Bagaimana Silencers Untuk Senjata Api Berfungsi?

1,934

Sekiranya anda meminati untuk menonton pelbagai filem aksi seperti John Wick, Lone Survivors dan juga Act of Valor, anda pasti dapat melihat penggunaan alat yang dinamakan sebagai silencers dapat memperlahankan bunyi tembakan sehinggakan mereka yang berada di sekitar penembak ini langsung tidak mendengar apa-apa bunyi.

Adakah hal ini mitos ataupun sememangnya itulah cara bagaimana silencers berfungsi? Jadi, sebelum kita ke tajuk ini dengan lebih mendalam, mari kita lihat terlebih dahulu isu yang sering menjadi pertanyaan dan kadangkala menyebabkan perbalahan mengenai perbezaan antara silencers dan supressors.

Mengikut kepada pemilik sebuah kedai yang terkenal dengan penciptaan dan penjualan alatan ini iaitu di pautan silencershop.com, terminologi supressors dan silencers ini merujuk kepada alatan yang sama, menjadikan perbezaan antara silencers dan supressors ini hanyalah ejaan dan cara sebutannya sahaja 😛 .

Katanya, silencers adalah terminologi yang digunakan dalam kes melibatkan ‘legal’ atau undang undang untuk menerangkan senjata api yang dikurangkan bunyinya manakala supressors adalah terminologi yang digunakan secara teknikal. Senang cerita, kedua-duanya merupakan alat yang sama.

Gambar (john Wick 2) – Babak yang dikritik kerana tidak logik

Jadi, bagaimanakah alat ini berfungsi? Mari kita fahami terlebih dahulu bagaimanakah tembakan boleh mengeluarkan bunyi yang sangat membingitkan dan boleh merosakkan gegendang telinga seseorang. Dalam tembakan, terdapat tiga jenis bunyi yang dikeluarkan;

  1. Bunyi apabila hammer menyentuh firing pin – menghasilkan bunyi besi yang sinonim dengan senjata api.

  2. Bunyi apabila firing pin ini menghasilkan percikkan api, menyebabkan letupan pada bahagian belerang (gunpowder) dan menghasilkan satu jenis tekanan udara setinggi 20,000 kPA (~3000 psi) untuk memberi peluru daya tujahan ke hadapan. Bunyi ini mempunyai kadar setinggi 160 desibel

  3. Bunyi yang ketiga ini adalah sama dengan konsep penghasilan bunyi sonic boom, dan terminologi bagi peluru yang bergerak melebihi 330 meter sesaat ini digelar ballistic crack.
Gambar – Ballistic Crack and Shockwave – Wikipedia

Apa yang dilakukan oleh supressors ini adalah pada bunyi kedua (pengembangan gas akibat letupan), pemanjangan (extension) bahagian barrel tersebut disamping memberikan lebih ruang untuk tekanan udara ini mengembang dan disebabkan itu, bunyi tembakan ini dapat diperlahankan sehingga bawah daripada 140 desibel, iaitu bunyi yang dikira selamat untuk pendengaran manusia.

Adalah dikira mitos di mana bunyi tembakan menjadi terlalu perlahan sehingga tidak dapat diperasan oleh manusia lain. Hal ini adalah berdasarkan data yang dikeluarkan daripada silencer research di mana bunyi selepas perletakkan supressors ini masih lagi berada di tahap melebihi 140 desibels. (ingin diingatkan di sini, bunyi chainsaw berada pada tahap 110 desibels

Gambar – Sillencer research

Satu lagi strategi untuk memperlahankan lagi bunyi adalah menggunakan peluru yang bergerak dibawah kelajuan 330 meter sesaat untuk membuang potensi penghasilan ballistic crack (rujuk point ketiga mengenai bunyi yang terhasil dalam tembakan). Peluru ini dipanggil sebagai subsonic ammunition.

Akan tetapi, anda perlu fahami, rekaan dan penciptaan supressors ini bukanlah untuk merendahkan bunyi seperti yang dicanangkan di dalam filem-filem Hollywood, sebaliknya, penggunaan supressors ini sebenarnya adalah untuk melindungi bahagian gegendang telinga seseorang yang penembak, terutama sekali pada yang sering menembak dengan banyak setiap hari.

Juga, untuk mereka yang gemar bermain permainan game di komputer, anda akan dapati sekiranya anda meletakkan supressors pada senjata yang anda pakai, anda akan dapati peluru tersebut akan menghasilkan ‘less damage’ dan ketepatan yang rendah. L3ss damage ini di dunia yang nyata merujuk kepada kelajuan peluru yang sedikit rendah akibat pengembangan gas ini berlaku dalam ruang yang besar, tetapi, kelajuannya masih boleh menc3d3rakan dan menyebabkan p3luru men3mbusi bahagian kulit dan tulang seseorang itu.

Akan tetapi, untuk ketepatan pula, hal ini menjadi perdebatan di antara beberapa pihak kerana walaupun kita fahami ketepatan menjadi rendah apabila menggunakan supressors seperti yang terdapat di dalam game, namun hal ini tidak benar kerana dengan memanjangkan bahagian barrel untuk sesuatu senjata api, seseorang itu dapat membidik dan mengenai sasaran dnegan lebih tepat. Itu adalah sebab mengapa senjata yang digunakan oleh p3n3mbak tepat (snip3r) mempunyai bahagian barrel yang panjang untuk meningkatkan lagi ketepatannya.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.