Antara sebab utama sesetengah masjid masih berdiri ketika banjir adalah kerana masjid banyak ‘lompong’ dan pintu masuk. Masjid kebanyakannya berdiri dengan tiang yang banyak. Banyak pula lubang di sana sini di dinding-dinding masjid.

Apabila berlakunya langgaran banjir atau tsunami, hentaman yang masjid terima tak begitu kuat kerana masjid bagi air lalu (flow) melalui ‘lompong-lompong’ yang luas itu. Bila banyak ruang yang luas terbuka ini, hentaman rendah, tekanan pun rendah.

Banyak bangunan seperti rumah-rumah di sekeliling masjid mudah runtuh sebab rumah ini dibina dengan cara ‘tertutup’. Yang terbuka cuma pintu kecil keluar masuk dan tingkap yang kecil.

Bila ada hentaman banjir atau tsunami, air tak dapat lalu (flow) dengan baik. Jadi hentamannya akan jadi kuat dan tekanannya akan jadi lebih tinggi, sebab itulah mudah hancur.

Ia tak macam masjid yang lebih terbuka.

Selain itu, masjid juga dibina daripada bahan yang lebih kuat berbanding rumah-rumah di sekeliling. Masjid banyak duit, nak cari bahan yang kuat bukan benda susah. Saban tahun ‘renovate’.

Rakyat biasa mana mampu nak ‘renovate’ setiap tahun. Jadi, berdasarkan perkongsian ringkas di atas, kita boleh katakan bahawa faktor seni bina dan bahan binaan yang dipasakkan pada masjidlah yang menjadi sebab-musabab rumah ALLAH ini mampu berdiri tanpa dibawa oleh air bah ketika tsunami atau banjir.

Dan ingin kami tegaskan bahawa artikel ini bukanlah untuk menidakkan kuasa TUHAN. Malah, post ini lagi meraihkan kekuasaaan TUHAN. Bukankah sains itu sendiri adalah ilmu TUHAN? Menerangkan setiap peristiwa yang dicetuskan oleh TUHAN melalui skop sains tidak pernah salah dan sebuah dosa.

Tahukah anda, dapat gunakan akal kita untuk menjelaskan kuasa Tuhan merupakan suatu yang ajaib. Kerana akal adalah antara ciptaaan Tuhan yang paling agung. Mengapa kita sering anggap sesuatu yang kelihatan ajaib, hebat, hanya mampu dijelaskan melalui cara ghaib sahaja?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.