Bagaimana Sosial Media Menjadikan Sukar Untuk Kita Menentukan Kesahihan Berita?

217

Sebuah kajian melaporkan bahawa kerancuan antara berita dan kandungan hiburan di media sosial menjadikan pengguna media sosial tidak begitu mengambil peduli tentang kesahihan berita ataupun cerita yang mereka terima. Ini bermaksud, mereka mudah tersilap antara satira, fiksyen dan berita sebenar.

Kita mudah tertarik dengan media sosial kerana di situ telah menjadi pencuci mata untuk pelbagai jenis bentuk dan kandungan media, dari tulisan hinggalah ke video dan gambar. Kita juga dapat mengambil tahu perkembangan keluarga dan rakan-rakan.

Kandungan di media sosial yang rancu dan bercampur aduk telah menjadikan kita begitu sukar untuk membezakan apa yang perlu kita ambil serius dan apa yang hanya sekadar hiburan.

Dalam kajian tersebut, sebuah media sosial fiksyen dicipta bernama “Link Me”. Seramai 370 subjek yang terlibat. Setiap hantaran (post) yang dibuat oleh media sosial tersebut terdiri daripada tajuk, perenggan ringkas dan sumber. Sumber itu pula direka bentuk sama ada berkredibiliti tinggi ataupun rendah.

Sebagai contoh, sumber yang berkredibiliti tinggi direka bersumberkan daripada Washington Daily News yang digambarkan sebagai organisasi berita professional. Dikenali sebagai organisasi yang tinggi kualitinya dalam jurnalism. Kalau macam negara kita, berkredibiliti tinggi seperti Bernama.

Berkredibiliti rendah pula seperti Hot Moon yang digambarkan seperti laman sesawang yang ditulis oleh penulis bukan dalam kalangan profesional. Setiap hantaran yang ditulis dalam Link Me adalah berdasarkan artikel sebenar yang diambil dari Reddit atau Tumblr.

Setelah melihat laman media sosial tersebut, subjek ditanya pelbagai soalan untuk melihat sama ada subjek memberikan perhatian ataupun tidak terhadap hantaran tentang isu semasa berbanding hantaran lain seperti hiburan.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Hasilnya mendapati bahawa apabila kandungan di media sosial tidak dikumpulankan berdasarkan perbezaan topik – hantaran berita isu semasa bercampur aduk dengan hantaran berbentuk hiburan, subjek dilaporkan tidak memberikan perhatian terhadap sumber hantaran yang diterima.

Ini mungkin menjadi faktor mengapa kandungan berbentuk satira dan berita palsu mudah dikongsi oleh ramai orang yang fikir kandungan itu benar dan sahih.

Sebagai contoh pada tahun 2018, sebuah lama sesawang React365 membuat hantaran artikel berkenaan bencana kapal pelayaran di Mexico yang telah membunuh sekurang-kurangnya 32 orang. Artikel tersebut menjana keterlibatan (engagement) pengunjung seramai 350,000 orang pengguna Facebook.

Artikel itu palsu dan dibangkang oleh Snope.com yang menunjukkan bahawa reaact365 telah jelas memaparkan ia merupakan laman sesawang hiburan yang menaikkan cerita-cerita fiksyen.

Di mana-mana media sosial pun, ia tidak melakukan pembezaan hantaran antara berita yang palsu dan berita yang benar, juga tidak dilakukan pembezaan antara sumber laman sesawangan yang bekredibiliti tinggi dan rendah. Semuanya dipaparkan dengan corak yang sama.

RUJUKAN:

  1. George Pearson. Sources on social media: Information context collapse and volume of content as predictors of source blindnessNew Media & Society, 2020; 146144482091050 DOI: 1177/1461444820910505
  2. Ohio State University. (2020, March 30). How social media makes it difficult to identify real news: Jumbling of content makes viewers less likely to check sources. ScienceDaily. Retrieved May 27, 2020 from www.sciencedaily.com/releases/2020/03/200330093419.htm
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.