Ini adalah artikel daripada sebuah laman web (klik) yang menyenaraikan statistik sokongan setiap bangsa pada setiap parti politik di Malaysia. Akhir sekali artikel ni buat kesimpulan:

“Opposition parties need to identify why Malay speakers are turning away from them on Facebook, then work on a plan to encourage users to like their Pages; join their Groups; and champion issues that will improve their market reach.”

Sebab apa?

Ate dah 24 jam serang sejarah, budaya, bahasa, agama malah kuih-muih Melayu pun dibahankan dalam portal-portal yang pro-pembangkang ape ke he yeop?

Orang Melayu pun manusia, ada hati dan perasaan. Berkasih sayanglah. Benda simple, kau buat begitu begini, jauh di sudut hati, merajuklah dia. Tapi dia merajuk pendam sendiri-sendiri tak macam orang lain.

Bukankah ‘urban legend’ menyatakan media sosial dan internet dikuasai pihak bukan kerajaan? Jika di internet pun tewas bagaimana mereka nak berdepan dengan real world, real person?

Sebab orang Melayu masih ada aura de facto dalam pilihanraya, melainkan tuan-tuan genocide semua The Malays dalam satu malam macam filem The Purge. Tapi mesti tak sanggupkan? Mesti masih ingat anak bini di rumah. Ada yang masih ingat Tuhan. Jadi hipokrit tak hipokrit, ada jalan untuk korang semua.

Caranya mudah saja, korang kena fight betul-betul untuk kepentingan dan manfaat orang Melayu, terutama di kampung-kampung dan orang Melayu yang berada di tahap miskin bandar di pekan-pekan.

Memang kalau nak subsidi bagai, korang tiba-tiba mengaku Melayu, tapi bila marahkan DS Najib, korang tak marah pada Bugis. Bila cakap pasal kuota universiti, bantuan MARA dan hak keistimewaan, korang tiba-tiba menjelma jadi Melayu tapi bila marah pada DS Zahid Hamidi korang tak marah pada Jawa. Terma ‘Melayu’ akan jadi ‘punching bag’ jika portal anti-Melayu dan Islam mainkan isu sampaikan isu perkauman pun macam tiada apa-apa berlaku. Soalannya, jika dunia internet pun dah tau betapa merajuknya ‘Melayu’ bagaimana korang nak ambil hati makcik pakcik di kampung-kampung? Rakyat Melayu, orang kampung atau yang miskin bandar yang membentuk aura ‘silent majority’ itu semua?

Untuk menang sokongan mereka, korang yang berada di pihak kerajaan dan pembangkang kena fight betul-betul untuk The Malays. Rasuah dari tauke besar tolak tepi dulu. Kuasa politik lagi penting sebab jika kuasa politik tak penting, Tun Mahathir takkan buang masa di usia senja beliau untuk masuk balik main benda-benda yang membuang masa ni. Ada demand pasti ada supply.

Nak dapatkan sokongan Melayu kenalah fight untuk mereka. Boleh pakai ke teori 24 jam membahan orang Melayu dalam media sosial, dalam portal-portal ‘read-headline-only’ dan serang agama dia, serang cara dia makan, cara dia minum, cara dia berpakaian, semua nak diserang, lepas tu harap orang Melayu sokong korang. Boleh berjaya ke?

Raja-raja Melayu pun, daulat dia rakyat Melayu pegang. Itu realiti. Wasiat Raja-raja Melayu dah sign, sekarang daulat raja-raja Melayu totally berada di tangan rakyat Melayu. Rakyat Melayu sebenarnya boleh sepak mana-mana kerabat raja yang tak betul-betul fight untuk mereka. Nak tak nak je.

Welcome to real power of silent majority. The Malays ni kuat merajuk. Anak dia mati kena langgar pun dia pejam mata serah pada Tuhan. Itu ‘psyche’ orang Melayu. Pendam dan pendam. Dia tak vokal macam orang Cina. Hak dia sendiri pun dia tak tahu dan tak fight pun.

Tapi dia merajuk kuat. Merajuk dia sampai majlis yang British buat pun dia tak nak datang sampai British terpaksa pujuk balik dan sanggup bincang balik, ubah pendirian British. Itulah dia ‘kuasa merajuk’. Tak ubah pakai senjata pun, memang aneh. Tapi ya…dia kuat merajuk.

To win their hearts, fight for them. 
Mark my words.
.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Leave A Reply