Jepun merupakan sebuah bangsa yang senantiasa menyelesaikan sesuatu masalah. Tidak kira besar atau kecil, mereka berhempas-pulas untuk  memperolehi solusi.

Jadi apabila mereka meletakkan mata pada masalah serpihan angkasa, tentu sekali idea dibentangkan memang baik. Seluruh dunia yang mempunyai agensi angkasa cuba menyelesaikan isu ini.

Serpihan angkasa ini biasanya sisa daripada barangan besi atau elektronik yang dilancarkan – seperti satelit misalnya.

Kemudian barangan ini kembali ke Bumi. Faktor semulajadi kemudian membakarkan barangan tersebut, menyebabkan segala macam kesan pada Bumi.

Jadi sebuah syarikat rintisan Sumitomo Forestry sedang berpakat dengan Universiti Kyoto untuk memperbaharui teknologi satelit.

Asasnya sebuah satelit bantu memberikan maklumat perihal ais, awan dan lautan. Maklumat ini banyak menyumbang pada pemahaman mengenai alam sekitar.

Satelit juga mengukur gas atmosfera, seperti lapisan ozon. Maka pakatan Sumitomo Forestry dan Universiti Kyoto cuba memperolehi solusi dengan menggunakan kayu.

Pelan ini masih lagi dalam fasa perancangan pada matlamat akhir: serpihan angkasa. Bahan kayu jika berjaya dijadikan barangan angkasa boleh menyelesaikan banyak perkara.

Setakat ini satelit besi meninggalkan zarah yang terapung-apung di atmosfera selama bertahun.

Jika satelit kayu memasuki atmosfera, faktor semulajadi tetap akan membakar. Namun kayu akan hilang begitu sahaja, tanpa melepaskan bahan-bahan merbahaya. Serpihan ini juga tidak meninggalkan sisa yang membahayakan Bumi.

Walau bagaimanapun, masalah serpihan angkasa jauh lebih meluas. Satelit bukan barangan utama yang berapungan di ruangan angkasa.

Banyak serpihan terdiri daripada roket yang terpisah daripada kapal angkasa setelah berlepas dari Bumi.

Roket-roket ini mustahil boleh dikayukan. Namun sebarang pengurangan tentu sekali memberikan kesan positif dan sama ada berjaya atau gagal boleh tahu pada tahun 2023, apabila satelit kayu dilancarkan Jepun.

Anda juga boleh membaca artikel ini di portal kewangan dan ekonomi kami, The Outlook Asia. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.