Bagaimana Untuk Mulakan Perniagaan?

927

Pra-tempah hanya di Shopee

Ramai yang bercita-cita untuk buat bisness, tapi tak tahu bagaimana. Ada juga yang ada modal untuk buat bisness, terus bercita cita untuk menjual produk sendiri. Bukannya tak boleh, tapi seeloknya seseorang perlu mengambil pengalaman dan ilmu terlebih dahulu sebelum menjual produk sendiri. Panggilan tentang dropship, ejen dan stokes ni mesti anda sudah biasa dengarkan?

Memang rata rata produk akan mengambil dropship, ejen dan sebagainya untuk menjual produk mereka. Sebenarnya untuk memulakan perniagaan, disarankan anda semua untuk menjadi ejen atau dropship untuk sesebuah jenama terlebih dahulu. Kenapa saya cakap begitu?

  • Belajar bersama pakar

Setiap produk biasanya pihak HQ akan sediakan sesi coaching. Selalunya bersama founder produk atau bersama coach coach yang telah dibayar oleh company.

Banyak company produk akan melabur untuk meningkatkan skill ejen ejen mereka dalam menjual, sekali gus dapat meningkatkan sekali kos jualan mereka di peringkat HQ.

Banyak ilmu yang anda akan dapat dari coaching coaching yang disediakan. Kalau anda sorang, susah anda hendak dapatkan peluang ini.

  • Belajar dari orang berpengalaman

Selain daripada belajar bersama coach coach, banyak juga anda akan belajar bersama stokis dan leader mereka. Kalau anda bergaul dengan mereka, banyak sebenarnya perkara perkara anda tidak tahu! Contohnya macam mana simpan stok, mcm mana nak menjual secara berdepan semua.

Ada juga stokis dan leader yang berjaya membuat jualan beribu untuk sebulan. Dari situ anda akan banyak dapat belajar bagaimana mereka dapat jana ribuan ringgit dengan menjual produk orang lain.

Tips buat sales, tips simpan stok, banyak lagi ilmu yang anda perlu terokai.

  • Kurang kos

Kalau nak mulakan produk sendiri, memang banyak sangat kos yang anda perlu tanggung. Itu baru bercerita tentang kos produk, belum kita masuk tentang kos penyimpanan produk lagi. Produk sudah keluarkan banyak, jadi nak simpan mana? Mestilah kita perlukan kos hendak menyewa dan sebagainya.

Kalau jadi dropship, tak perlu dah nak simpan simpan barang. Jadi ejen pun jumlah kuantiti barangnya pun sedikit sahaja. Anda boleh simpan di rumah. Jumlah pembayarannya pun terlalu minimum dan tidaklah tinggi seperti mana hendak keluarkan produk sendiri.

  • Tidak perlukan pekerja

Hendak buat sesuatu produk ni, kita perlukan pekerja lagi! Tak akan kita nak buat sendiri semuanyakan? Setiap produk perlukan team pemasaran, sekurangnya 3 orang. Pereka grafik, pemasaran dan penjual. Tiga ini antara elemen penting untuk semua produk. Belum lagi kita berbicara soal operasi dan sebagainya.

Kalau jadi dropship atau ejen ni, tak perlu risau lagi dah! Mereka dah siapkan semua bahan bahan marketing untuk kita gunakan. Tak perlu tanggung segala kos kerana semua kos itu telah ditanggung oleh pihak syarikat tersebut.

Ada juga syarikat yang akan poskan barang bagi pihak anda! Senang, ambil order dan dapatkan customer sahaja.

Banyak kelebihan bila sertai ejen atau dropship ni! Banyak kelebihan yang anda akan peroleh. Lebih lebih lagi jika sertai team Mkhan Cosmetic ni! Macam macam kelebihan dan keistimewaan yang anda akan dapat!

  1. Direct coaching bersama founder
  2. Ada tenaga pengajar akan dijemput untuk memberikan tips dan coaching team
  3. Ada rewards jika seseorang telah mencapai target
  4. Gambar serta segala bahan marketing disediakan
  5. Tidak cukup dengan itu, kami pun ada duta untuk setiap produk. Antara duta kami adalah Zarina Anjoulie.

Berminat? Jom sertai kami!

Layari facebook Mkhan Cosmetic  https://www.facebook.com/mkhansHQ atau www.mkhans.com untuk maklumat lanjut.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.