J.P. Morgan mempunyai sebuah platform penyelidikan yang pernah mengumumkan ramalan untuk koronavirus di Malaysia.

Mereka berpendapat bahawa Malaysia telah memasuki fasa pecutan bagi kes-kes koronavirus, yang akan berkemuncak sekitar 15 April dengan 6,300 kes positif (The Star Online, 2020).

Pengumuman mereka dibuat pada 25 Mac, yang pada masa itu Amerika Syarikat dan Sepanyol sedang berkemuncak.

Ia merupakan hari ketujuh sejak Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan, yang tidak pernah dilaksanakan dalam sejarah sejauh antara-pentadbiran Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak.

Jika Najib Razak masih lagi Perdana Menteri, ia menunjukkan asas begitu simbolik kerana “perintah berkurung” diisytiharkan bapa dan anak.

Semua perhatian bergelar pada sosok tubuh kebapaan yang dibawa Muhyiddin. PKP ialah satu dasar yang perlu diteliti semula keberkesanannya, kerana berjaya mencidukkan ramalan J.P. Morgan.

Mereka mengandaikan 6,300 kes. Malaysia pada 14 April pula tidak sampai 5,000 pun. Ketika ramalan diumumkan, Malaysia dilihat menghampiri 20 negara paling teruk dibadai koronavirus.

Tetapi sebulan selepas melaksanakan PKP, kedudukan Malaysia dalam senarai turun ke tempat ke-37 (daripada ke-21). Dibawah PKP, rakyat Malaysia dikehendaki patuh kepada:

  1. Penutupan dan pembatalan semua acara keramaian, berjeniskan agama, sukan, sosial dan budaya.
  2. Semua aktiviti keagamaan dihentikan serta-merta.
  3. Tiada siapa dibenarkan keluar dan masuk negara.
  4. Hanya perkhidmatan penting saja dibenarkan buka (dengan syarat tertentu).
  5. Semua institusi pendidikan diwajibkan tutup.

Hasil daripada PKP, kadar penularan koronavirus pun menurun. Banyak negara telah memintas Malaysia, seperti Arab Saudi dan pecutan besar di India. Indonesia pun dilihat pada bila-bila masa saja akan memintas.

Dan yang menunggu nasib ialah Singapura dengan tujuh kluster baharu bersertakan dasar mirip PKP.

Semasa PKP dimulakan pada 18 Mac, Malaysia menelan air liur pedas dengan kewujudan kluster selepas perhimpunan tabligh.

Pada masa itu semua berdoa supaya perhimpunan-perhimpunan Teluk Bahang (kuil Hinduisme), Brothers of Straits Johor, dan Terminal Bersepadu Selatan tidak wujudkan kluster seperti Ijtima Tabligh.

Pada 27 Mac Malaysia mengetatkan PKP di beberapa lokasi yang mempunyai kluster besar. Dibawah PKPD ini:

  1. Semua penduduk kawasan tidak dibenarkan keluar rumah langsung.
  2. Orang luar tidak dibenarkan masuk kawasan.
  3. Semua perniagaan diwajibkan tutup.
  4. Makanan akan dihantar kepada penduduk.
  5. Semua jalanraya disekat.

Kerajaan mengisytiharkan PKPD pertama di dua kawasan Simpang Renggam sehingga 9 April berikutan lonjakan 61 kes sehari (Nursyazwani, 2020).

Hulu Langat dan Kuala Lumpur pula mengikuti jejak Simpang Renggam dengan PKPD begitu tegas.

Malah pada 6 April Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perancangan baharu untuk menguatkuasakan PKPD tanpa menggunakan formula kilometer (Bernama, 2020).

Formula Mudah Malaysia: Kerjasama

PKP dan PKPD ialah haluan semata-mata. Punca penurunan koronavirus di Malaysia berlaku kerana kerjasama efektif antara pelbagai jabatan kerajaan.

Jabatan Dalam Negeri menyekat sebarang perhimpunan orang ramai. Pengurusan udara pula mengekang penerbangan. Dan Jabatan Pertahanan turun padang membantu penguatkuasaan.

Mereka ini terdiri daripada barisan hadapan yang berhempas-pulas membantu Jabatan Kesihatan secara tidak langsung.

Dalam pentadbiran semestinya akan berlaku percanggahan. Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa dibidas kerana ingin membenarkan pembukaan kedai gunting rambut (Bernama, 2020).

Tetapi Jabatan Kesihatan memberikan direktif begitu berbeza (Astro Awani, 2020). Sekurang-kurangnya percanggahan ini tidak begitu kritikal berbanding kegagalan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (Elis, 2020).

Setiausaha Chad Wolf disoal macam-macam tentang perkembangan koronavirus. Tetapi satu soalan pun susah untuk diberikan jawapan konkrit di Dewan Perwakilan.

Perkara tersebut tidak berlaku di Malaysia. Semua unit pentadbiran sedang berfungsi dengan begitu rapi. Dan kerjasama sedemikian turut dikongsikan antara kerajaan dan rakyat.

Walaupun ramai yang ingkar, perlu ditegaskan bahawa majoriti besar mengambil langkah untuk patuh perintah. Bukan mudah untuk umat Islam Malaysia hentikan solat Jumaat, yang dibuat tanpa pergaduhan pun.

Dan disebabkan komitmen-komitmen kecil dan besar inilah Malaysia berjaya cidukkan ramalan J.P. Morgan. Pada 15 April (tarikh ramalan mereka), Aidilfitri hanya 38 hari saja. PKP telah dilanjutkan ke 28 April, yang pada masa itu berbaki 25 hari.

Rakyat Malaysia perlu duduk rumah untuk membuat keajaiban. Semoga umat Islam Malaysia direzekikan berkat Aidilfitri, yang mana semua kembali kepada fitrah dengan koronavirus dibelasah sampai m4ti.

RUJUKAN:

Astro Awani. (2020, April 11). PKP 3: KKM saran kerajaan tangguh sementara kedai gunting rambut. Retrieved from http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkp-3-kkm-saran-kerajaan-tangguh-sementara-operasi-kedai-gunting-rambut-237877

Bernama, (2020, April 6). MOH preparing new SOP for EMCO – Ismail Sabri. Retrieved from https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=1829097

Bernama, (2020, April 10). Perkhidmatan gunting rambut asas antara dibenar operasi semasa PKP. Sinar Harian. Retrieved from https://www.sinarharian.com.my/article/78339/KHAS/Koronavirus/Perkhidmatan-gunting-rambut-asas-antara-dibenar-operasi-semasa-PKP

Elis, N. (2020, February 25). Sen. Kennedy slams acting DHS secretary for lack of coronavirus answers. The Hill. Retrieved from https://thehill.com/policy/healthcare/484523-sen-kennedy-slams-acting-dhs-secretary-on-coronavirus

Nursyazwani, S.S. (2020, March 26). COVID-19: PKPD dikuatkuasa di dua kawasan di Simpang Renggam. Astro Awani. Retrieved from http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-pkpd-dikuat-kuasa-di-dua-kawasan-di-simpang-renggam-235454

The Star Online. (2020, March 25). JP Morgan: Covid-19 likely to peak next month in Malaysia. Retrieved from https://www.thestar.com.my/business/business-news/2020/03/25/jp-morgan-covid-19–likely-to-peak-next-month-in-malaysia


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.