Virus Nipah

Kita mula dengan wabak dari malaysia. Virus Nipah menyebabkan kematian 105 daripada keseluruhan 265 kes di Malaysia pada tahun 1999. Virus ini juga menyerang India pada tahun 2018, menyebabkan 17 kematian. Nama virus ini diambil daripada tempat kes pertama virus ini menyerang iaitu Kampung Sungai Nipah, Negeri Sembilan.

Virus Ebola

Virus Ebola mula ditemui pada tahun 1976. Wabak pandemik yang melanda Zaire (Republik Demokratik Congo) menyebabkan 280 kematian. Kumpulan pengkaji pada mulanya mahu menamakan virus ini dengan nama kampung kes pertama ditemui namun mereka tidak mahu memberi tanggapan buruk terhadap kampung itu.

Jadi mereka memilih nama sungai yang berada berdekatan kampung itu, Sungai Ebola, Kampung Yambuku. Daripada tahun 1976 hingga tahun 2018, sebanyak 14, 124 kes direkod dan 3956 kematian.

Virus West Nile

Wabak ini bermula pada tahun 1937,seorang perempuan telah dikuarantin kerana terkena jangkitan virus ini. Wabak epidemik ini melanda beberapa kawasan iaitu Afrika, Timur Tengah dan Amerika Syarikat kecuali Alaska. Nama virus ini diambil daripada nama tempat kes pertama dikesan iaitu West Nile, Uganda.

Chikungunya

Virus ini mula ditemui pada tahun 1952 di Selatan Tanzania. Wabak epidemik ini pernah melanda Afrika, Asia dan beberapa negeri Amerika Syarikat. Nama virus ini diambil daripada salah satu simptom pesakit iaitu bengkak dan kesakitan pada sendi. “Chikungunya” dalam bahasa Kimakonde (etnik kawasan tenggara Tanzania) bermaksud sendi terpulas atau ketegangan pada sendi.

Virus Zika

Virus ini disebarkan melalui gigitan nyamuk. Ianya ditemui pada satu spesis monyet pada tahun 1947 di Uganda. Kemudian pada tahun 1952, virus ini dikesan pada manusia di Uganda dan Tanzania. Nama virus ini diambil daripada nama hutan penemuan pertama pada tahun 1947 iaitu Hutan Zika di Uganda.

Virus Lassa

Wabak endemik ini berpunca daripada jangkitan tikus kepada manusia. Kes pertama dikesan pada tahun 1969 di Nigeria. Seorang pakar perubatan bernama Aniru Conteh yang membuat kajian tentang penyakit ini meninggal dunia pada tahun 2004 disebabkan penyakit ini. Nama virus ini diambil daripada nama sebuah bandar di Nigeria iaitu Bandar Lassa, kes pertama pada tahun 1969.

Malaria

Anggaran angka kematian akibat Malaria sehingga tahun 2018 ialah 405 ribu. Penyakit ini adalah bawaan nyamuk dan menjangkiti manusia melalui jangkitan. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis parasit yang bernama Plasmodium Parasite. Ia mendapat nama daripada perkataan Itali iaitu “Mala Aria” yang bermaksud udara yang teruk.

Virus Marburg

Wabak endemik ini pertama kali tercetus di dua tempat iaitu Marburg, Germany dan Belgrade, Serbia (dahulunya Yugoslavia) pada tahun 1967. Sebanyak 31 kes jangkitan direkod dan menyebabkan tujuh kematian. Nama virus ini diambil daripada nama bandar wabak ini bermula.

Black Death atau Bubonic Plague

Wabak epidemik yang melanda dunia pada kurun ke 13 ini menyebabkan kematian 25 juta manusia. Hampir 1 per 3 penduduk Eropah terkena tempias wabak ini. Bubonic berasal daripada perkataan greek bermaksud bengkak atau ketulan/benjolan pada bahagian tubuh. Nama Black Death pula diambil daripada bengkak/kulit yang menghitam

RUJUKAN:

  1. Ebola Fast Fact (2020) CNN Health Portal. https://edition.cnn.com/2014/04/11/health/ebola-fast-facts/index.html
  2. John Elfien (2019) Number of cases and deaths from Ebola virus outbreaks between 1976 and 2018, by country, Statista Website. https://www.statista.com/statistics/328962/ebola-virus-disease-outbreaks-by-country-deaths-case-fatality/
  3. West Nile Virus, WHO Website. https://www.who.int/en/news-room/fact-sheets/detail/west-nile-virus
  4. Chikungunya, WHO Website. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/chikungunya
  5. Zika Virus, WHO Website. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/zika-virus
  6. Institute of Medicine (US) Committee on the Economics of Antimalarial Drugs; Arrow KJ, Panosian C, Gelband H, editors. Saving Lives, Buying Time: Economics of Malaria Drugs in an Age of Resistance. Washington (DC): National Academies Press (US); 2004. 5, A Brief History of Malaria. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK215638/
  7. Brauburger, K., Hume, A. J., Mühlberger, E., & Olejnik, J. (2012). Forty-five years of Marburg virus research. Viruses, 4(10), 1878–1927. https://doi.org/10.3390/v4101878

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.