Sebelum ini, admin Zamir ada sentuh tentang bagaimana alam semesta lahir. Memandangkan dia ada sebut tentang pandangan ahli biologi, maka di sini saya ambil keputusan untuk sambung artikel Zamir.

Bagaimana kehidupan wujud?

Seperti yang disebutkan Zamir, para saintis ada pandangan berbeza-beza tentang bagaimana sistem kimia menjadi sistem biologi, hipotesis dunia RNA. Antara hipotesis tersebut ialah eksperimen Miller-Urey. Dalam eksperimen tersebut, gas-gas primitif telah digunakan sebagai simulasi dunia pasca letupan. Bumi waktu itu masih lagi planet yang panas dan kering. Gas-gas primitif berkenaan yakni metana, ammonia dan hidrogen telah digunakan. Gas-gas tersebut dipanaskan dan hasilnya kompoun organik pun terhasil. Kompoun-kompoun ini dilarutkan ke dalam air sebagai simulasi lautan, menghasilkan ‘primordial soup’. Sup yang dipenuhi asid amino. Ya, asid amino, batu asas kehidupan. Melalui asid amino, protein mampu dibina berasaskan karbon, nitrogen, hidrogen dan oksigen. Kesemua bahan kimia ini mampu dijumpai dalam gas-gas primitif yang disebut di atas.

Gambar 1: Eksperimen Urrey-Miller

Pada mulanya, asid amino ini masih lagi molekul bukan hidup. Lama kelamaan, asid amino ini mampu membentuk secara bergumpal lalu menjadi peptid kecil akibat interaksi kimia dan tarikan cas badan berpolar (Hidrogen bercas positif, nitrogen dan oksigen negatif). Asid amino dan peptid ini mampu bergabung lalu menjadi membran sfera yang tertutup. Bermula dari sini, bakteria/prokaryot purba mula wujud.

Teori Panspermia 

Teori Panspermia ini secara kasarnya ialah teori asal-usul alien. Apa yang saya maksudkan ialah proses interaksi kimia asid amino ni tak berlaku di bumi, tapi di angkasa lepas. Meteor yang menghempas bumi kebanyakannya mempunyai bahan organik dan tak kurang juga, asid amino. Sebagai contoh. meteorite Murchison yang terhempas pada tahun 1969 mengandungi pelbagai kompoun organik yang biasanya dijumpai pada benda hidup sahaja seperti RNA, uracil dan xanthine. Umur meteorite ini ialah 4.95 billion tahun, 500 juta tahun lebih tua daripada usia Bumi. Sewaktu bumi masih lagi merupakan planet kering kontang, banyak meteor dan komet melanggar Bumi dan ada kebarangkalian sesetengah daripada objek tersebut membawa partikel kompoun organik ini. Sekiranya teori kejadian kehidupan bermula dengan ini, maka kompoun tersebut akan menginjak ke teori Endosimbiont. Sekiranya tidak, maka proses kimia ini dianggap berlaku di Bumi sewaktu gas primitif masih melata.

Gambar 2: Meteorite Murchison. Gambar daripada Muzium Sejarah Alamiah, Washington, AS.

Teori Endosymbiont

Interaksi di antara kompoun organik akan mewujudkan proto sel dan akhirnya prokaryot purba atau dalam nama lain, bakteria purba. Bakteria purba ini pada asalnya tidak mempunyai organel, organ bagi sel. Hendak dijadikan cerita, reaksi kimia menyebabkan membran plasma bakteria ini mula terlipat bagi mewujudkan retikulum endoplasmik, sebuah organel yang berkaitan dengan sintesis protein dan enzim. Nukleus juga wujud pada masa yang sama dek asid amnio yang menjadi semakin kompleks. Bakteria ini akan mula memakan bakteria lain yang hidup secara metabolisme aerobik. Hidup dengan kewujudan oksigen. Walau bagaimanapun, bakteria yang dimakan ini tak mati, bahkan hidup di dalam bakteria purba tersebut sebab mampu hidup secara simbiot, saling bantu membantu. Bakteria purba itu membekalkan tempat tinggal dan bakteria yang dimakan membekalkan tenaga. Bakteria pembekal tenaga ini menjadi mitokondria. Bukti bagi teori ini ialah sel kita mempunyai dua jenis DNA berlainan, satu di nukleus sel kita, satu lagi di dalam mitokondria sel kita.

Gambar 3: Pergerakan evolusi teori Endosimbiont. Hak cipta milik Pearson Education.

