Kepesatan teknologi maklumat membuatkan manusia dihamburkan dengan lambakan maklumat hinggakan kadangkala pengguna-pengguna internet menjadi keliru untuk memilih mana satu maklumat yang benar dan salah. Kegagalan pengguna internet untuk membezakan dan menapis maklumat yang diterima boleh membuatkan mereka boleh terjebak ke dalam masalah ‘false belief’.

Keadaan sekeliling serta kepelbagaian idea dan kepercayaan dan keyakinan juga boleh menjadi penyebab terhadap permasalahan ini.

‘False belief’ adalah keyakinan yang keliru dan merupakan kepercayaan yang salah terhadap diri sendiri atau seseuatu pemikiran dan perbuatan yang tidak benar dan keliru.

Contohnya, kalau kita percaya yang kita ini seorang yang tidak penyayang, maka di khuatiri kesan dari pemikiran seperti itu akan membuatkan kita sentiasa cuba untuk mensabotaj perhubungan atau kita akan merasa lebih selesa untuk tidak memberikan apa-apa komitmen dalam perhubungan, tetapi sebenarnya kita tidak begitu.

Atau kadangkala kita sangat yakin dan merasakan bahawa kitalah yang paling pandai dalam kalangan rakan-rakan, sedangkan adalah sebaliknya.

False belief  itu secara ringkasnya mempunya banyak definisi, bergantung bagaimana ia dikaitkan dalam kehidupan harian kita. Dalam psikologi, false belief adalah mewakili keadaan kognitif dalaman, tentang kepercayaan yang salah dan tiada asas dalam realiti.

Sebagai contoh, kebanyakan ahli sains berpendapat bahawa mereka yang percaya bahawa dunia ini datar dan leper tanpa bukti akan terjerumus kepada kepercayaan dan keyakinan yang keliru, kerana kepercayaan mereka itu tidak didatangkan dengan bukti yang nyata.

Bagaimana kepercayaan yang salah ini boleh terjadi?

Sistem kepercayaan seseorang adalah asas tentang bagaimana seseorang memerhatikan dunia ini. Kita percaya apa yang kita lihat. Kebanyakan tentang apa saja perkara yang kita percaya, telah lama berakar umbi di dalam diri kita sendiri sejak dari kecil, dan ianya dipengaruhi oleh ibu bapa serta orang dewasa lain di sekeliling kita. Malah persekitaran juga memainkan peranan yang penting. Dalam sesetengah keadaan, kepercayaan itu nampak ‘normal’ dan tidak memberi apa-apa impak sehingga ke suatu tahap.

Sebagai contoh, semasa kecil, kita menyedari bahawa dengan mengemas bilik, kita dapat membuatkan ibu bapa kita merasa gembira. Ataupun dengan mendapat nombor satu dalam peperiksaan di sekolah, akan membuatkan ibu bapa kita merasa bangga dengan kita.

Apabila perkara tersebut (membuatkan ibu bapa kita gembira dan bangga) kita jadikan sebagai motivasi dan penanda aras, ditambah pula perkara tersebut telah menjadi kebiasaan dalam kehidupan, kita telah membina satu kepercayaan dan keyakinan bahawa untuk mendapatkan penghargaan dari orang lain, kita perlu membuat sesuatu. Kepercayaan semacam ini, nampak tidak merbahaya pada peringkat kanak-kanak tetapi boleh menjadi merbahaya apabila kita semakin dewasa.

Apabila minda kita telah menetapkan sesebuah keyakinan, kita sebenarnya mempunyai peluang untuk sama ada mempercayai sesebuah keyakinan tersebut, atau mencabar keyakinan tersebut dan menjadikannya sebagai ‘falasi’. Mencabar apa yang kita percaya dan yakin perlulah dilakukan dengan kesedaran dan pemerhatian yang teliti.

Kebanyakan orang tidak menyedari yang setiap tanggapan yang muncul dalam pemikiran mereka kadangkala tidak benar,lalu mereka gagal untuk mentafsirkan atau membezakan kepercayaan serta keyakinan yang sebenar dengan kepercayaan serta keyakinan yang salah dan keliru.

Ketidakupayaan untuk mengenalpasti keyakinan yang salah dari keyakinan yang sebenar boleh menjurus kepada kemerosotan emosi yang teruk. Emosi negatif adalah secara asasnya memang perlu agar memastikan kita dapat hidup seimbang, tetapi apa akan terjadi jika semua emosi ini (emosi negatif) mula untuk menguasai, serta mempengaruhi pemikiran yang rasional dan kehidupan yang normal, kesan dari kepercayaan dan keyakinan yang salah dan keliru itu?

Tanpa tindakan untuk melihat secara mendalam dan memerhatikan bagaimana pemikiran kita berubah menjadi pemikiran dan keyakinan yang salah, kita secara tidak langsung membiarkan ia untuk menyumbang kepada emosi negatif yang berpanjangan. Biasanya ia akan menyebabkan kita merasakan kesedihan mental tanpa kita mengetahui apa sebabnya.

