Sekitar tahun 165 Masihi, bandar Hierapolis di Anatolia mendirikan sebuah patung Dewa Apollo Alexikakos, Si Penghalau Kejahatan. Tujuan patung tersebut didirikan ialah untuk melindungi bandar itu dari satu wabak penyakit berjangkit yang datang dengan simptom-simptom menakutkan. Simptomnya seperti demam, ruam merah, kegatalan dan rasa tidak bermaya/lesu.

Sebenarnya, apa yang dihadapi Hierapolis dan Empayar Rom ialah musuh sama yang kita kenali hari ini sebagai penyakit cacar. Tetapi pada ketika itu, ia dikenali sebagai wabak Antonine yang mer4gut 10% daripada populasi 75 juta warga empayar. Seorang sejarawan menulis, “Wabak ini ibarat raksasa, memvsnahkan bukan sedikit manusia tetapi juga mengg4nas di bandar-bandar dan memvsnahkannya.”

Bagi warga Rom ketika itu, isu kesihatan terutama penyakit bukan sesuatu yang baru. Namakan saja apa penyakit, ada saja penemuan menarik yang ada kaitan dengannya dibuat oleh pengkaji-pengkaji arkeologi di tempat-tempat yang pernah menjadi jajahan empayar tersebut.

Jika diteliti rekod sejarawan-sejarawan seperti Suetonius dan Cassius Dio, tak sah jika ada rujukan tentang malaria atau penyakit usus. Galen pula pernah menceritakan kisah seorang lelaki terminum air yang mengandungi lintah yang dibawa oleh hambanya dari sebuah pancuran awam. Manakala Maharaja Julian yang pernah memerintah Rom pada abad keempat Masihi mendakwa dirinya hanya muntah sekali seumur hidup.

Tetapi cacar? Ia satu kisah berbeza. Asalnya, ia disangka bermula sebagai khabar angin menakutkan dari sebelah timur dan tersebar melalui percakapan membabitkan berita dan virus cacar itu sendiri. Patogen ini bergerak pantas dengan mangsanya hanya akan menunjukkan simptom selepas dua minggu.

Selama satu generasi, wabak ini menunjukkan penurunan dan peningkatan dari segi kadar kem4tian. Tetapi ia memuncak pada tahun 189 Masihi apabila 2,000 orang menemui ajal setiap hari di Rom. Dan ia memberi kesan yang bukan sedikit terhadap empayar.

Pertama, kem4tian ramai askar memaksa apa saja rancangan operasi yang direncanakan terpaksa dihentikan. Kedua, struktur masyarakat hampir punah apabila ramai anggota aristokrat Rom menjadi mangsa keg4nasan cacar. Akibatnya, mesyuarat majlis perbandaran bergelut mengisi kuorum, tiada majistret tempatan dilantik dan masyarakat kehilangan tokoh-tokoh penting mereka.

Bagi golongan petani pula, ia memberi kesan yang bukan sedikit. Dengan ramai m4ti akibat cacar, tiada siapa yang dapat menguruskan ladang-ladang dan bandar-bandar yang dihuni kelihatan seperti bandar hantu. Semua ini dikesan sejauh Mesir dan Germania (Jerman moden).

Dan bohonglah bagi yang terselamat, sudah pasti akan wujud rasa bersalah kerana masih hidup sedang orang lain m4ti. Sentimen ini bukan sentimen baru dan banyak direkodkan dalam lipatan sejarah termasuk Empayar Rom sendiri.

Penulis dan orator Rom terkenal, Aelius Aristides terselamat daripada ancaman wabak cacar semasa ia pertama kali membadai Empayar Rom pada tahun 160. Beliau kemudiannya merasa yakin sebab sebenar Tuhan tidak mengambil nyawanya kerana Dia mengambil nyawa seorang anak muda yang dikenalinya.

Sentimen ini bukan perkara baru dan menjelang akhir abad kedua Masihi, ramai orang mengalaminya. Dan seperti Covid-19 yang membadai dunia hari ini, cacar mengakibatkan ketakutan tak tentu hala dalam kalangan orang ramai.

