Tadi kat BBC ada tayangan perdana wawancara dengan Jokowi. Tak ada apa yang spesial sangat, macam biasa wartawan BBC ni kalau jumpa pemimpin Asia akan gasak pasal benda-benda klise macam hak asasi manusia, press freedom.

Cuma yang menariknya Jokowi bawak wartawan BBC (Karishma Vaswani) jalan-jalan dekat Candi Prambanan. Banyak-banyak tempat kat Indonesia ni kenapa bawak dia jalan dekat Prambanan? Kenapa tak bawak jalan Borobudur ke, Istana Merdeka ke, Monumen Nasional ke, tak pun ibu negara baharu under construction ke.

Prambanan ialah kompleks candi Hindu yang dibina di era Dinasti Sanjaya (732-947) yang memerintah Kerajaan Medang i Bhumi Mataram (732-1006). Pendirian Dinasti Sanjaya boleh dikatakan sebagai titik permulaan identiti Jawa. Jadi walaupun hari ini majoriti orang Jawa bukan lagi penganut Hindu, Prambanan masih mempunyai simbolisme besar dalam nasionalisme Jawa-Indonesia.

Wartawan tu pula nampak macam tak faham simbolisme Prambanan, walaupun Jokowi dah bagi “cue” baik punya, ayat pertama dah sebut Prambanan. Mungkin Jokowi nak ambil peluang ni untuk cerita pasal visi nasional Indonesia di kala dunia dilanda dengan krisis globalisme vs. nasionalisme. Tapi wartawan tu macam tak minat, masuk-masuk terus cerita pasal klise elit liberal.

Idola Jokowi, Sukarno pun pernah menyampaikan pidato di hadapan Prambanan dengan kata-kata “jikalau bangsa kita dapat mewarisi api jang gemilang itu akan dapat kita menjadi bangsa yang besar kembali”. Baru merdeka daripada Belanda dah bercita-cita jadi bangsa besar, sebab kalau sesuatu bangsa faham citra bangsanya dan akar tamadunnya, jangan kata nak jadi kuasa besar, negara hilang pun boleh dapat balik, macam Poland yang tiga kali hilang negara dan tiga kali mendirikan semula negara.

Itulah rahsia sebuah great power-in-waiting. Indonesia jadi semakin maju bukan sebab populasi, ekonomi, teknologi semata-mata, tapi sebab ada identiti nasional yang kuat, yang mendorong kepada semangat maju diri. Tak macam sebuah negara di seberang laut yang rakyatnya pandang hina dekat warisan sejarah sendiri dan celaru tentang identiti sendiri. Fabrik masyarakat koyak, nak jadi great power jauh sekali.

Tak, aku bukan cakap pasal Malaysia, aku mengata Australia je.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.