• SARS telah menyebabkan kerugian USD25 bilion kepada China
  • Syarikat penerbangan Taiwan telah membatalkan lebih 800 penerbangan semasa SARS memuncak

Wabak coronavirus yang bermula daripada Wuhan, China telah membunuh 9 orang setakat ini dan telah menjangkiti lebih kurang 400 orang. Malah, virus ini telah merebak ke Amerika Syarikat di mana 1 kes telah dijumpai di Washington.

 

Jika wabak ini terus merebak, ia akan memberi kesan yang buruk kepada ekonomi seperti mana yang berlaku pada tahun 2003 ekoran wabak SARS.

Apa itu coronavirus?

Virus ini boleh menyebabkan radang paru-paru dan disyaki berpunca daripada pasar makanan laut di bandar Wuhan. Ia pertama kali dilaporkan pada Disember lalu. Boleh lihat video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai virus ini.

 

Selepas berita 6 individu meninggal kerana coronavirus tersebar, pasaran menjadi panik kerana trauma dengan kesan virus SARS yang telah meragut hampir 800 nyawa pada 2003. Bagaimanakah SARS menyebabkan tekanan ekonomi?

Permulaan SARS

Bermula daripada kematian seorang petani di Guangdong, China, virus SARS merebak ke bandar-bandar utama Utama China termasuk Shanghai dan Beijing. Dalam masa beberapa minggu sahaja SARS merebak ke Vietnam, Hong Kong, Taiwan dan Singapura.

Kemudian bandar-bandar di Asia yang dulunya sibuk menjadi lengang. Pasar raya dan tempat-tempat awam kosong kerana orang ramai bimbang dijangkiti virus. Jumlah penerbangan juga menurun dan perjumpaan perniagaan dijalankan melalui atas talian sahaja.

Lapangan terbang ketika itu menggunakan pengimjan haba untuk mengimbas pelawat dan sesiapa yang disyaki dijangkiti SARS akan dikuarintin.

Penurunan Sektor Pelancongan

Pada tahun 2003, pendapatan pelancongan asing China menurun sebanyak 60%, manakala Hong Kong pula menyaksikan bilangan ketibaan pelawat menurun 60%. Singapura dan Korea pula turun 40% sementara Malaysia dan Thailand jatuh lebih 1/3.

Kadar penginapan di Hong Kong jatuh daripada 79% pada bulan Mac kepada 18% pada bulan Mei. Sementara itu syarikat penerbangan Taiwan telah membatalkan lebih 800 penerbangan dan kadar penggunaan pengangkutan awam jatuh lebih 50%.

Menurut ahli ekonomi, SARS telah menyebabkan ekonomi China jatuh 1-2% dan kejatuhan 0.5% di Asia Tenggara.  Center for International Development pula menyatakan SARS telah menyebabkan kerugian USD25 bilion kepada China.

Kesan Kepada Pasaran Kerja

Sektor pembuatan dilihat terkesan apabila jumlah penghantaran daripada Guangdong ke Hong Kong menurun lebih kurang 33%. Dengan penurunan aktiviti ekonomi dalam pelbagai sektor ini telah menyebabkan firma-firma terpaksa membuang pekerja terutamanya sektor yang berkaitan dengan pelancongan dan pembuatan.

Ketika ini Taiwan telah memperkenalkan sistem perkongsian kerja dan Singapura membelanjakan USD170 juta sebagai pakej bantuan bagi mengurangkan kesan kejatuhan ekonomi.

Cubaan China Menyembunyikan SARS

Kesan daripada SARS menjadi lebih parah akibat sifat tidak terbuka China yang cuba menyembunyikan kes ini pada fasa awal. Autoriti kesihatan China gagal melaporkan beberapa kes di Guangdong kepada WHO yang mana mungkin mampu mengelakkan penyebaran virus SARS.

“Oleh kerana kekurangan maklumat rasmi yang dipercayai [di China], kisah mengenai wabak ini tersebar dalam kalangan rakyat… semua jenis khabar angin telah memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan panik  [dan] … peningkatan pembelian ubat secara mendadak” – Penyelidik di Griffith University

Kesimpulannya, jika coronavirus ini merebak seperti mana SARS, ia akan memberi kesan yang teruk kepada ekonomi. Jika merebak ia akan menghalang orang daripada menjalankan aktiviti ekonomi. Orang tidak akan keluar dan bergerak. Aktiviti perbelanjaan akan menurun seterusnya menyebabkan ekonomi jatuh.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Kauthar Rozmal merupakan seorang graduan Matematik dan mempunyai 3 tahun pengalaman dalam sebuah Bank di Malaysia. Mula berkongsi ilmu kewangan peribadi dan pelaburan 4 tahun lalu dan telah dijemput menjadi penceramah di beberapa buah Universiti Awam berkaitan kewangan.

Comments are closed.