Bagaimana Netflix Membuat Duit?

5,028

Dunia hiburan sedang mengharungi sebuah revolusi, terutamanya di Malaysia. Dengan komitmen Telekom Malaysia yang ingin membangunkan rangkaian internet laju di seluruh negara, mungkin 10 tahun akan datang ASTRO akan digunakan hanya di kampung atau luar bandar dimana tahap kelajuan Internet tidak begitu stabil atau sememangnya terlalu rendah. Pada zaman ini pun siaran-siaran satelit sedang diancam kerana terlalu membosankan, tiada inovasi dan penuh dengan iklan.

Suatu perkhidmatan hiburan yang bebas iklan sejak penubuhan sehingga hari ini ialah Netflix. Maka persoalannya, bagaimanakah Netflix membuat duit sebanyak AS$15.8 bilion dengan aset keseluruhan mencecah AS$25.97 bilion tanpa iklan? Sebenarnya perkhidmatan bebas iklan membuatkan Netflix pilihan utama pengguna. Pada hari ini Netflix merupakan perkhidmatan hiburan paling besar di dunia, beroperasi di 190 negara dengan 109 juta pengguna.

Tawaran-tawarannya pula jauh lebih hebat untuk dibandingkan dengan ASTRO. Setiap tahun pengguna menunggu keluaran musim terbaru bagi Black Mirror, Good Girls dan Stranger Things. Pada usim Krismas pula, ramai menunggu untuk menonton filem-filem bertemakan sedemikian yang mana The Christmas Chronicles mendapat 20 juta pada hari pertama siarannya.

Netflix merangkul kutipannya hanya melalui langganan antara AS$7.99 hingga AS$13.99 sebulan. Kutipan ini memberikan Netflix jaminan sebanyak AS$950 juta sebulan. AS$30 juta lagi dipungut secara bulanan melalui sewaan DVD. Congakan ini meletakkan keuntungan Netflix pada AS$1.4 juta sehari, walaupun angka ini barangkali tidak tepat pun atas rahsia pemungutan sebelum dan selepas percukaian.

Kutipan ini pun bukanlah tanpa modal. Netflix perlu berbelanja sebanyak AS$7-8 bilion setahun yang mana komitmen beberapa tahun akan datang menyaksikan prospek modal pada AS$17 bilion. Kejayaan Netflix sebenarnya berpunca daripada keberanian pengurusan untuk keluar daripada tampuk perniagaan. Pada asalnya Netflix berniaga secara menyewa DVD sebelum mencuba nasib dengan menawarkan video streaming melalui Internet.

Dengan teknologi Internet yang semakin maju pula, Netflix tentu sekali mempunyai masa depan cemerlang lebih-lebih lagi dalam situasi dimana pengguna boleh menonton bukan hanya di televisyen.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.