Mujurlah, terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah ini. Contohnya – Psikologi Positif, Cognitive Behavioral Therapy dan Psikologi Klinikal. Pendidikan Positif juga adalah cara yang baik untuk mengatasi masalah kepercayaan salah ini.

Salah satu cara yang sering digunakan adalah dengan menggunakan Psikologi Positif.

Psikologi positif bukanlah semata-mata menolak semua fikiran negatif yang ada dalam minda kita, tapi ia memberikan imbangan kepada kita dalam menjalani kehidupan kita dalam dunia ini, dan boleh bersedia menghadapi segala kemungkinan walaupun kita berhadapan dengan situasi yang negatif.

Kalau kita hanya statik dan tidak cuba untuk mempersoalkan dan mencabar kepercayaan dan keyakinan di dalam minda kita itu,segala tindak tanduk kita, pemikiran kita, persepsi dan yang paling penting emosi kita akan selalu dalam keadaan tidak sedar. Kepercayaan yang salah adalah seperti parasit di dalam minda kita. Ia tidak akan berfungsi jika kita tidak mengaktifkannya. Parasit ini membantutkan keupayaan kita untuk berfikir dengan betul dan rasional. Ianya mempengaruhi persepsi dan perspektif kita dengan cara yang merosakkan.

Banyak kaedah praktikal yang ditawarkan oleh psikologi positif untuk membantu kita mempersoalkan keyakinan yang keliru dan salah satu daripadanya adalah dengan cara meningkatkan tahap kesedaran kita. Bagi yang beragama Islam, muhasabah adalah sebaik-baik cara untuk kita mempertingkatkan kesedaran kita manakala dalam agama lain, boleh menggunakan method meditasi.

Mempraktikkan kesedaran dan menumpukan perhatian dapat membantu kita untuk menilai dan memahami segala pemikiran, kepercayaan dan emosi kita. Dengan itu, kita akan mendapat gambaran yang jelas berkenaan kepercayaan yang terbina dalam minda kita. Dengan bermuhasabah, kita boleh menentukan mana satu kepercayaan yang sebenar dan salah dan secara tidak langsung mengubah cara pemikiran kita.

Kajian saintifik juga membuktikan bahawa dengan mempraktikkan aktiviti meningkatkan kesedaran seperti muhasabah dan meditasi dapat meningkatkan emosi positif didalam diri kita.

Bagaimana pula kita dapat membantu mereka yang mengalami masalah keyakinan yang keliru?

  • Mendapatkan maklumat tentang keyakinan dan kepercayaan yang salah itu

Apabila seseorang mengalami masalah keyakinan yang keliru, kita boleh cuba untuk mendengar dan meneliti tentang apakah jenis keyakinannya. Pada kebiasaannya mereka akan cuba mempengaruhi kita untuk sama-sama mempercayai dan meyakini kepercayaan mereka.

Setelah mendengar dengan teliti, sikit demi sedikit kita akan boleh menjejak dari mana kepercayaan dan keyakinan yang salah itu bermula. Dari situ kita boleh mula menyediakan beberapa set soalan kepada orang itu. Seperti contoh bagaimana, kenapa dan mengapa.

  • Memberikan tafsiran dan keyakinan yang betul

Setelah mendengar tentang keyakinan yang keliru dan jawapan yang telah diberikan berdasarkan set soalan yang kita berikan, kita sudah boleh mula mengorak langkah dan strategi untuk mematahkan dan mencabar serta menguji tahap keyakinan dan kepercayaannya.

Dari saat ini, kita sudah boleh melihat sama ada seseorang itu benar-benar yakin terhadap kepercayaannya ataupun segala kepercayaannya selama ini adalah ikutan semata-mata ataupun dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Pada masa ini adalah penting bagi kita supaya tidak memperlekeh atau mengejek kepercayaannya tetapi, kita secara beransur-ansur membantunya mengubah dan memperbetul kepercayaannya.

Dunia ini memang mempunyai kepelbagaian dan meraikan kepelbagaian. Tetapi, mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang keliru, serta mempengaruhi orang lain untuk buta-buta menerima keyakinan mereka yang palsu adalah dikhuatiri akan mencacatkan keharmonian kepelbagaian yang ada di dalam dunia ini.

Sumber dan Rujukan:

https://psychologydictionary.org/false-belief/

Mike Oppland (2015) How Psychology Combats False Beliefs of the Minds. positivepsychologyprogram.com

John Kim (2017) How To Change Your False Beliefs. psychologytoday.com


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Amat meminati bidang psikologi, sejarah, dan juga falsafah. Merupakan seorang Rakan Pembimbing (AKRAB) berdaftar dibawah JPA. Juga merupakan seorang peminat sejarah melayu serta kebudayaan. Penulis juga amat berharap agar diperkasakan sejarah melayu dan dikukuhkan usaha memeliharanya

Comments are closed.