Semalam saya menonton satu ceramah dari seorang ‘guru’ makrifat kononnya. Dalam ceramahnya, beliau mengkategorikan manusia kepada ‘orang syariat’, ‘orang tarekat’, ‘orang hakikat’ dan ‘orang makrifat’. Padanya, ‘orang syariat’ dan ‘orang tarekat’ tidak sempurna dalam beragama. Ceramah sebegini hanya satu ilusi yang penuh pembohongan dan tidak berlandaskan landasan ilmu.

Ketika Sultan Salahuddin al-Ayyubi menakluki Baitul Muqadis, dua golongan yang beliau pentingkan adalah para fuqaha dan ulama sufi (golongan yang mendalami ilmu syariat dan ilmu tarekat).

Perkara utama yang beliau lakukan setelah pembukaan Baitul Muqadis ialah beliau telah membina madrasah-madrasah fiqh Mazhab Syafie dan ribat-ribat sufi berdekatan dengan gereja-gereja di Baitul Muqadis.

Sultan Salahuddin al-Ayyubi juga telah berwakaf untuk pembangunan madrasah-madrasah fiqh Syafie dan ribat-ribat sufi. Di samping itu, beliau juga telah memberikan bantuan yang padu kepada kedua-dua golongan ini (ulama fiqh dan ulama sufi).

Beliau sangat mementingkan kedua-dua golongan ini kerana mereka lah pemacu umat dalam pembinaan insan. Ulama fiqh membimbing manusia dalam membetulkan amalan mereka. Manakala ulama sufi pula membimbing manusia dalam membetulkan akhlak mereka.

Jika kita menghayati corak kepimpinan pemimpin yang adil dan bijak, formula mereka hanya satu iaitu umat Islam akan mencapai puncak ketamadunan apabila amalan dan akhlak mereka berada di puncak. Jika berada di puncak ini, bantuan Allah akan sampai dan semua hal-hal keduniaan termasuk kekayaan ekonomi dan kemajuan sains dan teknologi akan turut ikut sekali, insya Allah.

Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Comments are closed.