemui sebarang pandangan negatif mengenai beliau, kerana ketokohannya amat dihargai oleh pemerintah Dinasti Ming, dan dia digambarkan sebagai seorang panglima yang amat setia dan menjadi contoh wanita Dinasti Ming yang berperibadi patriotik.

Pendek kata, dia mungkin satu-satunya individu yang menerima pandangan positif sebagai seorang wanita di zaman imperialis China kuno yang banyak menafikan hak wanita.

Gambaran artis mengenai Qin Liangyu yang mengepalai pasukan Baiganbing

Menurut sejarah keten-teraan Dinasti Ming, Qin Liangyu mengambil bahagian dalam lima pertem-puran yang besar sepanjang hidupnya. Dari setiap pertem-puran ini ia boleh dibahagikan kepada dua kategori.

Satu kategori adalah mengha-puskan gerakan pemberon-takan para petani, sementara bagi kategori selebihnya adalah pertem-puran dalam menentang pencero-bohan kuasa asing.

Di mata Maharaja Chongzhen, sumbangan Qin Liangyu ternyata telah mengatasi keupayaan para panglima lelaki. Qin Liangyu mengatur dan melatih pasukan Baiganbing (Ten-tera Berkuda Tom-bak Putih). Sebuah angkatan ten-tera berkuda elit yang terkenal dengan pakaian seragam yang unik dan penggunaan sen-jata tom-bak kayu berwarna putih.

Selepas berakhirya Pertem-puran Sarhū, Empayar Ming segera mengerahkan pasukan ten-tera tempatan untuk membantu mempertahankan Liaoning, dan ten-tera Baiganbing juga turut serta di antara mereka.

PENCAPAIAN KETEN-TERAAN

Qin Liangyu dilahirkan pada tahun 1574 dalam sebuah keluarga ilmuwan di Sichuan, dan beliau meninggal dunia pada tahun 1648. Seluruh kehidupannya telah dididik dengan berpegang teguh kepada kesetiaan dan dia memiliki jiwa patriotisme pada usia yang seawal kanak-kanak di sekolah rendah hari ini.

Pada pandangan Qin Liangyu sendiri, kelas pemerintah ketika itu adalah mewakili keseluruhan Dinasti Ming. Dia sangat setia kepada pemerintahan Ming dan tidak akan pernah ragu-ragu untuk menurut sebarang perintah dari maharaja bagi mengha-puskan gerakan pemberon-takan para petani. Ternyatalah, Qin Liangyu memang seorang panglima ten-tera wanita yang patriotik dan setia.

Walau bagaimanapun, nalurinya tetap naluri kewanitaan, dan pada tahun 1595, Qin Liangyu mengahwini Ma Qiancheng. Pada waktu ini, Qin Liangyu tidak meminta suaminya meluangkan lebih banyak masa dengannya. Sebaliknya, dia mendorong suaminya untuk memberikan sumbangan yang lebih besar kepada Dinasti Ming.

Pemikiran taktikal pasukan Baiganbing ketika itu sebenarnya sama dengan corak keten-teraan awal abad pertengahan.

Dengan pengaruh yang ada pada Qin Liangyu, pasangan itu telah membina angkatan ten-tera tempatan yang berani, mahir dan elit, dikenali sebagai Baiganbing atau Ten-tera Berkuda Tom-bak Putih.

Pada tahun 1599, Yang Yinglong melancarkan pemberon-takan di Banzhou (Zunyi, Guizhou hari ini). Tanpa mengambil masa yang panjang, pemberon-takan itu dihentikan oleh ten-tera Ming.

Qin Liangyu bersama-sama suaminya berjuang secara saling berdampingan dalam operasi pengepungan terhadap pemberon-takan ini. Suaminya mengepalai seramai 3,000 Baiganbing, sementara Qin Liangyu memimpin sejumlah 500 orang ten-tera.

Setelah pengepungan berakhir, pemberon-takan itu berjaya dimus-nahkan sepenuhnya. Qin Liangyu dan suaminya membina angkatan bersen-jata ini hasil dari titik peluh dan membelanjakan harta mereka sendiri, dan ia menjadi semakin terkenal.

Atas sifat keberaniannya, Qin Liangyu menerima banyak anugerah dan pujian dari pihak atasannya selepas itu. Pertem-puran melawan pemberon-tak itu menjadi pertem-puran yang memperkenalkan kegagahan Qin Liangyu kepada dunia.

