Norma setiap kali melalui jalan raya, ada saja bahagian jalan yang berlubang. Walaupun sudah diturap semula, tak berapa lama selepas itu, jalan yang dilalui akan kembali berlubang. Tetapi isu ini tidak berlaku kepada jalan-jalan yang dibina Tamadun Rom. Jalan-jalan yang dipanggil viae ini merupakan kunci bukan saja kepada pembinaan empayar tetapi juga melancarkan perjalanan empayar secara keseluruhannya.

Dianggarkan jarak rangkaian jalan Rom ini berukuran 400,000 kilometer dengan 120,000 kilometer jalan diklasifikasikan sebagai jalan untuk orang awam. Rangkaian ini melingkar dari Britain di utara, Maghribi di selatan, Portugal di timur dan Syria di barat. Dengan adanya jalan-jalan ini, ini memudahkan komoditi perdagangan dan orang ramai bergerak dari satu bahagian empayar ke satu bahagian yang lain.

Rajah 2: Rangkaian viae Rom semasa era Maharaja Hadrian.

Jalan-jalan ini dibahagi kepada beberapa kategori. Pertama, viae publicae (jalan untuk orang awam) yang dianggap laluan paling penting. Ini disusuli oleh viae militares (laluan tentera), actus (jalan tempatan) dan akhir sekali privatae (jalan persendirian). Viae publicae mempunyai jalan yang paling luas dengan lebar berukuran 12 meter. Laluan-laluan tentera diselenggara oleh pihak tentera sementara privatae dibina oleh pemilik-pemilik tanah persendirian.

Tiada teknik serupa dalam pembinaan viae ini. Ini kerana jurutera-jurutera Rom membina jalan dengan mengambil kira faktor muka bumi dan bahan pembinaan yang di sesebuah kawasan. Tetapi mereka masih perlu mengikut beberapa peraturan yang ditetapkan. Resepi pembinaan viae terdiri daripada lapisan asas, lapisan pertengahan dan lapisan permukaan. Lapisan asas jalan terdiri daripada batu dan tanah tetapi ada juga pembina menggunakan bahan lain seperti batu-bata yang dipecahkan dan susunan kayu. Lapisan pertengahan pula terdiri daripada bahan lembut seperti pasir atau batu kerikil halus. Lapisan ini dibuat dengan beberapa lapisan. Akhir sekali, lapisan permukaan terdiri daripada batu kerikil yang kadang-kadang dicampur dengan kapur.

Rajah 3: Ukiran Kolum Trajan menunjukkan tentera Rom menebang pokok untuk membina jalan.
Rajah 4: Contoh lapisan jalan Rom yang dibina. Sumber: https://www.ancient-origins.net/history/built-last-craftsmanship-enabled-roman-roads-withstand-passage-time-007523?fbclid=IwAR3aPOlgqPGDz3yf2PyUoXK0p118oiQ9JRwAnDWCq8tb6nrNEQl-eHB95cg

Bagi kawasan-kawasan yang lebih ternama terutama yang berhampiran di bandar, jalan-jalannya juga jauh lebih berkualiti dengan permukaan jalan dibina menggunakan blok-blok batu seperti batu gunung berapi dan basalt serta batu buntar. Bahagian tengah jalan dilorongkan ke tepi bagi membolehkan air dari permukaan jalan mengalir ke dalam parit saliran. Parit-parit ini turut berperanan sebagai penanda jalan di kawasan-kawasan di mana pihak musuh boleh memanfaatkan keadaan muka bumi sekitar sebagai tempat untuk menyerang hendap.

Viae merupakan nadi utama Tamadun Rom. Selain menjadi laluan perdagangan dan memudahkan urusan penduduk yang hendak ke wilayah-wilayah tertentu, ia juga memudahkan penghantaran pasukan tentera mereka dengan pantas. Contohnya pada 9 SM, bakal maharaja Tiberius menggunakan viae dengan mengembara sejauh 350 kilometer dalam tempoh 24 jam untuk menemani adindanya yang sedang nazak, Drusus. Selain membenarkan penghantaran tentera yang lebih pantas, kewujudan viae turut mengurangkan keperluan membina garison tentera sekitar empayar.

Pembinaan viae ini turut membolehkan berlakunya pertukaran dagangan dan kebudayaan antara pihak Rom dengan penduduk setempat. Misalnya, via Traiana Nova (sebelumnya dikenali sebagai via Regia) dibina di atas laluan perdagangan lama yang menghubungkan Mesir dengan Syria dan ia masih diteruskan semasa era pemerintahan Rom. Satu sebab mengapa perdagangan berkembang sepanjang laluan itu ialah kehadiran pihak tentera yang menjaga laluan itu. Dengan kehadiran tentera Rom, pedagang tidak perlu risau dengan ancaman perompak yang sentiasa mengganggu rombongan pedagang. Satu lagi sebab di sebalik pembinaan viae ialah ia merupakan lambang penguasaan Rom di wilayah itu.

RUJUKAN:

Mingren, Wu. (2017). Built to Last: The Secret that Enabled Roman Roads to Withstand the Passage of Time. Ancient-Origins. https://www.ancient-origins.net/history/built-last-craftsmanship-enabled-roman-roads-withstand-passage-time-007523?fbclid=IwAR3aPOlgqPGDz3yf2PyUoXK0p118oiQ9JRwAnDWCq8tb6nrNEQl-eHB95cg


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.