Seorang lelaki menerokai hutan. Dia terjatuh dalam gaung dan m4t1 serta-merta. Tiada siapa menemui jasadnya, hinggalah sebuah projek pembangunan diusahakan di situ.

Habis hutan ditebang, mereka menggali tanah lantas menemui jasad lelaki tersebut akhirnya. Digali semeter dua lagi, secara kebetulan, mereka terjumpa jasad kedua.

Jika bayangan sebegini terjadi sekitar 1900-an, tentu sekali semua sangka kedua-dua jasad ini ada kaitan antara satu sama lain. Padahal tanpa disedari, jasad kedua itu sebenarnya ialah seseorang yang hidup sekitar 3,000 tahun lalu.

Kalau bayangan ini berlaku pada zaman ini, rahsia ini mesti akan disingkap. Kerana pemeriksa perubatan akan menjalankan proses tertentu untuk mengenalpasti time of d34th (waktu kem4t1an).

Dalam situasi inilah carbon dating akan digunakan untuk menentukan tempoh, terutamanya untuk jasad kedua itu.

Bagaimana Saintis Kira Tahun Menggunakan Carbon Dating

Teknologi ini dibangunkan seorang pakar kimia bernama Willard Libby yang dilahirkan di Colorado, Amerika Syarikat.

Teknik radiocarbon dating (pentarikhan radiokarbon) mungkin dari segi bahasa terlalu tinggi untuk difahami bukan ahli bidang. Tetapi sebenarnya ia sangat menarik untuk dihayati.

Kerana teknik inilah yang dimanfaatkan saintis dalam bidang arkeologi (kajian purba) dan paleontologi (kajian fosil). Libby sangat berjasa kerana tekniknya mampu mengira usia sesuatu objek yang pernah hidup.

Dengan tekniknya, saintis mampu menghitung selama mana jasad kedua itu disimpan bumi. Dan ia memudahkan sebarang kajian pada objek tidak kira 50 hingga 50,000 tahun lalu.

Libby memenangi Anugerah Nobel (Kimia) pada tahun 1960 atas jasa ini.

Mengenali Fitrah Alam Semulajadi

Semua kehidupan mempunyai karbon yang wujud dalam bentuk mungkin berlainan. Salah satu bentuk itu dipanggil Karbon-14, sejenis karbon radioaktif yang tidak berbahaya sebenarnya.

Karbon-14 ini pula terhasil oleh kerana hubungan antara sinaran angkasa dan nitrogen di lapisan atmosfera. Kemudian karbon ini diserap tumbuh-tumbuhan melalui proses fotosintesis.

Haiwan pula memperolehi Karbon-14 kerana memakan tumbuh-tumbuhan. Memandangkan banyak makanan manusia terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, manusia juga tidak terkecuali.

Kem4t1an menghentikan proses Karbon-14 dalam sesuatu organisme. Ia menghilang secara peringkat. Dan ini menjadi kayu ukur buat saintis, yang menggunakan pentarikhan radiokarbon pada sesuatu objek untuk menentukan usia.

Contoh objek tersebut ialah sebatang kayu atau tulang. Objek yang lebih usang mempunyai jumlah Karbon-14 yang berkurangan.

Oleh kerana separuh hayat (half-life) Karbon-14 ialah 5,730 tahun, pengiraan ini hanya tepat untuk objek yang berusia dalam lingkungan 50,000 tahun dahulu (tetapi ada cara untuk mengira usia objek lebih tua).

Manfaat Melimpah

Pentarikhan radiokarbon memberi kesan yang sangat luas. Sejak tahun 1949 lagi (apabila Willard Libby menerbitkan dapatannya), proses ini diuji universiti-universiti dunia.

Pakar antropologi (kajian manusia) berpendapat pendekatan ini membuka jendela masa untuk memahami hidup prasejarah. Kerana dua jasad yang ditemui sekalipun di tempat sama tidak semestinya mempunyai usia sama.

Saintis sudah tidak lagi perlu bergantung pada peralatan batu atau tembikar untuk menyingkap rahsia silam.

Semakin lama, teknologi pentarikhan radiokarbon disempurnakan. Banyak rahsia silam dibongkarkan untuk menambah ilmu saintifik. Dan pengaruh agama turut dibetulkan dalam hal ini.

Berzaman segelintir dalam kalangan penganut Kristian berpendapat bahawa Kafan Turin mempamerkan wajah Nabi Isa (as). Wajah ini lebih jelas apabila kafan ini diproses menjadi foto negatif.

Kelihatan seperti orang berjanggut dan rambut panjang.
Seolah-olah sama pula dengan lukisan semasa Nabi Isa (as).

Kafan Turin disebut buat pertama kali pada tahun 1354. Tetapi seorang uskup di Troyes menempelak bahawa ia palsu.

Gereja Katolik tidak menerima kesahihan kafan ini (tetapi juga enggan menafikan). Dan pada tahun 1988, semua persoalan mempunyai jawapan. Jika kafan ini membalut jasad suci Nabi Isa (as), ia mesti berusia hampir 2,000 tahun.

Radiokarbon mengesahkan bahawa kafan ini mempunyai sejarah sangat silam. Namun ia berasal daripada zaman antara tahun 1260 hingga 1390, yakni ketika Empayar Uthmaniyah sudah diasaskan.

Paus Francis sekadar mengatakan bahawa kafan ini menunjukkan wajah seorang lelaki yang sudah dis4l1bkan.  Bukan Nabi Isa (as). Jadi dalam hal ini, teknologi menjadi jambatan untuk mengesahkan sesuatu unsur keagamaan. Wajah pada Kafan Turin bukan wajah Nabi Isa (as).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.