Bagaimana Sparta Melahirkan Tentera Yang Gagah Perkasa?

1,113

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Pada pert3mpuran Thermopylae pada 480 Sebelum Masihi, terima kasih diucapkan kepada sekumpulan kecil tentera Sparta yang masih bertahan berjuang hingga m4ti menetang sekumpulan besar tentera Parsi, sekian lama pahlawan Sparta sangat terkenal dengan kehebatan ketenteraan dan kecekalannya. Bahkan hari ini, perkataan Sparta itu sendiri memberi gambaran kepada seseorang yang sangat cergas, pahlawan yang berkemahiran tinggi, tidak kesah kepada kesakitan dan ketakutan.

“Bandar (Yunani) yang lain dinyatakan mempunyai para tentera yang biasa-biasa sahaja,” terang Kimberly D. Reiter, profesor sejarah purba dan abad pertengahan di Stetson University. “Kebanyakannya mengiktiraf Sparta sebagai yang terbaik.”

Bagaimana Sparta begitu mengagumkan? Satu faktornya ialah agoge, sistem latihan dan pendidikan negara kota Yunani, yang menggunakan kek3j4man, ekstr3m dan kadangkala kaedah-kaedah yang meny3ks4kan untuk mempersiapkan kanak-kanak lelaki sebagai warga kota Sparta dan tentera-tenteranya.

“Agoge bertujuan untuk menyemai sifat ket3nter4an: kuat, daya tahan, solidariti,” menurut catatan mendiang Mark Golden, sejarawan Kanada. Namun kesemuanya dicapai dengan pengorbanan yang besar, dengan menjadikan zaman kanak-kanak lelaki Sparta ini sebuah pengalaman yang trauma berbanding apa yang kita lihat pada hari ini.

Latihan Bermula Di Awal Umur

Seorang wanita Sparta mengucapkan selamat tinggal kepada anak lelakinya yang muda untuk berarak ke medan peperangan.

Menurut sejarawan Yunani, Plutarch, yang menulis beberapa abad setelah zaman kegemilangan Sparta pada 400 Sebelum Masihi, pertumbuhan t3nter4 Sparta bermula sejurus kelahiran mereka, setelah bayi-bayi lelaki ini dikenal pasti oleh warga tua Sparta. Kanak-kanak yang cukup sifat dan tegap dibenarkan untuk meneruskan kehidupan, manakala sesiapa yang tidak sihat atau kelainan upaya akan ditinggalkan di kaki gunung supaya m4ti di sana.

Pada umur 7 tahun, para penjaga kanak-kanak lelaki Sparta telah mendidik mereka kepada satu tahap, di mana mereka diatur kepada kumpulan-kumpulan yang mereka hidup, belajar dan berlatih bersama.

“Kanak-kanak lelaki yang cemerlang dalam membuat keputusan dan paling berani dalam pert4rung4n akan dipilih sebagai ketua kumpulan,” coretan Plutarch. “Selebihnya (kanak-kanak lelaki) akan tertumpu kepada dia, patuh akan arahan dan akur akan hukuman-hukuman yang diberikannya kerana latihan di masa muda mereka berlandaskan dengan latihan ketaatan.”

Plutarch menggambarkan bahawa kanak-kanak lelaki Sparta kurang menerima pendidikan. Namun begitu, Stephen Hodkinson, seorang profesor emeritus sejarah purba di University of Nottingham, UK, mengatakan bahawa terdapat bukti dari sumber-sumber yang lain menyatakan bahawa mereka menerima asas pendidikan Yunani seperti membaca, menulis, mengira, menyanyi dan menari.”

Untuk menambahkan lagi kekuatan mereka, kanak-kanak lelaki Sparta ini telah dipaksa berkaki ayam dan selalunya bermandikan atau menggunakan krim yang berasaskan minyak, supaya kulit mereka menjadi keras dan kering, catatan Plutarch. Bagi pemakaian pula,  mereka hanya diberikan sebuah jubah untuk digunakan setahun sekali supaya mereka dapat mempelajari untuk bertahan dalam kepanasan dan kesejukan, dan menghasilkan tilam mereka daripada tumbuh-tumbuhan yang mereka cabut dari tanah dengan tangan kosong di tebing-tebing sungai.

Menurut Plutarch, sepanjang pemuda Sparta membesar, mereka ditetapkan supaya bersenam secara berterusan untuk membina badan mereka. Menurut tulisan Donald G. Kyle dalam bukunya Sport and Spectacle in the Ancient World,  pemuda Sparta perlu pers3mbahkan diri mereka untuk pemeriksaan berkala dalam keadaan b0g3l, dan kanak-kanak lelaki yang kelihatan tidak menepati piawai kecergasan, mereka akan dipukul.

Kanak-Kanak Lelaki Sparta Menjalani Cabaran-Cabaran K3j4m

Atlet muda Sparta sedang berlatih.

Sebagai tambahan kepada lumba lari dan gusti, sebuah pertandingan yang k3j4m juga temasuk dalam sukan-sukan mereka, yang mana dua kumpulan akan cuba untuk saling mengeluarkan antara satu sama lain dari satu ‘pulau buatan’ dengan menolak, menendang, menggigit, dan mencengkam lawan mereka, menurut buku Kyle.

Untuk membuatkan kehidupan lebih sukar, kanak-kanak lelaki Sparta ini diberi makan yang sedikit. Xenophon, seorang ahli falsafah dan sejarawan yang hidup dari lewat 400 hingga pertengahan 300 Sebelum Masihi, dicatatkan bahawa salah satu tujuannya adalah untuk mengekalkan mereka agar kurus lampai, yang mana Lycurgus, pengasas sistem Sparta, yakin bahawa cara tersebut akan menambah ketinggian mereka.