Untuk menggambarkan betapa setianya Qin Liangyu terhadap Dinasti Ming, kalian bayangkan, pada tahun 1613, Ma Qiancheng telah berkon-flik dengan seorang sida-sida istana bernama Qiu Chengyun, kerana Ma menolak tawaran rasuah dari Qiu.

Ma Qiancheng kemudian dipe-rangkap dalam satu plot dan akhirnya dia ditahan di dalam pen-jara. Tidak lama kemudian, Ma Qiancheng meninggal dunia di dalam pen-jara, maka, di bawah perintah Maharaja, Qin Liangyu tanpa sempat berkabung, segera mengambil alih kedudukan suaminya walaupun sedar suaminya ma-ti kerana kerajaan yang sudah mula korup.

Setelah Qin Liangyu mewarisi kedudukan suaminya itu, dia secara tidak langsung kemudiannya memperoleh kuasa untuk menjadi pentadbir wilayah. Pasukan ten-tera Baiganbing juga telah berada di bawah perintahnya secara penuh.

PENCERO-BOHAN MANCHU

Pada tahun 1616, kekuatan suku Manchu di bawah perintah Nurhaci secara beransur-ansur meningkat sebagai ancaman paling utama bagi Dinasti Ming. Ketika itu suku Manchu masih lagi dikenali sebagai suku Jurchen, mereka adalah keturunan dari bekas pemerintah Dinasti Jin sebelum dijatuhkan Mongol.

Replika topi pe-rang Qin Liangyu

Maharaja Dinasti Ming ketika itu segera menitahkan agar setiap pasukan ten-tera bersen-jata dari seluruh wilayah dan kawasan sama-sama muncul untuk menyelamatkan wilayah di utara, namun tidak ramai yang tampil menyahut seruan Maharaja.

Tetapi, pada saat itu, Qin Liangyu yang telah pun berusia 46 tahun tanpa banyak soal terus melancarkan ekspedisi keten-teraan sebaik saja dia menerima perintah diraja itu. Qin Liangyu mengetuai satu pasukan ten-tera seramai 3,000 orang menuju ke utara untuk menentang pencero-bohan ten-tera Nurhaci.

Semasa pertem-puran melawan musuh dari luar itu, dia membawa bersama seluruh adik beradiknya. Abang kandung Qin Liangyu telah terbu-nuh dan adik lelakinya cede-ra parah. Anak lelakinya pula buta pada sebahagian matanya setelah dia terkena tusu-kan anak pa-nah di sebelah matanya.

Lebih malang lagi, beberapa anggota ten-tera pasukan Ming yang lain bertindak memilih untuk melarikan diri dari medan pe-rang sebelum pertem-puran bermula, berikutan sikap mementingkan diri sendiri dan pengecut. Hasilnya, Qin Liangyu menjadi sangat pasif dalam pertem-puran.

Ketika pertem-puran itu mencapai tahap kritikal, dia menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bantuan dan sokongan, lalu menyebabkan jumlah kor-ban yang besar di kalangan ten-tera Baiganbing. Tiada pilihan, Qin Liangyu terpaksa berundur kembali ke Sichuan untuk merekrut lebih ramai anggota ten-tera.

Pada tahun 1630, angkatan ten-tera Manchu menye-rang China dan mengepung di pinggiran Beijing. Qin Liangyu sekali lagi mengetuai angkatan ten-teranya mara ke Beijing untuk menyelamatkan ibu kota.

Walaupun ten-tera Ming di Beijing berjumlah seramai 200,000 orang askar, tidak ada satu pun yang cukup berani untuk keluar mencabar ten-tera Manchu. Maka selaku seorang wanita, Qin Liangyu tampil mengetuai ten-teranya untuk melancarkan se-rangan pertama. Dia memperoleh kejayaan, dan ten-tera Manchu diasak hingga terpaksa berundur.

Anggota kerabat diraja Ming begitu kagum dengan keberanian Qin Liangyu sehingga Maharaja Chongzhen mengarangkan puisi untuk memuji keberaniannya. Qin Liangyu merupakan salah seorang dari dua pegawai kerajaan yang diabadikan dalam puisi karangan Maharaja sendiri. Seorang lagi adalah Perdana Menteri Ming bernama Yang Sichang.

