Bagaimana Sungai Nil Terus Mengalir Selama 30 Juta Tahun?

2,492

Sungai Nil merupakan salah satu daripada keagungan alam. Sepanjang sejarah, ia sentiasa menjadi kekaguman kepada sesiapa yang melintasinya. Kajian mencadangkan bahawa Sungai Nil telah menjadi sumber air, perparitan dan kehidupan selama 30 juta tahun.

Persoalan terbesar yang bermain dalam minda pengkaji ialah mengapa Sungai Nil tidak berubah kedudukannya ataupun berubah alirannya sepanjang 30 juta tahun itu. Kajian menunjukkan bahawa terdapat sel perolakan (convection cell) yang berputar di bawah Sungai Nil yang membuatkan ia tetap berada pada kedudukannya dan menunjukkan ia terus mengalir di tempat yang sama selama jutaan tahun.

Kemudian, persoalan lain timbul tentang bila ia mula mengalir. Terdapat hipotesis menyatakan ia mula mengalir 6 juta tahun yang lalu sewaktu saliran lembah sungai mula berhubung dengan rekahan di Afrika Timur.

Walaupun hipotesis permulaan 30 juta tahun yang lalu bukanlah hipotesis yang baru, bukti baru ditemui untuk menyokong hipotesis tersebut. Pergerakan mantel Bumi bertanggungjawab memunculkan tanah tinggi Ethiopia. Kemunculan setinggi 1.5 km ini telah menyebabkan Sungai Nil terus mengalir pada kedudukannya untuk tempoh yang lama apabila Nil sampai ke Mediterranean. Tanpa keadaan geologi ini, Nil sudah lama menukar haluannya ke Barat. Perubahan aliran itu akan memberikan kesan yang signifikan kepada sejarah tamadun manusia. Bayangkan sekiranya Nil mengalir ke Morocco, Tunisia dan banyak lagi negara utara Afrika yang memberikan kesan kepada tamadun-tamadun di utara Afrika.

RUJUKAN:

  1. https://www.sciencealert.com/the-mystery-of-how-the-nile-has-kept-flowing-for-30-million-years-may-have-been-solved
  2. https://news.utexas.edu/2019/11/11/scientists-find-eternal-nile-to-be-more-ancient-than-previously-thought/
  3. Faccenna, C., Glišović, P., Forte, A., Becker, T. W., Garzanti, E., Sembroni, A., & Gvirtzman, Z. Role of dynamic topography in sustaining the Nile River over 30 million years.

 

Ruangan komen telah ditutup.