Sudahlah membvnvh dalam jumlah yang banyak tetapi ia datang dalam bentuk gelombang. Ketakutan warga Rom terhadap perkara ini sangat ketara sehinggakan jika anda membaca berita-berita ekskavasi arkeologi membabitkan Empayar Rom, tidak sah jika pasukan arkeologi menemui azimat atau batu kecil yang diukir untuk mengusir wabak itu dari mengenai mereka.

Namun di sebalik tekanan yang dibawa cacar, keupayaan Rom untuk bertahan juga sepatutnya dikagumi. Seperti hari ini, apabila mereka dilanda wabak, warga-warga Rom berpaling dan memohon bantuan dewa-dewi mereka untuk melindungi mereka daripada ancaman wabak.

Seperti Hierapolis, warga-warga Rom berpusu-pusu ke Kuil Apollo di bandar-bandar mereka untuk meminta pertolongan bagaimana menyelamatkan diri daripada ancaman wabak. Kadang-kadang, sesetengah bandar secara kolektif menghantar rombongan ke kuil. Secara tidak langsung, ia menunjukkan semangat kolektif dalam kalangan komuniti di sebalik situasi menakutkan itu.

Dan bila empayar dilihat mengalami tekanan melampau, kerajaan segera bertindak. Misalnya untuk pasukan tentera, Maharaja Marcus Aurelius merekrut ramai hamba dan gladiator untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Manakala untuk bandar-bandar yang hampir mvsnah akibat wabak, baginda menjemput para migran dari luar empayar untuk membina kehidupan di situ.

Rajah 1: Marcus Aurelius

Bandar-bandar yang kehilangan golongan bangsawan pula melakukan pelbagai cara untuk mengisi kekosongan termasuk merekrut anak-anak bekas hamba sebagai pentadbir. Senang cerita, Empayar Rom terus bertahan kerana kreatif dalam mencari solusi permasalahan yang dicetuskan oleh wabak.

Oleh sebab itulah, sejarawan Edward Gibbon menggelar era pemerintahan Marcus Aurelius sebagai era emas terakhir Rom sebelum ia mengalami kemerosotan dan kejatuhan pada abad kelima Masihi. Menurut Gibbon dalam bukunya Decline and Fall of the Roman Empire, era tersebut menyaksikan manusia berada pada tahap paling gembira dan hidup makmur tanpa sebarang gangguan.

Mungkin ada menganggap sentimen sejarawan ini sebagai mengarut. Tetapi Gibbon sebenarnya mengambil sentimen Cassius Dio yang menggelar kerajaan pimpinan Marcus Aurelius sebagai kerajaan emas kerana terus bertahan dan berkembang di sebalik keadaan luar biasa itu.

Sentimen Dio bukan dipandu oleh kepentingan diri tetapi didorong oleh pengalamannya melihat sendiri impak wabak cacar yang melanda Rom ketika itu. Beliau tahu kemvsnahan yang dibawa dan impaknya kepada masyarakat. Dan Dio juga percaya sebarang bentuk trauma yang dialami boleh diatasi sekiranya masyarakat dapat bekerjasama dan membina semula apa yang hilang.

Dan dari situlah, masyarakat yang muncul ialah masyarakat yang lebih kuat dari sebelum ini.

Malulah kita kepada orang Rom yang tiada akses kepada teknologi moden hari ini tetapi masih mampu membina kekuatan untuk pulih dan membina semula kemakmuran. Malulah kita kepada orang Rom kerana mampu bersatu atas nama negara tetapi kita pula bercakaran bak anjing dengan kucing. Bersatulah demi mengalahkan Covid-19!

RUJUKAN:

Watts, Edward. (2020). What Rome Learned From the Deadly Antonine Plague of 165 A.D. Smithsonian Magazine. https://www.smithsonianmag.com/history/what-rome-learned-deadly-antonine-plague-165-d-180974758/

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.