Bila sebut berkaitan sains sukan, bukan semua orang akan bersetuju dengan penglibatan sains dalam sukan.

Masih ada lagi stigma yang mempercayai bahawa sains hanya akan merosakkan sukan dan turut mengecam sains sukan apabila ada beberapa kesilapan kecil dalam laporan ataupun eksperimen.

Keupayaan sains sukan tidak boleh disangkal kerana saban hari akan ada rekod-rekod dunia yang akan dipecahkan.

Percayakah anda bahawa sains sukan boleh membuat anda menjadi lebih pantas? Terdapat hanya tiga perkara yang akan membuatkan diri anda menjadi lebih pantas daripada sebelum ini.

Perkara paling utama yang akan membantu anda ialah dengan memahami apa itu biomekanik. Secara ringkas biomekanik merupakan penerangan dan kajian yang dilakukan oleh tubuh badan.

Sebagai contoh, dengan biomekanik kita dapat mengkaji bagaimana tenaga kinetik dan kinematik dihasilkan oleh atlet-atlet bertaraf dunia.

Jadi melalui data yang dikumpul, kita boleh lihat bagaimana postur badan ketika permulaan larian, bagaimana langkah diambil ketika berlar dan juga sebagainya .

Jadi untuk atlet atlet profesional, mereka akan menggunakan satu perisian bernama OptoJump yang dimana akan membantu mereka untuk memberi data-data yang terperinci seperti berapa lama masa kontak tapak kaki dengan trek larian, berapa frequency langkah larian dan juga kepanjangan langkah kaki ketika larian.

Perkara kedua yang akan membantu anda menjadi lebih pantas adalah dengan memahami apa itu fisiologi.

Fisiologi boleh membantu kita dengan cara meningkatkan kelajuan dengan memfokuskan pada bahagian otot-otot tertentu.

Selain itu, melalui fisiologi juga akan membantu anda mengurangkan kadar peratusan kecederaan yang akan memberi kesan kepada kelajuan anda.

Contoh yang boleh diambil adalah kecederaan hamstring. Umum mengetahui bahawa kecederaan di bahagian hamstring akan memberikan mimpi ngeri untuk semua terutamanya atlet.

Namun begitu melalui fisiologi, kecederaan ini boleh dielak dengan cara menambah kekuatan otok essentrik hamstring dan mengukuhkan struktur otot.

Dua latihan yang boleh diamalkan untuk mendapatkan hasil tersebut adalah dengan menggunakan teknik latihan Nordic Hamstring Exercise dan juga Yo-yo Hamstring Curl.

Perkara terakhir yang boleh membantu anda adalah psikologi anda sendiri. Perkara ini yang akan memberikan kesan besar untuk bagaimana anda menjadi lebih pantas.

Jika dilihat daripada sudut ini, jika kita melakukan larian biasa semasa latihan biasanya keputusan akan lebih baik jika dibandingkan dengan semasa menyertai kejohanan.

Hal ini disebabkan rasa tekanan dengan suasana kejohanan. Secara tidak langsung mental kita akan terganggu daripada memberikan fokus sepenuhnya untuk berlari.

Jadi untuk menjadi lebih pantas anda harus bijak bermain dengan tekanan. Anda perlu mengawal minda untuk memberikan yang terbaik tanpa memikirkan perkara lain.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan dalam bidang perbankan dan kewangan islam. Atlet kebangsaan untuk sukan esports. Menjadi juara Asia Tenggara 3 tahun berturut turut.

Comments are closed.