Pada sesetengah bakteria purba yang lain, ada yang memakan bakteria fotosintetik. Bakteria fotosintetik ini kemudiannya menjadi plastid, organel yang bertanggungjawab dalam hal ehwal fotosintetis. Kedua-dua jenis bakteria purba ini berevolusi menjadi sel eukaryot, sel yang sempurna. Sel-sel eukaryot ini mula berevolusi, hidup secara berkumpulan lalu mewujudkan komuniti mereka sendiri seperti lendir mikrob. Di akhir evolusi mereka, sel-sel ini mampu hidup secara berkumpulan dan melakukan tugas yang berlainan mengikut kohort-kohort kecil mereka sendiri, melahirkan organisma besar. Bermula daripada sini, haiwan dan pokok primitif mula muncul seperti seperti span laut. Anda boleh rujuk pautan artikel ini bagi penerangan tentang kewujudan hidupan kompleks daripada eukarya: https://thepatriots.asia/archives/3092

 

Gambar 4: Susun atur taksonomi hidupan dan persamaan kategori dalam kalangan hidupan

Evolusi dan Islam

Untuk mengatakan evolusi itu tak wujud adalah sesuatu yang tak masuk akal. Semua objek yang hidup mempunyai kebolehan untuk berevolusi. Evolusi ini terbahagi kepada dua. Mikroevolusi dan makroevolusi. Mikroevolusi ialah evolusi berskala kecil, sebagaimana bakteria mampu menjadi kalis antibakteria. Makroevolusi pula evolusi berskala besar seperti perbezaan warna kulit manusia. Perjalanan evolusi-evolusi ini tak berlaku pada kadar yang tetap. Ada yang sekejap, ada yang lama, tapi selalunya lama kalau untuk makroevolusi.

Untuk menguatkan hujah saya, saya rasa baik saya jelaskan pandangan evolusi melalui kaca mata Islam. Percaya atau tidak, konsep evolusi sudah pun dihipotesiskan oleh sarjana-sarjana Islam kita pada zaman Pertengahan. Contohnya ialah Ibnu Khaldun dan Al-Jahiz.

“Animals engage in a struggle for existence; for resources, to avoid being eaten and to breed. Environmental factors influence organisms to develop new characteristics to ensure survival, thus transforming into new species. Animals that survive to breed can pass on their successful characteristics to offspring”-The Book of Animal, Al-Jahiz.

“One should then take a look at the world of creation. It started out from the minerals and progressed, in an ingenious, gradual manner, to plants and animals. The last stage of minerals is connected with the first stage of plants, such as herbs and seedless plants. The last stage of plants, such as palms and vines, is connected with the first stage of animals, such as snails and shellfish”- Mukaddimah, Ibnu Khaldun.

Bagi permasalahan evolusi dan kejadian Nabi Adam, saya perlu jelaskan bahawa evolusi dan Islam adalah SERASI. Masalah utama evolusi-kejadian Adam bukan terletak pada manusia berasal daripada monyet, tapi di mana Nabi Adam dicipta. Sebab kenapa DNA kita dan hidupan-hidupan lain mempunyai persamaan adalah kerana bahan asas ciptaan kita semua sama, yakni kompoun organik! Kesemua kompoun organik dan juga bahan kimianya boleh dijumpai pada debu dan proses ‘primordial soup’ boleh berlaku di mana-mana tempat yang mempunyai tanah dan air seperti lumpur. Tiada percanggahan pun tentang evolusi-penciptaan Adam. Hidupan lain mungkin dicipta di Bumi dan mengalami proses evolusi, tapi bagi Nabi Adam, prosesnya berlaku di langit. Itu sahaja permasalahannya.

Evolusi itu betul, tapi untuk mengatakan manusia itu berasal daripada monyet itu ialah sesuatu yang perlu diperdebatkan. Seperti yang kita sedia maklum, spesis manusia itu pelbagai. Kita ialah homo sapien, spesis-spesis lain kita ada seperti homo erectus, homo florensiensis dan sebagainya. Persoalan saya di sini ialah boleh jadi manusia itu wujud sejak zaman pra Adam lagi. Mungkin merekalah makhluk yang disebut dalam al-Quran sebagai kaum yang selalu menumpahkan darah, sebab mereka sudah pupus. Hal tafsiran ini saya lebih suka diserahkan kepada ahlinya. Wallahalam. Namun, bagi hal evolusi, saya merupakan ahli bagi ilmu tersebut. Evolusi tak bercanggah dengan ajaran Islam.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

1 Comment

  1. teori evolusi darwin bukannya manusia berasal daripada monyet, tapi manusia dan monyet mempunyai ‘moyang’ yang sama.

Reply To Rahmad Cancel Reply