Krisis ekonomi 1997 telah menimpa Malaysia ketika Dr Mahathir Mohamad sedang bercuti dua bulan. Pada detik itu negara diuruskan Anwar Ibrahim atas kapasiti Timbalan Perdana Menteri.

Angin krisis bertiup daripada Thailand, yang berhenti menambat matawang baht pada dolar Amerika Syarikat.

Apabila nilai THB menguncup, sebahagian besar daripada matawang Asia Timur menjunam 38 peratus (Investopedia, 2020). Malaysia tidak kecuali, kerana matawang tempatan menjunam daripada RM2.40 kepada RM4.90 pada AS$1.

Pelaburan menjunam daripada RM10.3 bilion kepada –RM12.9 bilion, menyebabkan masalah besar dalam pasaran perbankan dan saham.

Talian hayat Malaysia ialah hutang luar yang tidak tinggi. Jadi Malaysia tiadk memerlukan bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Namun Malaysia menggunakan saranan IMF dengan cara meningkatkan kadar faedah dan perbelanjaan kerajaan dikurangkan 18 peratus.

Walau bagaimanapun, Malaysia menukarkan definisi “non-performing loan” (NPL) daripada tunggakan enam bulan pada tunggakan tiga bulan. Pendekatan ini tidak memulihkan ekonomi negara, sebaliknya ia menjejaskan lagi.

Jadi pada tahun 1998, Mahathir menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Kebangsaan untuk melancarkan Rancangan Pemulihan Ekonomi Kebangsaan bagi menangani krisis ekonomi 1997, yang mempunyai beberapa objektif:

  1. Mengimbangkan matawang tempatan.
  2. Mengembalikan keyakinan pasaran.
  3. Mengekalkan imbangan pasaran kewangan.
  4. Mengstruktur semula hutang korporat dan sektor perbankan.

Keempat-empat objektif ini mempunyai tujuan tunggal, iaitu merangsangkan ekonomi secara berperingkat.

Pertama sekali, Bank Negara Malaysia mengurangkan kadar faedah daripada 11 peratus hingga 3 peratus antara Julai 1998 hingga Disember 1999.

Matawang ringgit pula ditambat (AS$1=RM3.80). Lebih-lebih lagi wang kertas RM500 dan RM1,000 dihentikan bermula 1 Julai 1999.

Keperluan rizab berkanun (SRR) pun dikurangkan secara berperingkat daripada 13.5 peratus hingga 4 peratus. Definisi NPL juga diubah kembali ke tunggakan enam bulan.

Apa yang jelas di sini ialah, Bank Negara mahu rakyat meminjam (untuk menciptakan wang baharu) kerana bank disasarkan meningkatkan jumlah pinjaman ke 8 peratus.

Apa yang ditentang IMF ialah kawalan modal yang diperkenalkan Mahathir. Pihak asing wajib mengekalkan pemilikan saham selama setahun sebelum dibenarkan mengeluarkan wang (dan keuntungan).

Tujuan kawalan modal dibuat adalah untuk mengekalkan duit dalam negara, bagi menghentikan spekulasi dagangan jangka pendek. Pinjaman pada syarikat broker saham dihentikan.

Pemindahan ringgit ke akaun antarabangsa pun turut dihalang (kelonggaran diberikan kepada penduduk tetap).

Mahathir kemudian menambahkan perbelanjaan kerajaan sampai berdefisit (+2.5 peratus bagi 1997 ke -3.2 peratus bagi 1999).

Secara berperingkat, pendekatan ini mengembalikan Malaysia kepada trend pertumbuhan lebih awal daripada negara-negara Asia lain.

Artikel juga boleh dibaca di portal ekonomi dan kewangan kami, The Outlook. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.