Bagaimana The Beatles Menjana Keuntungan Setelah 56 Tahun?

747

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Apa yang peliknya, mereka terus mendapat keuntungan walaupun sudah lama tidak mengeluarkan album. Persoalannya, bagaimana perkara seumpama ini boleh terjadi?

Semuanya bermula dengan pengaruh muzik dan fesyen yang telah dibawa oleh The Beatles kepada dunia.

Bayangkan sejak daripada era 60-an sehinggalah ke hari ini, muzik The Beatles masih lagi menjadi ikutan walaupun ada pendapat mengatakan rock sedang dalam ambang kejatuhan.

Hal ini terus membuatkan album The Beatles masih terjual sebanyak 600 juta salinan di seluruh dunia bermula era 60-an sehingga ke hari ini.

Antara album The Beatles yang terjual dengan angka cukup besar adalah The White Album (24 juta salinan) dan Abbey Road (12 juta salinan).

Keuntungan pertama yang diperolehi oleh The Beatles adalah dengan penganjuran konsert debut kumpulan itu di The Ed Sullivan Show pada 9 Februari 1964 yang mencatatkan jumlah tontonan seramai 73 juta orang.

Kumpulan ini telah menerima sekitar $10,000 dan sebanyak $50,000 perlu dibelanjakan oleh pihak penganjur untuk mempromosikan The Beatles yang belum dikenali.

Jadi apa yang perlu dilakukan oleh The Beatles pada ketika itu hanya menyanyi dan bermain alatan muzik untuk menghiburkan penonton.

The Beatles tidak berheni setakat itu sahaja, kumpulan ini mula beraksi dalam filem bertajuk “A Hard Day’s Night” sehingga mampu menjana pendapatan sebanyak $1.3 juta.

Album terpanjang kumpulan ini juga iaitu “Sgt. Pepper’s Lonely Hearts Club Band” telah terjual sebanyak 8 juta salinan.

Bermula sejak itu The Beatles terus cemerlang mengeluarkan 12 album dengan angka salinan mencecah jutaan unit hingga memberikan banyak keuntungan kepada kumpulan tersebut.

Populariti yang dikecapi oleh kumpulan itu bikin mereka terus ingin menubuhkan syarikat mereka sendiri iaitu Apple Corp pada 1968.

Syarikat ini akan mengawal selia segala hak cipta kumpulan The Beatles daripada menjadi mangsa rakusan cetak rompak. Syarikat ini dibentuk setelah kematian pengurus mereka iaitu Brian Epstein bagi menggantikan Beatles Ltd.

Apa yang menariknya syarikat milik The Beatles ini pernah disenaraikan dalam Bursa Saham pada 1960 walaupun hampir dibubarkan ketika 1975 akibat sedikit salah faham.

27 tahun selepas itu, The Beatles masih lagi menjana keuntungan dengan mengeluarkan dokumentari bertajuk “Beatles Anthology” yang disertakan bersama buku dan juga cakera padat melalui Apple Corp.

Bukan itu sahaja, The Beatles juga telah mengeluarkan album kompilasi lagu-lagu popular mereka pada 2002.

Pengaruh yang ada pada The Beatles membuatkan album tersebut terus mendaki carta sebagai album terlaris di dunia dari tahun 2000 hingga 2010 lantas memberi banyak keuntungan kepada kumpulan itu.

Perkara seumpama itu sangat mengejutkan pada ketika dunia sedang dilanda demam rock alternatif, nu metal dan britpop. Malaysia pula dikuasai oleh pop Indonesia dan muzik bawah tanah yang dibawa ke arus perdana oleh Spider.

Buat pengetahuan anda, permainan muzik video The Beatles yang dilancarkan pada tahun 2009 memberikan pendapatan jutaan dolar kepada kumpulan itu dengan terjual lebih 1 juta salinan.

Ianya ditambah lagi beberapa rancangan televisyen yang membayar nilai tinggi kepada The Beatles untuk menjadikan lagu kumpulan tersebut sebagai runut bunyi.

Sebagai contoh, rancangan televisyen Mad Men membayar $250,000 kepada kumpulan itu bagi mengunapakai lagu ciptaan Lennon-McCartney dalam salah satu drama mereka.

Dianggarkan pada tahun 2013, pendapatan kumpulan The Beatles mencecah $71 juta melalui jualan album yng masih lagi mendapat permintaan dan pendapatan lain.

Hal ini boleh dilihat apabila Paul McCartney memperoleh $47 juta daripada projek solo dan penerbitan muzik. Ringor Star pula memperolehi pendapatan melalui konsert jelajah bersama band projeknya iaitu Ringo Starr & His All-Starr Band.

Mendiang George Harrison pula miliki aset sebanyak $6 juta dan mendiang John Lenon masih memperoleh royalti sebanyak $12 juta melalui lirik lagu ciptaannya.

Pada hari ini, The Beatles masih lagi menjana keuntungan melalui youtube dengan mencatat ratusan juta tontonan terutama melalui muzik video lagu mereka yang agak lanka.

Di laman-laman penstriman seperti Spotify, Joox dan Apple Music, lagu-lagu The Beatles masih menjadi pilihan untuk didengari secara dalam talian.

Dengan teredarnya lagu-lagu The Beatles melalui laman penstriman, dijangka kumpulan ini akan terus mampu menghasilkan keuntungan untuk beberapa tahun akan datang.

Kesimpulannya, bermain muzik dengan serius juga boleh menjana keuntungan yang begitu banyak sehingga bertahun lamanya sama sebagaimana The Beatles.

Namun begitu, kita harus menerima hakikat tidak ramai yang mampu mencapai tahap The Beatles. Semuanya bergantung kepada penawaran dan permintaan dalam pihak masyarakat.

Oleh sebab itu jangan terkejut jika beberapa lagu kurang berkualiti mampu terkenal kerana ianya bergantung kepada selera pendengar. Jika muzik yang sangat bagus dapat dihasilkan tetapi tidak mampu menarik perhatian masyarakat, kumpulan itu akan terus lenyap.

Artikel ini turut boleh dibaca di portal ekonomi dan kewangan kami, The Outlook. 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.