Dasar Ekonomi Baru (DEB) atau nama Bahasa Inggerisnya ‘New Economic Policy’ (NEP) dilaksanakan selepas peristiwa kemelut perkauman 13 Mei 1969 berlaku. Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan Oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970 hingga 1990 bermula daripada Rancangan Malaysia Ke-2 (RMK2). Terdapat dua objektif utama DEB dilaksanakan iaitu mengurangkan kadar kemiskinan setiap kaum di Malaysia dan menghapuskan aktiviti ekonomi yang berasaskan kaum.

Namun begitu, terdapat satu lagi objektif yang diterapkan dalam DEB untuk kaum Bumiputera iaitu mencapai pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak 30%. Bermaksud, kaum Melayu dan Bumiputera digalakkan untuk memiliki saham dalam Bursa Malaysia sebanyak 30%. Justeru, Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan pada 17 Mac 1978 untuk meningkatkan pemilikan ekuiti oleh Bumiputera.

Pada awal penubuhan DEB, kerajaan mempunyai masalah dalam memastikan pegangan ekuiti Bumiputera. Ini kerana, terdapat pegangan-pegangan Bumiputera berpindah milik ke pegangan bukan Bumiputera. Perkara ini membimbangkan kerajaan kerana transaksi ekuiti Bumiputera ke tangan bukan Bumiputera akan menyebabkan kaum ini terjejas dalam pemilikan kekayaan di Malaysia.

Selain itu, PNB juga ditubuhkan oleh kerajaan untuk memupuk kaum Bumiputera menyimpan dan sekaligus melabur dalam PNB untuk mendapatkan pulangan yang lebih besar. Hal ini bukan bermaksud kaum Bumiputera ketika itu tidak pandai menyimpan. Tetapi, Bumiputera ketika itu menyimpan duit di bawah katil, dalam tabung dan sebagainya.

Makanya, Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan demi memastikan pegangan Bumiputera sentiasa terjamin dengan pemilikan secara langsung oleh PNB dan pegangan tidak langsung oleh individu-individu Bumiputera yang melabur dalam PNB. Kedua, untuk memastikan kaum ini mendapat peluang dalam pengagihan kekayaan di Malaysia dengan menyimpan duit mereka. Seterusnya, mereka akan mendapat pulangan dalam bentuk dividen setiap tahun.

Sebelum PNB ditubuhkan, pemilikan ekuiti Bumiputera hanya sebanyak 2.4% atau RM 122 juta sahaja pada tahun 1970. Selepas PNB ditubuhkan, pemilikan ekuiti Bumiputera meningkat sebanyak 12.5% dengan jumlah sebanyak RM 4.05 billion pada tahun 1980. Jelas sekali, penubuhan PNB amat diperlukan dalam meningkatkan pegangan ekuiti Bumiputera dan mengekalkan pegangan ini supaya tidak terlepas kepada bukan Bumiputera. Meskipun objektif untuk mencapai 30% pemilikan Bumiputera pada tahun 1990 tidak berhasil. Namun, peningkatan ekuiti oleh kaum ini amat membanggakan dengan pemilikannya sebanyak 19.3% atau RM 20.877 billion.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) mendapat geran sebanyak RM 200 juta daripada Kerajaan Malaysia untuk memulakan operasi mereka pada tahun 1978. Terdapat beberapa pemindahan aset antara PNB dan PERNAS terutamanya untuk pegangan dalam syarikat Sime Darby, Highland Lowland (HiLo) dan MMC. Ketika Rancangan Malaysia Ke-3 (RMK3) pada tahun 1979, PNB sekali lagi menerima dana sebaanyak RM 300 juta. Ini bermaksud, PNB menerima dana sebanyak RM 500 juta tidak lebih daripada satu tahun.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-4 (RMK4), kerajaan sekali lagi memperuntukkan sebanyak RM 1.5 billion ke PNB, menjadikan jumlah keseluruhan RM 2.0 billion dana yang diterima oleh PNB daripada Kerajaan Malaysia.

Dalam masa yang sama, terdapat 10 syarikat milik PERNAS ‘dipaksa’ untuk dipindahkan kepada PNB yang terdiri daripada Sime Darby, MMC, Malaysia National Insurance (MNI), Malaysia National Reinsurance Berhad (MNRB), Kontena Nasional, Malaysia Industrial Development Finance (MIDF), Goodyear Malaysia, PERNAS-NEC Telecommunications, dan Island & Peninsular (I&P). Semua pemindahan aset daripada PERNAS ke PNB mempunyai anggaran jumlah bersih sebanyak RM 1.0 billion.

Pada 29 Disember 2017, PNB mempunyai nilai aset berjumlah RM 279.2 billion dengan jumlah pelaburan ekuiti dalam Bursa Malaysia sebanyak RM 198.1 billion. Ini bermakna, PNB mempunyai 10.4% pegangan dalam Bursa Malaysia yang bernilai RM 1,906.8 billion. Antara syarikat strategik yang dimiliki oleh PNB pada ketika ini terdiri daripada Maybank (48%), SP Setia (65%), UMW (58%), Sime Darby (52%), Sime Darby Plantation (54%), Sime Darby Property (55%), UMW Oil & Gas (54%) CCM (65%), CCM Duopharma (51%) dan MNRB (55%).

Kesimpulannya, penubuhan Bumiputera amat penting dalam memastikan kaum Bumiputera tidak terlepas dalam pengagihan kekayaan di Malaysia. Justeru, kaum Melayu dan Bumiputera harus menjaga institusi ini dan membantu dengan melabur dalam PNB demi meningkat taraf ekonomi kaum sendiri.

Rujukan:
Nicholas J. White. (2018). In Trust A History of PNB


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang yang berlatarbelakangkan kejuruteraan awam. Cenderung kepada bidang ekonomi politik, kewangan, sains dan teknologi. 'Metallica or Megadeth, Megadeth is better'

Comments are closed.