Namun begitu, kanak-kanak lelaki yang lapar juga berani untuk mencuri makanan dari kebun-kebun dan tempat-tempat yang lain “supaya menjadikan kanak-kanak lelaki tersebut mendapat lebihan bekalan dan bertarung dengan baik dengan lelaki dewasa,” catatan Xenophon. Namun untuk membuatkan mereka mengambil pengajaran pada sudut kelicikan, kanak-kanak lelaki ini akan dis3bat sekiranya mereka dit4ngkap mencVri.

Hukuman yang k3j4m ialah sisi yang menyerlah pada sistem latihan Sparta. Malah warga Sparta juga menjadikan perkara ini sebagai ritual tahunan, bagi kanak-kanak lelaki yang cuba mencVri keju dari tempat pemVj4an kuil, yang mana memerlukan mereka mengelak daripada penjaga-penjaga yang bersenjatakan cambuk.

“Sebatan merupakan satu ujian keberanian dan stoisisme,” ujar Reiter. “Kanak-kanak lelaki mengimpikan agar ketabahan mereka diperlihatkan kepada umum.”

Agoge merupakan sebuah ujian pend3rit4an, menurut Paul Cartledge, seorang profesor emeritus budaya Yunani di University of Cambridge, tertulis dalam bukunya, Spartan Reflections pada tahun 2003. Namun begitu, ini merupakan satu langkah yang penting untuk dipilih sebagai salah seorang daripada kumpulan pengacau, kumpulan makan bersama dan menjadi seorang warga dan t3nter4 Sparta yang sempurna.

Adakah Sparta Pahlawan Terbilang?

Ditegaskan bahawa Agoge tidak menyenaraikan latihan ket3nter4an sebagai suatu keutamaan sehingga mereka menjadi t3nter4 dewasa. Fokus utamanya adalah untuk mempersiapkan lelaki Sparta  menjadi masyarkat yang taat, bersedia untuk berkorb4n segalanya untuk Sparta. Tidak seperti bandar-bandar Yunani yang lain, Sparta berbeza dalam kestabilan sosiopolitiknya, ujar Hodkinson. “Antara sebabnya adalah untuk mendidik kanak-kanak lelaki tersebut untuk menyemai sifat-sifat yang menggalakkan keharmonian dan kerjasama.”

Namun begitu, persekolahan Sparta menekankan kecergasan kerana membantu t3nter4 Sparta di medan p3r4ng. “Ini membuatkan mereka lebih kuat, mampu untuk menampung berat terutamanya perisai kayu semasa panas terik musim panas melanda, sangat baik dalam penolakan, stamina yang mantap,” ujar Cartledge.

Rahsia sebenar warga Sparta bukanlah pada kecergasan fizikal atau tidak hirau akan kesakitan dan penderitaan, tetapi terletak pada organisasi yang unggul. Tentera Sparta berlatih tanpa henti, sehingga mereka dapat melaksanakan taktik dengan kesempurnaan. “Ini kemungkinan latihan mereka dalam latihan taktikal ket3nter4an memberikan t3nter4 Sparta kelebihan di medan p3r4ng,” tulis J.F. Lazenby dalam bukunya The Spartan Army.

“Xenophon menyatakan bahawa seseorang t3nter4 Sparta berkemampuan melaksanakan taktikal p3r4ng yang tidak mampu dilakukan oleh t3nter4 yang lain, disebabkan oleh latihan mereka,” kata Cartledge.

Menurut Plutarch, warga Sparta meneruskan latihan ket3nter4an yang biasa di penghujung usia mereka. “Tiada lelaki yang dibenarkan hidup menurut kemahuan mereka, kecuali di bandar mereka, seperti di perkhemhan ket3nter4an, mereka sentiasa mempunyai rejimen yang telah ditetapkan,” tulis beliau. Menurut catatan Cartledge dalam Spartan Reflections, warga Sparta dibenarkan bersara daripada t3nter4 pada umur 60 tahun-sekiranya mereka masih hidup.

Sparta Bukanlah Tidak Terkalahkan

Formasi Echelon oleh Epaminondas dalam Pert3mpuran Leuctra

Kestabilan yang dikembangkan oleh Agoge juga “telah mendorong kepada beberapa ketidakperubahan,” kata Hodkinson. Keseluruhan kecekapan Sparta sangat bergantung kepada set taktikal peperangan mereka yang terhad, dan sekiranya gagal, mereka tiada rancangan B.

“Akhirnya, perkara ini telah menghasilkan sebuah konsep yang tetap apabila warga Sparta tidak mampu membayangkan gaya atau cara hidup yang lain,” terang Reiter. “Perkara ini menyebabkan kesukaran bagi warga Sparta untuk menerima inovasi dalam peperangan dan politik.”

Oleh sebab itu, rejimen yang membantu melahirkan warga Sparta yang kuat ini juga menyumbang kepada kejatuhan utama kota Sparta. Pada 371 Sebelum Masihi, Thebes, pesaing kota negeri, telah mengalahkan Sparta dalam pert3mpuran Leuctra dengan menggunakan taktikal pep3r4ngan berkuda yang luar kebiasaan dan kreatif yang menyukarkan Sparta untuk menyerang balas. Perkara ini telah menamatkan dominan ket3nter4an Sparta, walaupun reputasi mereka yang menakutkan masih kekal bertahan dalam lipatan sejarah.

TERJEMAHAN:

Kiger, P. (2020, September 08). How Sparta Used Harsh Training to Produce ‘Perfect’ Warriors. Retrieved September 15, 2020, from https://www.history.com/news/sparta-warriors-training

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.