Bagaimana kita hendak buat ‘Self-Breast Examination (SBE)’?

0
486
views

Saya pernah diberitahu satu cerita di mana satu pasangan suami isteri ini datang ke klinik dan si suami telah menyedari terdapat sesuatu benjolan di payudara sebelah kiri isterinya.

Benjolan yang tidak menyakitkan itu statik di sana sahaja. Kata si suami, benjolan itu kelihatan semakin membesar cuma tidak terlalu ketara. Ternyata suami memang mempunyai deria yang paling sensitif apabila ia berkaitan dengan orang yang paling dia sayang. Tanpa suaminya, isteri itu mungkin tidak perasan tentang perkara itu.

Jetpack Langkawi

Iyalah, tak semua wanita rajin membuat Self Breast Examination (SBE) sedangkan ia merupakan perkara paling mudah untuk dilakukan.

Berikut merupakan 5 langkah mudah untuk melakukan SBE:

1) Berdiri di hadapan cermin tegak di hadapan cermin dengan bahu yang rata dan kedua-dua tangan dipinggang. Perhatikan kepada sebarang perubahan bentuk, warna serta saiznya. Perhatikan juga jika terdapat sebarang ketulan ketara yang boleh kelihatan di hadapan cermin pada kedua-dua payudara.

2) Angkat kedua-dua tangan. Lihat juga kepada perubahan seperti yang dinyatakan di (1).

3) Semasa mengangkat tangan itu, perhatikan juga sebarang pengeluaran cecair pada kedua-dua puting payudara samaada susu, jernih, nanah atau darah.

4) Kemudian, baring dengan salah satu tangan diluruskan ke atas. Gunakan tangan kanan untuk memeriksa tangan kiri dan sebaliknya. Gunakan jari dengan melakukan tekanan di sekeliling payudara dengan cara putaran (circular). Pastikan pemeriksaan dilakukan di seluruh payudara, atas dan bawah, setiap sisi yang ada termasuk di ketiak dan puting payudara. Boleh lakukan ia dengan starting point samaada di puting kemudian ke seluruh payudara atau bermula dari ketiak ke puting. Ulang perkara yang sama di payudara sebelah lagi.

5) Lakukan perkara yang sama semasa duduk dan berdiri. Jika anda merasakan deria sentuhan anda lebih sensitif semasa tubuh anda basah. Anda boleh mandi sambil melakukan SBE.

Jika semasa pemeriksaan dilakukan dan anda merasakan terdapat ketulan yang mencurigakan walaupun ulangan SBE telah dilakukan, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pandangan mereka.
—–
Apa yang perlu diperhatikan?

1) Ketulan di payudara atau ketiak.
2) Perubahan luar biasa tekstur, bentuk dan saiz payudara.
3) Kulit payudara bengkak, berkedut dan ke dalam.
4) Puting susu kelihatan tenggelam dari biasa.
5) Pendarahan atau lelehan luar biasa dari putting.
6) Kulit payudara berbintik seperti kulit limau.

Jangan panik jika terdapat ketulan yang luar biasa. 9 dari 10 ketulan yang ditemui bukanlah sel kanser.

Bilakah masa sesuai untuk kaum wanita membuat pemeriksaan ini?

1. Sebulan sekali (untuk mereka yang masih mempunyai haid). Waktu yang sesuai ialah 7

2. 10 hari selepas haid.

3. Ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan setiap bulan sama ada hari pertama atau terakhir bulan tersebut, ini bagi mereka yang telah putus haid.

Tujuan dilakukan SBE adalah untuk mengesan sebarang keabnormalan yang berlaku pada payudara agar tindakan atau rawatan awal boleh diambil oleh setiap wanita kerana kanser payudara tidak memilih siapa mangsanya. Kanser payudara merupakan antara pembunuh utama wanita.

Kajian mendapati, 2 daripada 3 wanita Malaysia tidak melakukan SBE walaupun menyedari kanser payudara adalah pembunuh nombor satu wanita. Antara alasan popular yang sering kali disuarakan adalah kurang yakin, tidak tahu apa perlu dicari, takut menemui sesuatu tidak normal dan tidak kurang juga ada yang kurang selesa menyentuh payudara sendiri.

Sumber:

http://www.breastcancer.org/…/tes…/types/self_exam/bse_steps

Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah
Jururawat Terlatih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.