Seorang pemimpin mula dihargai selepas pemergiannya. Perkara itu memang sangatlah relatif dengan perkembangan politik sebuah negara.

Seperti Arab Saudi pula, pendekatan Raja Abdullah di Timur Tengah hanya nampak asasnya selepas kemangkatannya.

Abdullah bin Abdulaziz meluluskan campurtangan Saudi semasa Bahrain dan Yaman dibadai penentangan bagaikan pemb3r0nt4kan sahaja.

Kenaikan Raja Salman bin Abdulaziz telah mengubah dasar luar negara Saudi. Selain daripada Yaman, Arab Saudi juga telah mengetuai sebuah delegasi untuk mengusirkan Qatar daripada hubungan diplomasi.

Qatar tidak dibenarkan menggunakan ruang darat, laut dan udara hampir setiap negara Timur tengah (Gulf News, 2017).

Qatar telah dituduh menyokong aktiviti keg4n4san sekaligus melanggar syarat-syarat perjanjian 2014 yang dipersetujui bersama Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Sekatan ini juga telah merevolusikan semula permintaan susu dalam Qatar. Sehingga 2017, Qatar mengimport susu daripada Arab Saudi yang mempunyai sebuah syarikat bernama Almarai.

Almarai vs Baladna: Dominasi Susu Qatar

Selain tenusu mentah, Almarai juga mengeluarkan produk-produk akhir seperti yogurt, jus dan rumusan bayi. Ia merupakan jenama paling popular dalam Arab Saudi antara 2016 hingga 2018.

Tetapi penutupan pintu Saudi menyebabkan Almarai kehilangan pelanggan seramai 2.6 juta rakyat.

Untuk mengisi kelompongan susu dalam permintaan negara, Qatar telah menggunakan kekayaan mereka untuk satu tujuan yang begitu dahsyat.

Kerajaan Doha dibawah Tamim bin Hamad telah membangunkan 1,400 ladang yang sekurang-kurangnya 45,000 ekar bagi tiga tujuan sahaja: lembu, lembu dan lembu (Whitehead, 2019).

Sebanyak 4,000 ekor lembu diterbangkan ke Qatar untuk melengkapkan ladang ini, dengan pelabuhan AS$7.4 bilion disiapkan tepat pada masanya.

Ladang-ladang ini diselaraskan dibawah syarikat negara Baladna yang bermula untuk membangunkan industri kambing. Pelabuhan baharu ini juga telah menerima 10,000 ekor lembu lagi.

Selepas setahun Qatar sudahpun mempunyai 24,000 ekor lembu yang asalnya dibesarkan dalam Amerika Syarikat. Lembu-lembu ini diperah susunya di Umm al-Hawaya.

Ladang mereka juga dipenuhi dengan prasarana pendingin hawa bagi kesesuaian biologi.

Baladna sekaligus mengambil alih kekosongan yang sebelum ini diisi Almarai. Qatar berupaya mengeluarkan 320 tan susu setiap hari.

Bekalan susu ini sebenarnya dua kali ganda daripada keperluan rakyat. Dan Qatar pula mula menjual susu di Afghanistan, Libya, Oman dan Yaman pula.

Dan perniagaan Baladna juga menjangkaui susu segar untuk mengeluarkan produk-produk akhir seperti ayran, laban, ghee, keju dan yogurt.

Kemegahan dari segi kewangan walaubagaimanapun awalnya dibantu Iran dan Turki dari segi bantuan makanan, akses ruang udara dan sokongan diplomasi.

Recep Tayyip Erdogan juga menyediakan sokongan ketenteraan bagi menebatkan sebarang unsur kekasaran daripada Saudi.

Dan pada 17 Oktober 2019, Baladna telah mengumumkan rancangan untuk mengapungkan sahamnya dalam bursa saham yang melonjak hari pertama dengan nilai AS$392 juta (Knecht, 2019).

Pemilikan saham akan dibuka kepada pihak antarabangsa pada tarikh tertentu yang masih belum ditentukan.

Keazaman Qatar harus dicontohi semua. Apabila bekalan susu melimpah ruah, tentu sekali rakyat memperolehi manfaat.

Harga yang asalnya melambung telah menjunam – sehinggakan Baladna sekarang ini menguasai pasaran awam yang setia lagi patriotik. Asalnya mengimport, tindakan Saudi telah membengkakkan susu sendiri.

Status Saudi sebagai gergasi Timur Tengah tentu sekali tidak merasai apa-apa. Tetapi secara meluasnya, Qatar boleh menjadi kisah berpengaruh bahawa kedaulatan negara jika dijaga boleh memangkinkan kejayaan luar biasa.

Sebuah kerajaan perlu berbelanja lebih sahaja untuk menerima hasil yang lumayan.

RUJUKAN:

Gulf News. (2017, June 14). It’s a boycott, not a blockade. Retrieved from https://gulfnews.com/opinion/editorials/its-a-boycott-not-a-blockade-1.2043769

Knecht, E. (2019, October 17). Qatar’s dairy company Baladna to raise around $392 million in IPO. Reuters. Retrieved from https://www.reuters.com/article/us-qatar-baladna-ipo-idUSKBN1WW12S

Whitehead, R. (2019, June 12). Desert dairy made Qatar self-sufficient in milk production in wake of blockade. Dairy Reporter. Retrieved from https://www.dairyreporter.com/Article/2019/06/12/Desert-dairy-made-Qatar-self-sufficient-in-milk-production-in-wake-of-blockade


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.