Cerita Husna dah habis, tapi cerita baru “Cinta Bukan Kristal” pun cerita pasal perampas, cinta tiga segi, suami menggatal.

Dah macam politik: tumbangnya seorang diktator, naik lagi seorang diktator; jatuhnya seorang Husna, bangkit lagi seorang Husna.

Sebenarnya cerita cinta cintun tak semestinya kena ulang skrip yang sama. Boleh dibuat dengan cara yang kreatif. Antara caranya masukkan sejarah sebagai latar belakang.

Antara success story ialah drama Thai paling popular tahun ini yang bertajuk Love Destiny (“Bupphe Sanniwat”). Cerita yang berlatarbelakangkan zaman pemerintahan Raja Narai (1656-1688) ketika Dinasti Ayutthaya.

Cerita ini tak ada CGI yang bombastik atau babak perang yang epik, cuma ia sangat teliti dalam mempersembahkan sejarah. Dari pakaian, rambut hingga ke bahasa semua ikut sebijik zaman Ayutthaya. Perasan tak keris di pinggang watak lelaki? Di zaman Raja Narai terdapat masyarakat Minangkabau yang mencari suaka di Ayutthaya, jadi budaya memakai keris tersebar juga kepada orang Siam.

Cerita cinta cintun juga, tapi kelebihannya dia membuat penonton minat dengan sejarah Ayutthaya, sampai masyarakat dikatakan dilanda demam sejarah (history fever). Tiba-tiba fesyen wanita hampir 350 tahun yang lalu jadi ikutan ramai, semua pakai selendang “sabai” seperti watak “Karakade” dalam cerita. Sampai kerajaan kena beri kelonggaran untuk orang pakai fesyen Ayutthaya ke kerja. Jumlah pelancong tempatan ke Phra Nakhon Si Ayutthaya, ibu kota Dinasti Ayutthaya pun bertambah berkali ganda.

Itulah kesan hiburan popular. Kalau penggiat seni berjaya menjadikan sejarah dan budaya tradisional itu sesuatu yang “cool”, orang ramai pun akan terkesan. Sama seperti di Korea, kalau tiada drama sejarah (“sageuk”) seperti Dae Jang Geum, rasanya Hanbok tak sepopular hari ini.

Sebenarnya sejarah Malaysia pun ada potensi besar untuk diadaptasikan sebagai drama sejarah. Kisah Sang Nila Utama dan Parameswara mendirikan semula dinasti Melayu selepas serangan Majapahit boleh dijadikan macam cerita “Jumong”. Sejarah “game of thrones” pasca kemangkatan Sultan Mahmud II Dinasti Johor, dengan kepelbagaian wataknya (Bendahara Tun Habib, Laksamana Tun Abdul Jamil, Bugis Lima Bersaudara, Raja Kecil) boleh jadi cerita epik macam “Six Flying Dragons”.

Tapi yang peliknya drama atau filem genre sejarah kita tak subur. Kekurangan persembahan sejarah dalam hiburan popular menyebabkan orang ramai terutamanya orang muda tak minat dengan sejarah, malah sampai tahap alergik dengan sejarah, anggap semua tradisi “kolot” dan ketinggalan zaman.

Dulu-dulu ja orang anggap Westernization paling cool, sekarang negara-negara di dunia semua nak kembali kepada “root” masing-masing. Malaysia pun janganlah ketinggalan dalam tren ini, enough lah dengan semua drama-drama yang sangat “prententious” untuk jadi “orang moden”.

Akhir sekali, jangan lupa dapatkan buku kami yang baru sahaja dibuka pratempah pada pautan http://bit.ly/pratempah. <==== KLIK PAUTAN INI.

Harga diskaun dalam gambar hanya sampai tempoh pra- sampai 24/8/2018. Pembelian adalah seperti pembelian di atas talian di Lazada, Shopee dan seumpama dengannya!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.