Sekadar fakta umum:

1. Aku pasti semua dah tahu yang Covid-19 ini disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai koronavirus.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Koronavirus

2. Koronavirus mempunyai selaput lipoprotein (lipo = lipid), iaitu sejenis sebatian organik dan ini termasuklah lemak bagi melindungi genom nya (dalam kes Covid-19 ia adalah RNA) daripada persekitaran yang mungkin mengakibatkan ia tidak aktif.

3. Selain itu, ia turut mempunyai struktur “spikes” glikoprotein yang memanjang keluar daripada kapsid iaitu pembentukan selaput protein.

4. Spike ini berfungsi sebagai sambungan yang membantu virus ini memasuki sel hidupan lain (dalam kes Covid-19, manusia lah kan).

Okey berbalik kepada tajuk utama, tentang kenapa sabun membantu.

Cuba lihat bentuk molekul sabun. Bentuknya macam sperma atau berudu. Tapi itu biasa, yang istimewanya molekul sabun. Dan molekulnya boleh dikatakan hibrid tau.

Sebab apa?

Sebab kepala molekul sabun bersifat hidrofilik (sukakan air) manakala ekor molekul sabun bersifat hidrofobik (tak suka air tetapi sukakan minyak atau lipid.

Jadi apa signifikannya?’

Bila bahagian ekor molekul sabun melekatkan dirinya pada dinding kapsid yang diperbuat daripada lipid itu tadi, molekul sabun akan menarik, seterusnya memecahkan lapisan kapsid yang melindungi genom koronavirus.

Kemudian, kekotoran pada tangan (kesan minyak atau sebagainya) serta bahagian-bahagian virus yang dipecahkan itu tadi terperangkap dalam pembentukan buih kecil digelar micelle.

Buih-buih itu kemudian dibilas dengan air. Kepala molekul sabun yang sukakan air, sudah tentu akan “mengikut” kemana sahaja air pergi. Seterusnya turut membawa pergi kekotoran bersama-sama dengan bahagian-bahagian virus yang berjaya dimusnahkan dan terperangkap di dalam micelle.

Dan ini juga sebab mengapa air basuhan (baju dan sebagainya) menjadi kotor, sebab molekul sabun dah tanggalkan kekotoran dari apa yang kita basuh tu.

Share.

Graduan Teknologi Makmal Perubatan. Jr. Editor dan Proofreader. Sains, Perubatan, Mikrobiologi, Dunia Haiwan, Kriminologi & Sains Forensik. - SciComm

Comments are closed.