Bagaimana Pasir Telah Meruntuhkan Sebuah Empayar Agung?

1,554

Empayar mampu runtuh oleh pelbagai faktor – pencerobohan, perluasan kuasa, korupsi, masalah ekonomi, perubahan iklim, dan sebagainya. Terdapat kajian baru mencadangkan Empayar Akkadia mula merosot disebabkan oleh faktor yang jarang berlaku iaitu ribut pasir.

Empayar Akkadia mula berkembang pada Zaman Gangsa (kurun ke-24 hingga ke-22 Sebelum Masihi). Ibu negaranya terletak di sekitar Kota Akkad di Mesopotamia purba. Mereka menguasai wilayah tersebut beratus tahun.

Kajian baru berasaskan analisis geo-kimia ke atas enam buah fosil batu karang Porites berusia 4,100 tahun telah menambahkan bukti keruntuhan empayar tersebut. Ia juga telah memberikan peringatan bagaimana perubahan alam sekitar mampu memberikan akibat yang buruk – malah kepada tamadun yang berdiri teguh dan dominan.

Walaupun secara rasminya Empayar Akkadia runtuh disebabkan oleh pencerobohan Mesopotamia. Namun, bukti arkeologi baru-baru ini menunjukkan perubahan alam juga menyumbang kepada kemerosotan tamadun tersebut. Kajian ke atas fosil batu karang tersebut di tapak Tell Leilan, Syria menunjukkan kekerapan berlakunya ribut pasir di Teluk Parsi (dipanggil sebagai ‘shamal’) yang kuat sewaktu keruntuhan empayar tersebut.

Fosil tersebut turut mendedahkan panjangnya musim sejuk shamali pada waktu keruntuhan tersebut. Apabila ditambah dengan masalah persekitaran yang teruk untuk aktiviti pertanian, rusuhan adalah kejadian yang berkemungkinan besar berlaku.

Kemarau dan keruntuhan sosial telah pun dikenalpasti sebagai faktor berpotensi yang meruntuhkan Empayar Akkadia, termasuklah pencerobohan dari luar. Keadaan persekitaran dan cauca yang teruk telah menyebabkan beberapa kawasan tertentu di Akkadia tidak dapat diduduki. Kita mungkin tidak akan tahu apa hakikatnya yang berlaku sewaktu penghujung pemerintahan Akkadia, tetapi fosil ini serba sedikit mendedahkan perinciannya.

RUJUKAN:

  1. https://www.sciencealert.com/dust-could-have-brought-down-the-mighty-akkadian-empire
  2. https://www.global.hokudai.ac.jp/blog/strong-winter-dust-storms-may-have-caused-the-collapse-of-the-akkadian-empire/
  3. Watanabe, T. K., Watanabe, T., Yamazaki, A., & Pfeiffer, M. (2019). Oman corals suggest that a stronger winter shamal season caused the Akkadian Empire (Mesopotamia) collapse. Geology47(12), 1141-1145.
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.