Moving Forward As One

Bagaimana Puteri Diana Sengsara Hidup Dengan Keluarga Diraja British?

5,986

PayLater by Grab

Banyak cerita hikayat mendendangkan kisah seorang gadis hidup bahagia buat selamanya bersama seorang putera. Realitinya berbeza, bagi seorang puteri British.

Baginda hidup dalam keadaan kemurungan dalam penghinaan media, sementara Keluarga Diraja British memejam sebelah mata.

Tanpa sokongan keluarga, puteri ini pun mengangkat kaki keluar daripada istana. Puteri yang dimaksudkan sebenarnya bukan Meghan Markle (walaupun baginda mengalami perkara sama).

Sebaliknya puteri tersebut ialah Diana Frances Spencer, yang berkahwin dengan Putera Charles pada 29 Julai 1981 di Saint Paul’s Cathedral.

Upacara perkahwinan baginda mendapat perhatian global, dengan jumlah penonton dunia dijangka mencecah 750 juta orang.

Ada isu kecil ketika ini, kerana Diana hanya menyebut “love him, comfort him, honor and keep him, in sickness and in health.” (cintai dia, hiburkan dia, hormati dia dan jaga dia, ketika sihat atau sakit.). Sepatutnya Diana mengucap, “love him, comfort him, honor and obey him, in sickness and in health”.

Tanpa perkataan obey (taat), tercetuslah perbualan yang agak panas di media. Tetapi upacara berjalan lancar, dan Keluarga Diraja British menerima seorang puteri diraja baru… yang mungkin menjadi Permaisuri United Kingdom dan Komanwel.

Pada 5 November 1981, Diana dilaporkan hamil putera sulung. Tetapi 12 minggu kemudian, baginda jatuh tangga semasa berada di Istana Sandringham. Tetapi kandungan dalam rahim selamat, walaupun tubuh baginda leb.am.

Kejadian ini menjadi perbualan semula… apabila Diana mengaku baginda sengaja terjun kerana berasa seperti orang tidak berguna (BBC, 2004).

Sebulan selepas kejadian tersebut, gambar Diana sedang bercuti dengan Charles di Bahamas diterbitkan dalam media. Baginda ketika itu memakai bikini sahaja.

Dan Ratu Elizabeth terus mengeluarkan kenyataan bahawa itulah “hari paling gelap dalam sejarah jurnalisme British”.

Selepas melahirkan Putera William, keadaan Diana bertambah buruk. Baginda menghid.api kemurungan pasca-bersalin (Petit, 2019).

Pihak media masih mengkritik pada ketika baginda membawa William ke Australia dan New Zealand.

Malah seorang profesor bernama Anthony O’Hear turut mengkritik baginda kerana “tidak mampu menjalankan tanggungjawab diraja, kelakuan semberono hingga menjejaskan monarki dan terlalu layan diri dalam aktiviti kedermawanan” (BBC, 1998).

Itulah Diana, yang dikatakan popular gila-gila… tetapi sebenarnya menjadi perbualan media tanpa henti.

Apabila Charles Buat Hal

Perkahwinan antara Charles dan Diana Spencer tidak bertahan lama. Kerana ada orang ketiga bernama Camilla Shand yang merupakan isteri seorang pegawai ten.tera.

Suaminya tahu pasal kes curang ini… tetapi dia sendiri kaki perempuan. Jadi dia menerima saja (Nicholson, 2020).

Tetapi Diana enggan menerima. Jadi pasangan diraja ini berpisah. Permainan kayu tiga ini didedahkan penulis Andrew Morton, yang bercerita habis dalam buku Diana: Her True Story.

Media menggila selepas buku ini diedarkan. Buku ini menggunakan sumber rakaman dariada temu bual rahsia antara James Colthurst bersama Diana yang berkongsi segalanya tentang masalah perkahwinan dan peribadi.

Ratu Elizabeth II (dan suaminya Putera Phillip) cuba menyatukan semula Diana dan Charles. Phillip agak murka dengan kedua-dua pihak, kerana Diana pun menjalinkan hubungan dengan Mejar James Hewitt (ketika berpisah).

Kata Phillip, Charles dan Diana perlu mencerminkan antara satu sama lain. Phillip kemudian terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa baginda tidak langsung mengeluarkan kata-kata hina, cuma nasihat sebagai bapa mertua diraja.

Kecoh Besar

Permainan media mengeruhkan keadaan yang sudah keruh. Rakaman perbualan telefon Charles dan Diana diudarakan, termasuk juga perbualan intim antara Charles dan Camilla Shand ditulis dalam tabloid (Brown, 2007).

Diana juga dituduh bercinta dengan pengawal peribadi Barry Mannakee yang kemudian dihalau jauh atas kecurigaan pihak atasan. Tuduhan ini dinafikan sekeras-kerasnya – seolah-olah Diana tidak boleh berbuat apa pun.

Bersembang dengan pengawal peribadi pun tidak boleh.

Diana percaya bahawa Charles mempunyai perempuan simpanan selain Camilla. Salah seorang ialah Tiggy Legge-Bourke, seorang pemabntu peribadi yang menjaga William dan Harry.

Pertembungan antara pasangan ini tidak pulih langsung. Dan mereka bercer.ai kemudian, dengan Diana menyatakan kesangsiannya jika Charles sesuai menjadi seorang Raja.

Satu Generasi Kemudian

Semua orang tahu apa yang terjadi pada Diana Spencer. Pengalaman baginda dalam istana meninggalkan petunjuk bahawa Keluarga Diraja British mungkin terlalu diromantiskan… apatah lagi bila seorang lagi puteri menyatakan pengalaman seakan-akan sama.

Meghan Markle turut menghadapi kemurungan sampai perlu meminta pertolongan istana (sama seperti Diana. Cuma Meghan tidak diberikan rawatan). Pihak media tidak menyukai Meghan (sama seperti Diana… cuma berubah selepas baginda terbµnµh dalam na.has).

Hari ini Meghan masih dikritik media British (tetapi disanjung media Amerika Syarikat). Untuk memahami sejauh mana media British tidak suka Meghan, tengok saja perbandingan dibawah:

Kata-kata Iauren Klarfeld memang sesuai sebagai kesimpulan, “masalah dengan media – kalau kau cakap, mereka akan guna kata-kata kau untuk jatuhkan kau. Kalau kau tak cakap, mereka akan guna perbuatan kau untuk jatuhkan kau.

Permainan media merupakan punca masalah terhadap Diana… dan Meghan Markle.

RUJUKAN:

BBC. (1998, April 17). Author defends Diana criticism.

BBC. (2004, Mac 5). US TV airs Princess Diana tapes.

Brown, T. (2007). The Diana Chronicles. Doubleday. Halaman 304-309.

Nicholson, K. (2020, Mei 15). Andrew Parker Bowles: How Camilla’s husband was aware of her affair with Charles. Express UK.

Petit, S. (2019, April 18). Princess Diana Revealed Postpartum Depression ‘Hit Hard’ After William’s Birth: ‘I Was Troubled’. People.

Ruangan komen telah ditutup.