Bagaimana Teknologi Menyelesaikan Misteri Mayat Wanita?

1,827

Pra-tempah hanya di Shopee

Pada 29 Oktober 2006, dua lelaki terjumpa sebuah patung dalam keadaan sedang dijilat api. Asalnya mereka sangka patung tersebut adalah sempena Halloween (yang kebetulan pula beberapa hari lagi).

Cuma mereka tidak faham kenapa udara keliling mempunyai bau seperti sosej digoreng. Tidak sedap hati, mereka menghampiri patung tersebut. Pucat lesi dibuatnya, selepas mereka mengetahui itu bukan patung.

Mereka terus menghubungi pihak polis, yang menutup kawasan tersebut. Berdasarkan pemerhatian awal, pihak polis berpendapat itu ialah may.at seorang gadis Timur Tengah yang baru dibak.ar barangkali beberapa minit sebelum ditemui di situ. Usia gadis tersebut berada antara 17 hingga 25 tahun.

Dalam poketnya cuma AS$40 sahaja. Tetapi penemuan sisa air mani dalam tubuh gadis tersebut mengubahkan segalanya.

Kota Kilgore selama ini sunyi di pesisiran Texas, dengan populasi cuma 13,000 orang sahaja. Sejak hari itu, kota ini mula mendapat perhatian. Hari bertukar minggu, kemudian menjadi tahun.

Pihak penyiasat semakin buntu, kerana tiada siapa tahu tentang identiti gadis ini. Namanya masih satu misteri besar. Jangankan kawan, keluarga pun tidak menghubungi pihak polis Kilgore. Semakan pejabat sheriff di seluruh negeri tidak membawa sebarang hasil.

Gadis tersebut hanya dinamakan Lavender Doe sempena warna baju dipakainya.

Gigi Yang Membuka Jalan

Lavender Doe meninggal dunia pada malam sebelum ditemui, mungkin antara jam 8:15 hingga 10:00 malam. Pihak penyiasat menganggarkan beratnya antara 45 hingga 55 kilogram, dengan ketinggian tidak melebihi 165 sentimeter.

Sebab itulah polis asalnya sangka Lavender Doe berusia dalam lingkungan 13 tahun. Dan polis melihat ini sebagai kes bµnµh, kerana penemuan tong minyak di tempat kejadian.

Ada satu benda sangat menarik tentang Lavender Doe. Giginya sangat sempurna, tanpa lubang atau palaman langsung.

Malah dua batang masih lagi gigi susu. Jadi orang mula fikir kebarangkalian jika Lavender Doe seorang doktor gigi (atau berkeluarga dengan doktor gigi).

Sangkaan tersebut tidak membawa sebarang hasil, kerana identiti Lavender Doe kekal tidak terjawab.

Walaupun baru saja dibak.ar, may.atnya melec.ur teruk juga. Inilah sebab kenapa polis tidak dapat mengenal pasti identitinya. Berhempas-pulas pakar forensik cuba melukiskan semula wajah Lavender Doe.

Pada 2 Oktober 2013, Lavender Doe digali semula bagi tujuan penyiasatan. Dan beberapa bulan kemudian, pihak berkuasa berjaya menyiapkan sebuah gambar digital dengan harapan dapat menutup kes ini (Williams, 2014).

Harapan mereka membuak-buak selepas menerima panggilan daripada seorang wanita. Kebetulan pula anak wanita ini hilang sejak Ogos 2006 (ma.yat Lavender Doe ditemui pada Oktober 2006).

Dan si ibu ini berpendapat gambar digital kelihatan seperti anaknya, bernama Brandi Wells. Ujian DNA menghampakan semua pihak, kerana Lavender Doe bukan Wells (Thomas, 2013).

Satu-satunya sus.pek disyaki polis ialah Joseph Wayne Burnette yang mempunyai rekod jen.ayah sek.sual.

Tetapi penyiasat tiada bukti mencukupi untuk tujuan pendakwaan, tambah pula dengan penafian daripada pihak pembelaan Burnette.

Kes kembali dingin. Pihak polis amat khuatir jika Lavender Doe benar-benar tiada keluarga… ataupun dibuang keluarga. Tidak pelik pun, jika Lavender Doe kurang berkawan hingga kehilangannya tidak disedari siapa.

