Barat sentiasa mendakwa diri mereka bertamadun dalam setiap aspek kehidupan manusia. Bila ditanya bukti, nama Rom dan Yunani selalu dipetik sebagai bukti keagungan mereka. Tetapi ironinya, jika tidak kerana Zaman Keemasan Islam, kebangkitan Barat tidak akan berlaku sama sekali.

Selepas kejatuhan Empayar Rom Barat pada abad kelima Masihi, benua Eropah mengalami satu tempoh yang dipanggil Zaman Kegelapan. Pada ketika itu, ramai orang dari golongan petani hinggalah bangsawan dan pemerintah buta huruf. Aspek kebersihan pada ketika itu jauh lebih buruk mengikut tahap kebersihan hari ini.

Dari segi celik huruf, kota-kota di Andalusia mencatatkan rekod tinggi untuk populasi yang celik huruf. Di kota-kota Iberia inilah, lebih banyak institusi pendidikan didirikan dan dijadikan sebagai tempat penyebaran ilmu yang diterjemah dari pelbagai bahasa seperti Latin, Yunani, Aramaik dan Ibrani ke Bahasa Arab.

Malah, tidak mengejutkan asas pembentukan Universiti Oxford dibentuk semasa para pengasasnya mengadakan lawatan ke universiti-universiti sekitar Andalusia ketika itu. Malah, universiti tertua di dunia iaitu Universiti Qarawiyyin di Fez, Maghribi sekitar abad kesembilan Masihi diasaskan oleh seorang Muslimah bernama Fatimah al-Fihri.

Dalam dunia matematik, pengenalan angka sifar, angka-angka Arab dan sistem perpuluhan membolehkan banyak masalah matematik diselesaikan dengan cepat dan tepat. Tanpa semua input ini, Revolusi Perindustrian yang menjadi pemangkin kemajuan dunia moden hari ini tidak akan berlaku.

Perkembangan ilmu termasuk ilmu saintifik digalakkan dan mendapat sokongan pemerintah tempatan. Misalnya, dalam ilmu penerbangan, Ibnu Firnas merupakan orang terawal yang berjaya terbang secara terkawal pada 875 Masihi. Ia dicapai lebih 600 tahun sebelum polimath Itali terkenal Leonardo da Vinci mencuba perkara sama.

Dari segi kebersihan, ia ibarat langit dan bumi. Di dunia Islam dari Baghdad hinggalah Andalusia, aspek ini amat dititikberatkan kerana ia bukan sekadar mengikut suruhan sunnah Rasulullah s.a.w. Tetapi pada masa sama, ia dilihat dapat menambahbaik aspek kesihatan dan kesejahteraan penduduk sesebuah kota.

Ini sama sekali berbeza di Barat pada Zaman Kegelapan. Kebersihan dianggap satu dosa oleh pihak gereja. Tidak seperti para khalifah dan gabenor yang bersemayam di istana-istana tersergam indah, pemerintah Eropah menjadikan bangsal besar tanpa tingkap dan serombong sebagai tempat mereka bersemayam.

Menjelang abad ke-10, Cordoba bukan sekadar ibu kota utama Andalusia. Malah, ia juga dianggap sebagai kota penting dan termaju di Eropah pada ketika itu. Dengan populasi 500,000 orang, Cordoba mempunyai 50 buah hospital lengkap dengan bekalan air bersih, 50o buah masjid dan 70 buah perpustakaan.  Sesetengah perpustakaan dikatakan menyimpan lebih 500,000 buah buku sebagai rujukan para cendekiawan.

Ini sama sekali berbeza di London. Pernah menikmati kemajuan pesat semasa era Rom, ia hanya mempunyai populasi buta huruf seramai 20,000 orang. Nak tengok lampu jalan atau jalan berturap di London atau Paris ia hanya berlaku ratusan tahun kemudian.

Semasa aktiviti penjelajahan berkembang pesat pada abad ke-15 dan ke-16, Sepanyol dan Portugal dianggap pendahulu untuk aktiviti penjelajahan laut. Tetapi semua itu tidak akan berlaku tanpa kewujudan astrolab dan sekstan serta penambahbaikan teknik pembinaan kapal dan pelayaran oleh pelayar dan cendekiawan Islam.

Dan ada satu fakta yang dijangka menggemparkan minda para pembaca. Memang benar, Christopher Columbus bukan orang pertama menemui benua Amerika. Tetapi usah terkejut jika orang Islam – lebih tepat dari Afrika Utara terlebih dahulu sampai ke sana berbanding orang-orang Eropah.

Mungkin ada berpandnagan idea ini sebagai mengarut. Tetapi ramai cendekiawan moden mula melihat teori ini sebagai munasabah berpandukan kepada keterangan manuskrip Arab, artifak, ukiran dan laporan saksi. Laporan saksi di sini merujuk kepada keterangan Columbus sendiri setibanya di benua di seberang Lautan Atlantik itu.

Dalam catatan jurnalnya, beliau diberitahu oleh penduduk tempatan bahawa orang-orang dari seberang laut (sebelah Afrika termasuk Afrika Utara) tiba di situ dengan kapal dan membawa barang berharga. Catatan ini dinyatakan oleh sejarawan Leo Weiner dalam bukunya Africa and the Discovery of America.

Pendek kata, kebanyakan pencapaian dan ciptaan dunia moden hari ini tidak akan berlaku tanpa input Zaman Keemasan Islam. Tetapi itulah, sumbangan zaman tersebut dipandang sepi atas alasan dunia Islam hari bersifat kolot dan ketinggalan. Nampak sangat ada yang cuba mengubah naratif sejarah bagi memastikan kisah ini tidak diketahui generasi hari ini.

RUJUKAN

Chengu, G. (2017, 8 April). History: How African Muslims “Civilized Spain”. Centre of Research for Globalization.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply