Bagaimana Islam Mengatasi Keganasan?

373

Keg4nasan dan fahaman ekstr3misme yang terpalit pada umat Islam terus menjadi isu global dengan pembvnuhan seorang guru di Paris dua hari yang lalu, guru itu telah dipengg4l kepalanya di tempat awam pada siang hari. Seorang pelarian Rusia Chechen berusia 18 tahun telah dikenal pasti sebagai suspek dalam pembvnuhan guru itu di pinggir bandar Paris.

Suspek yang didakwa sebagai penyer4ng, Abdoullakh Abouyezidovitch, telah ditemb4k m4ti oleh pihak polis pada petang Jumaat di Éragny, kawasan yang sama di mana m4yat Samuel Paty, seorang guru sejarah dan geografi berusia 47 tahun di College du Bois d’Aulne, ditemui.

Siasatan punca kejadian menunjukkan bahawa Paty telah mengatur satu kelas yang mengajarkan subjek tentang kebebasan bersuara dengan menunjukkan lukisan karikatur Nabi Muhammad S.A.W. yang pernah diterbitkan oleh majalah satira, Charlie Hebdo.

Kartun satira itu pada mulanya diterbitkan oleh sebuah akhbar Denmark pada tahun 2005, dan kemudian diterbitkan semula oleh Charlie Hebdo pada tahun 2006. Pada Januari 2015, seramai 17 orang terbvnuh dalam ser4ngan pengg4nas yang bermula di pejabat Charlie Hebdo dan terus berlangsung selama tiga hari.

Pada 7 Oktober, bapa kepada salah seorang murid Paty menggunakan Facebook untuk mendesak pihak sekolah supaya tindakan diambil terhadap Paty, dia mendedahkan nama Paty secara langsung dan mahu Paty dipecat dari bertugas di sekolah itu. Dia telah memfailkan aduan terhadap Paty pada 8 Oktober dan memuatnaik sebuah video di YouTube yang menyasarkan guru tersebut pada 12 Oktober.

Nordine Chaouadi, bapa salah seorang murid di sekolah itu, memberitahu media Perancis bahawa guru itu telah membawa anak-anak murid yang beragama Islam keluar dari kelas sebelum memulakan kelas dan menunjukkan karikatur yang sensitif itu.

“Anak saya memberitahu saya bahawa tindakan itu hanya untuk menjaga perasaan mereka, ia berdasarkan kesedaran terhadap sensitiviti Muslim, kerana dia harus menunjukkan karikatur yang agak kontroversi untuk eksperimen kelasnya dan hanya menyatakan kepada anak-anak Muslim: ‘Keluarlah, saya tidak mahu melukai perasaan anda.’  Itulah yang diberitahu oleh anak saya,”

Kronologi tr4gedi ini jelas menunjukkan inilah kemuncak tertinggi peranan media sosial yang menjadi tempat menyebarkan kebencian hingga kita tidak sedar yang golongan pelampau ini telah pun wujud di sekeliling kita.

Namun bapa tersebut memilih untuk menyebarkan tuduhan ‘menghina’ tanpa usul periksa, hasilnya, Islam yang baru hendak memulihkan imej dari terpalit dengan gerakan pengg4nas kini terpaksa sekali lagi menghadapi kebencian dunia gara-gara tindakan seorang bapa yang terlalu sensitif lalu menyebabkan berlakunya pembvnuhan kej4m.

Samuel Paty

Apa yang pasti, sebagai umat Islam, kita harus tahu bahawa tindakan pelampau yang membvnuh insan yang tidak bersalah samada di kediaman atau rumah ibadat mereka, hatta di jalanan atau semasa menjalani rutin perniagaan seharian, hanya akan menimbulkan kemarahan, ketakutan dan kesedihan.

Bahkan, tindakan sebegitu langsung tidak mencerminkan keperibadian sebenar Rasulullah S.A.W. yang meletakkan nilai kesabaran sebagai prioriti dalam apa jua keadaan, itulah yang sepatutnya menjadi identiti Islam yang sebenar namun Islam turut memiliki ketegasan mengikut kesesuaian waktu.

Berdasarkan peristiwa menyedihkan ini, penulis menyimpulkan terdapat beberapa perkara yang lebih bersifat salah faham terhadap tindakan guru terbabit, sifat terburu-buru seseorang yang lebih memilih untuk menularkan suatu perkara tanpa menyiasat kebenarannya dahulu, serta peranan media sosial hari ini yang jelas tidak boleh dipandang ringan lagi, suatu hari nanti tidak mustahil seseorang boleh dibvnuh kerana hasutan dan salah faham isu di media sosial.

Situasi begini hanya akan mencipta kitaran kebencian dan penentangan antara manusia, dan mengundang pembalasan. Keg4nasan adalah satu kitaran yang keji, nyawa manusia yang adakalanya tidak bersalah seolah-olah tidak ada harga, yang pasti ia tetap menjadi malapetaka yang tidak boleh dielakkan bagi pelakunya, itulah harga bagi kemanusiaan.

Guru tersebut mungkin juga tidak sepatutnya menggunakan material yang menyentuh sensitiviti umat Islam yang sudah sedia tercabar hanya untuk mendidik pelajarnya memahami erti kebebasan bersuara, dia juga patut sedar bahawa material yang dia gunakan sebagai contoh itu pernah meng0rbankan banyak nyawa beberapa tahun lepas.

Namun jika melihat pada keterangan kes, tidak ada sebarang unsur penghinaan terhadap Islam, melainkan ia hanya digunakan sebagai contoh dari sejarah hitam yang berpunca dari karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W. itu, maka, tanpa maklumat dan penjelasan yang terperinci, ibu bapa yang tersinggung telah bertindak menularkan kejadian itu dengan tanggapan bahawa guru itu menghina Nabi mula berkembang di dalam media sosial, sekaligus menjadi penyebab utama guru itu dibvnuh dengan kej4m.Tetapi apabila pelampau Muslim sendiri menyokong gerakan pengg4nas seperti IS adalah gerakan jihad bertindak membvnuh ramai orang bukan Islam yang tidak bersalah, ketika itulah media akan menggambarkan umat Islam di seluruh dunia secara kolektif dan keseluruhan sekurang-kurangnya sebagai “tidak bertanggungjawab” atau tiada keinginan untuk “bersolidariti”.Namun sejak dari tr4gedi 9/11 lagi, umat Islam selalu digambarkan oleh media sebagai gemar bermain ‘victim card’, sebagai contoh, ketika tr4gedi pembvnuhan jemaah Masjid Christchurch di New Zealand, seluruh dunia tanpa mengira agama dan bangsa bersolidariti untuk mangsa-mangsa beragama Islam.

Namun sejauh manakah kebenarannya? Betul ke nyawa kaum lain tiada nilai di mata orang Islam?

Bagaimanakah pemimpin masyarakat Muslim boleh membantu mengurangkan stigma negatif dunia terhadap Islam? Penulis cuba memikirkan cara yang lebih spesifik bagaimana pemimpin Muslim harus bertindak balas terhadap stigma pembenci Islam dan sekaligus menjadi model mewakili masyarakat Muslim yang sering dipersalahkan.

Sebenarnya, terdapat ramai pemimpin Islam yang mengutuk ser4ngan keg4nasan yang menunggang nama Islam secara terang-terangan. Bahkan pada bulan Mei 2017, 70 orang ulama dari tiga buah negara majoriti Muslim – Pakistan, Afghanistan dan Indonesia – mengeluarkan Fatwa menentang keg4nasan dan ekstr3misme dalam apa jua bentuk. Fatwa tersebut berbunyi:

“Kami mengulangi pendirian tegas kami bahawa keg4nasan dan ekstr3mis, tidak patut dan tidak boleh dikaitkan dengan agama, kewarganegaraan, peradaban atau kumpulan etnik, kerana ekstr3misme dan keg4nasan dalam segala bentuk dan manifestasi termasuk keg4nasan terhadap orang awam dan ser4ngan berani m4ti adalah jelas bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam yang sebenar”.

Walau bagaimanapun, para pemimpin Muslim masih sering dipertanggungjawabkan. Mereka dijadikan sandaran dalam usaha mengawal tindakan pengg4nas yang mengakibatkan persepsi r4dikal melekat terhadap umat Islam, atau, lebih teruk lagi, adakalanya dituduh sebagai simpatisan pengg4nas itu sendiri.

‘Lain-lain’

Kajian sebelum ini mendapati bahawa kunci permasalahan utama adalah orang Islam secara lazimnya dilabel sebagai “lain-lain” dalam konteks identiti etnik atau dianggap sebagai satu kumpulan yang berbeza dan asing dengan “dunia Barat”. Hasilnya, pemimpin Muslim di Barat menghadapi persepsi prejudis ketika mereka cuba bersuara untuk diri sendiri dan masyarakat Muslim, terutamanya apabila mesej mereka tidak menemui titik persamaan dengan pendapat majoriti.Benar, ketika para pemimpin Muslim bertindak balas terhadap ser4ngan pengg4nas, mereka tersepit di antara jangkaan dan pandangan berbeza. Di mata masyarakat yang lebih luas, sama ada komuniti Muslim harus dikasihani sebagai mangsa keadaan yang terpalit oleh sesetengah ideologi r4dikal di antara mereka, atau mereka memang layak diaibkan kerana berkongsi kepercayaan terhadap Tuhan yang sama.

Lebih dari satu abad yang lalu, W. E. B. Du Bois membincangkan secara terbuka tentang budaya memberi label “lain-lain” terhadap orang kulit hitam Amerika pada awal abad ke-20. Dalam teks seminalnya, The Souls of Black Folk, dia berpendapat bahawa masalahnya bukan hanya tentang bagaimana kumpulan dominan mengkategorikan kumpulan minoriti dengan cara stereotaip, tetapi juga tentang bagaimana masyarakat ini boleh melihat diri mereka dari perspektif kumpulan dominan.

