Bagaimana Mahu Membuatkan Orang Kaya Menderma Lebih Banyak?

236

Memberikan orang kaya perasaan dirinya berkuasa dapat mendorong mereka lebih banyak menderma kepada amal berbanding memberikan perasaan kuasa itu kepada semangat masyarakat. Ashley Willians dari Harvard Unversity menyatakan orang kaya lebih mementingkan keupayaan individu mereka untuk mengawal suatu acara berbanding dengan orang yang berpendapatan rendah.

Kumpulan Ashley Willians melakukan ujian sama ada kutipan derma dengan cara ini dapat meningkatkan kemurahan hati graduan kaya dari Ivy League Business School di U.S yang mempunyai purata gaji melebihi 100,000 dolar setahun. Surat dihantar kepada 12,000 alumni untuk meminta mereka menderma kepada sekolah.

Surat-surat tersebut akan tertulis salah satu daripada perkataan berikut, “Sometimes, one person needs to come forward and take individual action” ataupun “Sometimes, one community needs to come forward and support a common goal.”

Dalam kalangan 4% penderma, yang menerima surat berfokuskan individual lebih tinggi dua kali ganda berbanding penderma yang menerima surat berfokuskan komuniti. Memberikan rasa kawalan kepada golongan bergaji tinggi membuatkan mereka memberikan lebih banyak. Willians percaya setiap organisasi yang memerlukan kutipan dana, patut gunakan cara ini.

Pengutip derma sering menggunakan mesej betapa positifnya tindakan menderma itu kepada komuniti. Tetapi sebenarnya menggunakan mesej yang memberikan kepentingan individu tertentu lebih berkesan untuk mendapatkan kutipan yang tinggi.

RUJUKAN:

  1. Whillans, A. V., & Dunn, E. W. (2018). Agentic appeals increase charitable giving in an affluent sample of donors. PloS one13(12), e0208392.
  2. https://www.newscientist.com/article/mg24132110-200-rich-people-give-more-to-charity-when-you-make-them-feel-powerful/
  3. Magazine Issue 3211 agress to indemnify New Scientist LtD and New Scientiest against any claim arising from incorrect or misleading translation.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.