Maharaja Chongzen

MEME-RANGI PEMBERON-TAKAN

Pada tahun-tahun terakhir Dinasti Ming, pemberon-takan petani secara berturut-turut menggegarkan empayar itu, mengan-cam pemerintahan dinasti bangsa Han yang akan menjadi pemerintahan monarki Han terakhir itu. Qin Liangyu kemudian diperintahkan untuk kembali ke Sichuan bagi melindungi wilayah tersebut.

Pada tahun 1634, ten-tera petani yang dipimpin oleh Zhang Xianzhong menduduki Fengjie, Perbandaran Chongqing. Namun, apabila Qin Liangyu dan ten-teranya menghampiri kota itu, seluruh pasukan ten-tera petani melarikan diri kerana takut akan reputasi kehebatan Qin Liangyu yang sememangnya terkenal.

Pada tahun 1640, Luo Rucai, seorang panglima ten-tera petani, memimpin ten-tera pemberon-tak menuju ke Sichuan. Di Gunung Wu, Qin Liangyu menye-rang pasukan Luo dan memaksanya berundur.  Kemudian, ten-tera Luo bergabung dengan ten-tera Zhang dan mula menye-rang sebahagian besar kota di Sichuan.

Qin diperintahkan untuk menghantar bantuan kepada ten-tera Ming yang lain di Chongqing, yang ternyata sebenarnya ia satu kesilapan besar dalam strategi. Kalah dalam jumlah kekuatan, ten-tera Ming ditewaskan dan Qin Liangyu kehilangan angkatan ten-tera Baiganbing yang seramai 30,000 askarnya terkor-ban dalam satu pertem-puran. Hanya dia seorang saja yang terselamat.

Dalam beberapa tahun ke hadapan, Qin Liangyu sekali lagi dikalahkan oleh ten-tera pemberon-tak petani. Dan akhirnya, dia terpaksa berundur sehingga ke Shizhu.

Baiganbing

Pada tahun 1644, ten-tera Manchu menduduki Shanhai Pass yang penting secara strategik. Tidak lama kemudian, mereka telah menye-rang dan menduduki ibukota Beijing, menandakan saat kejatuhan Dinasti Ming. Sebahagian anggota kerabat diraja Ming menubuhkan semula pusat pemerintahan baru di Nanjing, Provinsi Jiangsu China selatan.

Walaupun Qin Liangyu adalah seorang pejuang yang gagah berani, dia sudah menerima tempias dari kelemahan Dinasti Ming, lalu gagal menghentikan kejatuhannya.

Setelah runtuhnya Dinasti Ming, Qin Liangyu tidak pernah cuba tunduk pada kekuasaan penja-jah yang menubuhkan Dinasti Qing. Sebaliknya, dia terus mengatur gerakan pemberon-takan terhadap Qing hingga ke akhir hayatnya

Ten-tera Manchu terus bergerak menuju ke arah selatan dan barat. Keke-jaman dan kega-nasan mereka mencetuskan banyak penentangan sengit dari ten-tera petani dan saki baki ten-tera Ming yang telah jatuh.

Pada tahun 1648, pemerintah Dinasti Ming yang menjadi pelarian menganugerahkan Qin Liangyu dengan gelaran ‘guru putera’ dan dilantik mengetuai pasukan ten-tera Sichuan, dengan harapan dia dapat terus memimpin ten-teranya dalam menentang pencero-bohan Manchu.

Malangnya, Qin Liangyu akhirnya meninggal dunia hanya beberapa hari kemudian pada usia 74 tahun.

ASAS KEKUATAN QIN LIANGYU

Sebenarnya, darjat kaum wanita adalah sangat rendah sepanjang zaman imperial China kuno. Pada era pemerintahan Dinasti Ming, wanita dipaksa untuk membawa peranan-peranan tertentu mengikut kehendak orang yang mengawal mereka.

Bahkan, jalan hidup dan masa depan wanita adakalanya telah ditentukan penjaganya seawal detik kelahiran mereka lagi. Pendek kata, ketika itu hampir mustahil bagi seorang wanita di Dinasti Ming untuk menjadi seorang panglima pe-rang.

Pelanggaran tradisi yang dilakukan oleh Qin Liangyu merupakan kes yang luar biasa. Pencapaiannya yang tinggi berakar umbi dari pandangan politik bapanya yang agak melawan arus di saat semua orang masih memandang rendah kepada kaum wanita.

