Bagaimana Korea Selatan Berjaya Mengawal Penularan Wabak Covid-19?

18,854

Selepas keadaan sudah mulai reda di China, Covid-19 kini mula menyerang Eropah pula, Itali merupakan negara yang memiliki kes serta angka kematian tertinggi setakat ini.

Kerajaan Itali, Sepanyol, Perancis dan German telah mengisytiharkan lockdown bagi mengawal penularan. Keadaan di Eropah boleh dikatakan teruk sehinggakan di Itali, doktor terpaksa mengutamakan pesakit yang tenat dan tidak mengambil mereka yang tua.
Walau bagaimanapun, jika kita lihat di Korea Selatan, masih ada harapan untuk menurunkan angka kes baru serta mengawal penularan virus.

Korea Selatan antara negara terawal yang dilanda wabak Covid-19. Virus tiba di Korea Selatan pada hujung Januari dan kemuncaknya pada 29 Februari dengan catatan 909 kes pada hari tersebut.

Setakat hari ini, jumlah kes Covid-19 di Korea Selatan berjumlah 8,652 orang dan 94 kematian sahaja. Lebih rendah berbanding Itali, Sepanyol, Perancis dan German. Apakah rahsia Korea Selatan?

Saringan Berskala Besar

Korea Selatan menjalankan program saringan pada skala yang besar di mana lebih 270,000 saringan telah dijalankan, bersamaan 5,200 saringan bagi setiap 1 juta penduduk.
Sebagai perbandingan, Malaysia telah menjalankan 12,292 saringan, bersamaan 377 saringan bagi setiap 1 juta penduduk.

Saringan secara pandu lalu dijalankan dengan menempatkan pegawai kesihatan untuk mengambil sampel daripada pemandu dan penumpang. Keputusan pula akan diberikan dalam masa beberapa jam sahaja.

Dengan cara pandu lalu ini, risiko penyebaran virus di hospital dapat dikurangkan.
Penyebaran Maklumat Yang Berkesan

Semenjak Covid-19 tiba di Korea Selatan, kerajaan sentiasa menghebahkan maklumat-maklumat penting berkaitan Covid-19. Contohnya, kerajaan akan menghebahkan pergerakan pesakit, daerah mana pesakit tinggal. Sesiapa sahaja yang disahkan positif akan didedahkan pergerakan mereka sebelum disahkan positif.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Maklumat pesakit biasanya dihebahkan berserta dengan umur, jantina dan pergerakannya bagi setiap minit. Ini menunjukkan bahawa kerajaan Korea Selatan sangat telus dengan rakyat.

Undang-undang di sana membenarkan badan kerajaan mendapatkan maklumat berkaitan telefon bimbit, kad kredit dan data lain berkaitan bagi mereka yang disahkan positif.
Maklumat-maklumat ini juga membantu kerajaan untuk membuat contact tracing dengan lebih baik.

Pengajaran Daripada MERS

Korea Selatan merupakan negara kedua terteruk selepas Arab Saudi di mana 186 kes direkodkan dan 36 orang meninggal dunia. Ketika itu, 17,000 saringan telah dijalankan.
Pengalaman daripada MERS mengajar Korea Selatan bawah alatan bagi ujian saringan memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal penularan wabak.

Selepas Covid-19 muncul di China, Korea Centers for Disease Control and Prevention (KCDC) mula mencipta alatan saringan serta berkerjasama dengan pembuat alatan diagnostik untuk mencipat alatan saringan komersial.

Walaupun 2 minggu kebelakangan ini kes baru sudah mula menunjukkan trend penurunan, belum lagi boleh disimpulkan bahawa penularan Covid-19 di sana telah mencapai kemuncaknya. Kerajaan masih lagi keadaan berjaga-jaga.

Buat kita semua sebagai rakyat Malaysia, tolonglah patuhi segala arahan daripada kerajaan demi kebaikan bersama di masa hadapan. Duduk di rumah diam-diam!

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.