Bagaimana Kebakaran Menghasilkan Ribut Petir?

235

https://bit.ky/kombowww

Api mempunyai tiga unsur utama iaitu haba, bahan bakar dan oksigen. Dalam kebakaran liar, gelombang haba merupakan sumber yang mengakibatkan kebakaran. Pemicu yang menyebabkan kebakaran boleh jadi disebabkan oleh talian kuasa elektrik ataupun petir.

Gelombang haba ini umpama minyak petrol. Minyak petrol kalau disimbah pada pokok kering pun, pokok kering itu tidak akan terbakar melainkan ada pemicunya seperti mancis. Malah, kalau sebatang pokok disambar petir pun tidak mengakibatkan kebakaran satu hutan. Justeru, gelombang haba telah menjadi bahan petrol yang menyebabkan berlakunya kebakaran liar.

Di California pada 16 Ogos baru-baru ini telah berlakunya kebakaran liar yang berpunca daripada gelombang haba dan dipicu oleh petir. Darjah kekeringan suatu landskap akan menentukan bagaimana kebakaran bermula dan berapa cepat kebakaran itu berlaku. Semakin kering keadaan landskap, semakin cepat suatu kawasan itu terbakar dan semakin cepat apinya merebak.

Keadaan cuaca kebakaran akan menjadi ekstrim apabila suhunya tinggi, kelembapan persekitaran yang rendah dan tiupan angin yang kuat.

Api mampu menyebabkan perolakan – udara panas meningkat lalu menggerakkan wap air, gas dan aerosol ke atas. Daripada sini, awan pyrocumulus ataupun dikenali sebagai awan api (fire cloud) terbentuk.

Pembentukan awan ini bagus kerana ia akan menurunkan hujan untuk memadamkan kebakaran. Namun, sekiranya kebakaran terlalu merebak dan meluas, awan yang lebih besar akan terbentuk lalu menghasilkan ribut petir yang akan membakar lebih banyak hutan.

RUJUKAN:

  1. Here’s How Extreme Wildfires Can Unleash Thunderstorms And ‘Fire Tornadoes’

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.