Nama bapa Qin Liangyu adalah Qin Kui. Beliau merupakan seorang pegawai berpangkat gonsheng, seorang intelektual dan seorang tokoh ilmuwan yang membuka jalan dan menjadi pelopor kepada idea bahawa kaum wanita juga memiliki hak yang sama untuk mendapatkan ilmu melalui pendidikan seperti yang diberikan kepada kaum lelaki.

Hasilnya, Qin Liangyu telah menerima pendidikan yang amat sempurna sejak usia kanak-kanak. Di bawah bimbingan bapanya sendiri, Qin Liangyu bukan sekadar menerima pendidikan dari falsafah Confucius sahaja, tetapi dia juga belajar menunggang kuda dan menem-bak busur pa-nah bersama dengan adik beradik lelakinya hingga dia menjadi mahir.

Mungkin pada waktu itu Qin Liangyu adalah satu-satunya wanita China yang memiliki kemahiran dalam bidang ilmu falsafah dan digabungkan dengan kemahiran dalam taktikal pertem-puran sekaligus. Semua ini merupakan titik tolak terpenting kepada batu asas untuk dia kemudian menjadi panglima pe-rang wanita.

Gambar hiasan

Walau bagaimanapun, sekiranya bapa Qin Liangyu tidak menyokong hak wanita atau tidak memberikan anaknya pendidikan, tidak kiralah betapa besar mana jua bakat semulajadi Qin Liangyu, dia tidak mungkin mendapat peluang untuk turun ke medan tem-pur dan meraih penghormatan hasil dari usahanya dalam pertem-puran. Kerana dia seorang wanita.

Oleh itu, dia boleh dikatakan berjaya kerana pengaruh bapanya. Konsep pemikiran bapanya tentang hak pendidikan yang setara menjadi prasyarat terpenting yang memacu pencapaian Qin Liangyu di kemudian hari.

Sejak tertubuhnya Dinasti Ming, kita boleh melihat betapa rendahnya darjat kaum wanita pada era Dinasti Ming hanya dengan memerhatikan senarai tokoh-tokoh terkemuka yang kontemporari dan terkenal, ia masih tetap didominasi oleh kaum lelaki. Contohnya, sida-sida Wei Zhongxian, Panglima Xu Da, Laksamana Zheng He, dan lain-lain.

Sebenarnya, itu tidaklah bermaksud kemampuan kaum wanita terbatas dalam segala aspek atau sentiasa kalah kepada lelaki, wanita ketika itu memiliki berbagai-bagai bakat dan kemahiran. Hanya sebilangan besar wanita China sendiri ketika itu sudah terlalu biasa dipengaruhi oleh dominasi kaum lelaki terhadap wanita.

Dalam pemikiran kebanyakan para bangsawan ketika itu, wanita tidak lebih dari sekadar pusat pembiakan. Mereka tidak perlu belajar atau menerima pendidikan tinggi. Akibatnya, kelaziman sebegini menyebabkan ramai golongan genius dari kaum wanita terabai dan tercicir.

Sehinggalah munculnya Qin Liangyu, bahkan dia sendiri juga sangat jarang disebut-sebut namanya dalam budaya pemuliharaan sejarah secara lisan. Catatan mengenainya hanya boleh ditemui dari arkib sejarah China dan puisi yang dikarang Maharaja.

Mungkin ketiadaan karya penulisan umum yang lebih romantis tentang seorang wanita menjadi panglima pe-rang ketika itu adalah kerana ia dianggap perkara yang agak pelik ketika itu di seluruh sejarah China.

Namun akhirnya kita tetap perlu berterima kasih kepada bapanya yang seorang lelaki. Kerana pandangan hak setara antara jantina itu menjadi faktor utama dalam mencipta keperibadian dan pencapaian hebat seorang wanita bernama Qin Liangyu dari etnik Miao yang paling setia terhadap Empayar Ming.

Ya, Qin Liangyu amatlah setia kepada sebuah empayar yang masih berpegang kepada perbezaan darjat antara jantina, tetapi pada masa yang sama, dia juga menjadi simbol feminisme dan mempelopori kebangkitan kaum wanita bagi membuktikan mereka juga berupaya menyumbang untuk negara dan bangsa.

RUJUKAN:

Peterson, Barbara Bennet (2000). Notable Women of China: Shang Dynasty to the Early Twentieth Century. E. Sharpe.

Ruangan komen telah ditutup.