Tamadun Yunani mengharungi satu zaman kegemilangan yang sangat menakjubkan. Peradaban ini meninggalkan banyak teknologi yang diwarisi tamadun-tamadun susulan, dnegan kesan menguntungkan manusia hari ini.

Kerana Yunani, manusia belajar tentang alkimia (alchemy) yang mendahului ilmu sains kimia (chemistry). Knidos dan Kos adalah dua tempat dengan sekolah perubatan yang mengasingkan alam perubatan jauh daripada sentuhan agama dan mitos (faham-faham sajalah agama dulu macam mana).

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Kalau bukan kerana Yunani, tidak mungkin hari ini ada Sukan Olimpik dan Sumpah Hippocrates (untuk doktor).

Memang Yunani menggerakkan manusia ke masa hadapan. Daripada rahim Yunani, lahirnya demokrasi. Rom pula mengamalkan republik yang mewarisi demokrasi ini. Itulah legasi besar Yunani, bagaikan acuan pada pancaindera 2,000+ tahun kemudian. Namun Yunani juga telah membuat satu kejayaan yang jauh lebih luar biasa.

Eratosthenes yang dilahirkan pada 276 S.M. dalam Tamadun Yunani merupakan seorang warga ilmu (man of learning) yang mempelopori ilmu geografi untuk anak bangsanya (dan manusia sejagat). Eratosthenes berkata, ukur lilit Bumi adalah 252,000 stadium… iaitu 40,030 kilometer (Business Insider, 2017).

Eratosthenes.

Berdasarkan dapatan sains moden, ukur lilit Bumi adalah 12,742 kilometer. Jelas sekali Eratosthenes salah. Tetapi beliau boleh dimaafkan, kerana bergantung pada teknologi 2,000 tahun lalu. Kiraan Eratosthenes membuat Bumi sedikit kecil untuk dibandingkan dengan Neptun.

Sebagai bayangan.

Persoalan sekarang: bagaimana Eratosthenes kira ukur lilit dulu?

Ketika Yunani baru bertatih, dunia memang tenggelam dalam falasi Bumi rata (sampai hari ini ramai yang percaya Bumi rata). Semakin lama, kebenaran pun menyerlah. Dan akhirnya semua bersetuju Bumi mempunyai bentuk sfera (lebih tepat bagaikan telur).

Ini membangkitkan persoalan-persoalan baru, seperti berapa ukur lilitnya? Ketika ini bukan semua orang yang fasih dalam bab ilmu. Rakyat marhaen yang berpengetahuan lebih cenderung untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah-masalah harian, seperti musim kering dan banjir.

Walau bagaimanapun, ada segelintir yang ingin tahu. Senang kata, golongan genius ini berhempas pulas untuk mendapat jawapan.

Kerana jawapan kompleks jika berjaya mempengaruhi minda marhaen semestinya akan memasyhurkan nama mereka. Siapa tidak mahu bina nama buat selamanya…

Sama seperti ilmuwan hari ini, cendekiawan Yunani dulu turut mewarisi maklumat daripada leluhur mereka. Eratosthenes bukan satu-satunya orang yang genius dalam Yunani.

Seorang lagi adalah Thales daripada Miletus yang hidup antara 624 S.M. hingga 547 S.M.. Thales hari ini wujud hanya dalam catatan bukan saintifik, kiranya seorang lagenda sahaja. Namun beliau dikatakan seorang pakar matematik yang pandai meramal gerhana Matahari (berlaku pada 585 S.M.).

Benar atau tidak, itu bukan keutamaan sekarang. Thales merupakan orang pertama dalam Tamadun Yunani yang menggalakkan rasionalisme, dalam zaman semua akan fikir pasal dewa-dewi (Salisbury, 2004).

Contohnya, Thales menjelaskan yang gempa bumi berlaku bukan sebab pergad.µhan dewa… atau murka Dewa Poseidon. Sebaliknya beliau berhujah bahawa ombak dalam laut menyebabkan bumi bergegar (satu pendapat yang tidak betul… tetapi jauh lagi relevan berbanding hujah keagamaan Yunani).

Thales turunkan inspirasi ini pada anak muridnya, Anaximander yang menjelaskan tentang kosmologi alam secara rasionalis. Yunani mula memeluk hujah “Bumi sfera” selepas zaman dua ilmuwan ini.

Pythagoras menubuhkan sebuah mazhab yang diikuti Plato dan Aristotle dalam zaman terkemudian. Tiba zaman Eratosthenes, beliau mula fikir pasal ukur lilit Bumi.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Kiraan beliau adalah berdasarkan kedudukan Matahari. Semasa beliau di Aswan, Mesir, beliau ternampak Matahari terpacak di atas kepala.

Kalau di Alexandria pada waktu sama, Matahari takkan sesekali terpacak di tempat sama. Jadi beliau fikir: takkan Matahari boleh ada di dua tempat berbeza pada waktu sama?

Tidak logik.

Jadi beliau mengkaji dan mendapati bahawa Matahari terlalu jauh tetapi sinarannya mencerahkan Bumi secara selari (parallel).

Tengok anak panah daripada Matahari. Itu sinaran selari. A (Alexandria) dan S (Syene = Aswan) adalah dua titik sinaran.

Beliau kemudian mengira sudut antara dua titik sinaran ini. Jarak sudut tersebut adalah 7° 12’, iaitu 1/50 daripada satu bulatan penuh (Neugebauer, 2012). Perbezaan antara dua jarak inilah menjadi kunci untuk Eratosthenes.

Daripada kiraan inilah, beliau mendapati ukur lilit Bumi adalah 250,000 stadium.

RUJUKAN:

Business Insider. (2017, Disember 27). How the ancient Greeks proved Earth was round over 2,000 years ago.

Neugebauer, O. (2012). A History of Ancient Mathematical Astronomy. Springer Science & Business Media. Halaman 653.

Salisbury, J.E. (2004). The Greenwood Encyclopedia of Daily Life: The ancient world. Greenwood Press. Halaman 225.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.