Tetapi selama ini, penyiasat terlepas pandang satu petunjuk besar (yang berjaya menyelesaikan kes pembµnµhan ini).

Dan petunjuk itu ialah gigi Lavender Doe. Cuma bukan penyiasat yang merungkaikan misteri ini… sebaliknya warga maya yang profesional.

Teknologi Sains Yang Menundukkan Kecilikan Syaitan

Collen Fitzpatrick ialah seorang pakar fizik yang pernah bekerja dengan NASA dan Jabatan Pertahan Amerika Syarikat.

Margaret Press pula ialah seorang penulis yang pandai dalam bidang program komputer, digunakan bagi tujuan genealogi genetik.

Bersama-sama mereka menubuhkan sebuah organisasi bernama DNA Doe; tujuannya untuk mengenal pasti may.at.

DNA Doe berjaya menyelesaikan beberapa kes dingin, sebelum terhidu tentang Lavender Doe.

Mereka bersetuju untuk mengambil kes ini, siap mengumpulkan derma sebanyak AS$1,400 untuk menyemak profil DNA bagi tujuan penyelidikan genealogi.

Rupanya Lavender Doe mempunyai bau-bau bacang daripada Czechia, jauh sekali Timur Tengah.

Tetapi bagi kes Lavender Doe, siasatan genealogi dibuat daripada rumah saja. Mereka terdiri daripada Kevin Lord, Missy Koski dan Lori Gaff. Tiga individu ini setiap masa berhubung melalui Facebook (tentang kes Lavender Doe).

Mereka menggunakan DNA Lavender Doe untuk mengenal pasti ibu bapa, abang adik, sepupu-sepapat dan sebagainya.

Dalam sekejap, mereka mengenali ibu bapa Lavender Doe. Sebaik sahaja dilahirkan, Lavender Doe ditinggalkan ibunya yang meninggal dunia pada tahun 2006.

Bapanya pula seorang yang tiada tempat tinggal dengan rekod jen.ayah. Lavender Doe didapati menetap dengan keluarga ibu tirinya di Jacksonville, Florida.

Dia meninggalkan keluarga tirinya pada tahun 2000. Tiada siapa berjaya menghubungi Lavender Doe sejak tahun 2003 (tiga tahun sebelum ditemui ma.ti).

Tetapi namanya masih belum didedahkan, kerana seorang lelaki mengaku telah membµ.nµ.h Lavender Doe. Dan lelaki tersebut ialah Joseph Wayne Burnette yang lama disyaki polis.

Burnette

Lavender Doe dipercayai berjumpa dengan Burnette semasa bekerja sebagai pekerja pemasaran yang cuba menjual pakej pelancongan melalui risalah. Burnette berkata nama sebenar Lavender Doe mungkin “Ashley”.

Barangkali itulah nama digunakan Lavender Doe semasa menjual.

Kajian DNA Doe mendedahkan bahawa nama sebenar Lavender Doe ialah Dana Dodd.

Semasa berada dengan keluarga tiri, Dodd sebenarnya seorang yang selalu membero.ntak.

Dia tidak suka membuat kerja rumah. Sesi kaunseling hanya menyejukkan keadaan, tetapi Dodd terlibat dengan gan.ja, gaduh dan rok.ok. Dodd kemudian keluar dengan kumpulan penjual pakej tersebut, mengembara hingga ke Texas.

Kebetulan pula, Dodd bertemu dengan Burnette yang membuat pengakuan tergempar.

Asalnya Dodd menawarkan majalah… kemudian pakaian dalaman kepada Burnette. Apabila enggan membeli, Dodd meminta izin untuk masuk dalam kereta Burnette.

Ini membukikan bahawa Dodd benar-benar dalam satu masalah, hingga berani masuk dalam kereta seorang tidak dikenali.

Burnette dijatuhi hµkµman penj.ara selama 50 tahun kerana membµnµh Dodd.

RUJUKAN:

Thomas, S. (2013, Oktober 3). Gregg County investigators seek to use new tech to (ditapiskan) cold case. Longview News-Journal.

Williams, C. (2014, Februari 11). Jane Doe composition released from 2006 East Texas cold case. KTYX News.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.