Abraham Lincoln menubuhkan Bahagian Secret Service pada 14 April 1865. Esoknya beliau ditembak mati tetapi Secret Service sebenarnya ditubuhkan dibawah Jabatan Perbendaharaan untuk memerangi wang haram.

Ketika itu satu pertiga daripada dolar Amerika Syarikat dicetak secara haram. Secara berperingkat, Secret Service semakin berkembang sampai menyiasat kes pembu-nuhan, rompakan bank dan perjudian haram.

Selepas William McKinley dibu-nuh pada tahun 1901, pihak Kongres meminta supaya Secret Service mula menjaga keselamatan Presiden Amerika Syarikat.

Sejak hari itu banyak usaha pembu-nuhan berjaya digagalkan. Hanya John F. Kennedy sahaja tidak bernasib baik. Jadi bagaimana Secret Service buat kerja?

Pertama sekali anggota-anggota Secret Service mengunjungi sesuatu tempat tiga bulan sebelum tarikh kedatangan presiden untuk bekerjasama dengan semua pihak.

Kunjungan ini adalah untuk mengosongkan ruangan udara pada tarikh kedatangan, menyediakan jalan untuk kenderaan rasmi dan melatih direction untuk ke hospital berhampiran jika ada masalah.

Semua ini tersedia sebelum Air Force One berlepas lagi. Ketika itu juga, sebuah pesawat mirip Air Force One sudah tersedia di destinasi kalau apa-apa jadi pada Air Force One pertama.

Kiranya Air Force One hanyalah codename – ada pesawat rasmi; ada pesawat backup. Kedua-duanya ada kelengkapan yang tidak pernah dipertontonkan dalam televisyen. Semua orang pernah nampak jet-jet pejuang yang mengiringi Air Force One.

Namun apa yang orang tidak tahu, Air Force One juga diiringi enam pesawat lain yang membawa ratusan staf (termasuk Secret Service) dan kargo seperti helikopter, limosin dan peralatan komunikasi.

Anggota-anggota ini menggunakan teknologi canggih untuk mengawasi persekitaran Presiden Amerika Syarikat.

Sesiapa sahaja yang dicurigai mereka akan dilabel Kelas 3 dan kebiasannya, mereka akan dihalau untuk pergi jauh.

Di hotel pula, Presiden Amerika Syarikat takkan menggunakan pintu hadapan (yang berpusing). Secret Service akan membawa melalui dapur misalnya dan semua pekerja hotel akan diteliti terlebih dulu.

Sementara Presiden menikmati keselasaan hotel, beliau tetap akan dijaga. Ketiga-tiga tingkat akan dipenuhi Secret Service: tingkat atas, tingkat bilik dan tingkat bawah.

Malahan semua bilik di ketiga-tiga tingkat ini perlu dikosongkan. Secret Service akan menguruskan kelengkapan seperti katil, lampu dan telefon sebagainya untuk memastikan tiada alat pendengar atau bahan letupan. Kiranya barangan ini pun mungkin dibawah sekali.

Malah dalam tandas pun Secret Service akan ikut sekali. Jadi stress jugalah kalau jadi Presiden Amerika Syarikat.

Artikel juga boleh dibaca di portal kewangan dan ekonomi kami iaitu The Outlook. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.