Kecaman terhadap keg4nasan yang dilakukan oleh pemimpin Muslim sahaja tidak mampu membersihkan imej orang Islam, kerana mereka masih dilabel sebagai “lain-lain”, yang secara kolektif akan dianggap sebagai bertanggungjawab, dan dianggap tetap terkait dengan tindakan sesetengah pihak.Begitu juga sekiranya orang Islam hanya tahu meletakkan diri mereka sebagai mangsa keadaan, ia hanya akan menguatkan lagi persepsi bahawa orang Islam itu banyak kelemahan, ia menggambarkan umat Islam tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri, dan secara tidak langsung ini seolah-olah menunjukkan bahawa umat Islam sebenarnya perlu “diselamatkan” sedangkan hakikatnya Islam itu muncul sebagai penyelamat.

Tetapi budaya marginalisasi kumpulan seperti itu sendiri berpotensi menaburkan benih keg4nasan yang lebih teruk. Pemimpin parti Islam terbesar di Sri Lanka, Rauff Hakeem, menegaskan bahawa perasaan terpinggir di kalangan umat Islam mungkin akan memburukkan lagi keadaan terutamanya jika diskriminasi terhadap mereka terlalu melampaui batasan.

Sekiranya umat Islam yang merupakan kaum minoriti di Sri Lanka, terus dilabel sebagai “lain-lain”, tidak mungkin akan wujud kesedaran dunia tentang perbezaan di antara pengg4nas, penjenayah – dan penganut agama yang normal. Ketegangan mungkin akan meningkat. Seperti yang dikatakan oleh Hakeem:

“Ini adalah faktor yang membimbangkan bagi kita semua. Rasa terpinggir boleh menyebabkan percambahan mentaliti rasa tidak selamat yang serius. Kita tidak sepatutnya membangunkan tanah yang subur ini hanya untuk membiarkan budaya r4dikalisasi berkembang lebih jauh.”

Tindakbalas Yang Harus Dicontohi

Laporan tentang bagaimana para pemimpin Muslim bertindak balas selepas tr4gedi pengeb0man Boston Marathon pada April 2013, yang meng0rbankan tiga orang dan menc3derakan ratusan lagi menunjukkan bahawa pemimpin masyarakat minoriti berupaya mencetuskan naratif alternatif yang membantu membentuk semula perspektif dominan

Berikutan pengeb0man Boston Marathon, para pemimpin Muslim melipat gandakan usaha mereka dalam pembangunan masyarakat dan menjalin hubungan erat dengan kumpulan lain yang berbeza kepercayaan.

Dan apabila mereka mengeluarkan kenyataan di media, mereka membincangkan apa yang telah mereka usahakan untuk menyumbang semampu yang boleh terhadap masyarakat.

Berbanding amalan biasa pemimpin Islam yang lazimnya hanya tahu mengutuk keg4nasan atau mengucapkan takziah terhadap mangsa yang terk0rban, mereka di Boston ini lebih menekankan kepentingan dari segi pemulihan, penyembuhan dan perkembangan samada untuk komuniti Muslim mahu pun bukan Islam.

Pemimpin Muslim di Boston tidak mahu hanya sekadar mengutuk ser4ngan itu tetapi mereka bertindak melangkah lebih jauh dengan menghormati dan turut serta berkabung untuk mangsa yang terk0rban bersama-sama dengan individu dan komuniti lain yang terlibat dalam ser4ngan tersebut.

Mereka juga menganjurkan sesi kaunseling dan memberi sokongan dari segi moral dan memenuhi keperluan tertentu mangsa ser4ngan. Mereka membentuk pemikiran masyarakat dengan menyingkirkan persepsi negatif terhadap Islam dalam ser4ngan itu, malah kini mereka telah berkembang dan sekarang turut terlibat dalam kempen mendesak kerajaan Amerika Syarikat supaya mengawal isu senjata haram, memperluaskan akses penjagaan kesihatan dan membantu menyelesaikan masalah gelandangan di Boston.

Ternyata usaha ini menarik perhatian media-media tempatan yang semenjak dari itu mula membuat liputan yang berbeza bagi masyarakat Muslim di Boston, mereka mula mengakui bahawa terdapat usaha yang amat besar oleh orang Islam dalam memer4i berbagai masalah sosial dan ekstr3misme.

Dengan mencontohi usaha sebegini secara besar-besaran, nescaya para pemimpin Muslim mampu membantu membersihkan identiti Islam, mampu menghapuskan persepsi “lain-lain”, bahkan mampu menjadi sebahagian daripada arus perdana. Inilah sebenarnya apa yang dituntut oleh Islam, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

Dan ini akan membolehkan seluruh masyarakat bertindak balas terhadap keg4nasan secara lebih kolektif, tetapi tidak lagi membentuk mentaliti yang mengaitkan keg4nasan dengan kepercayaan agama dan menghalang sebarang usaha pihak pelampau yang mahu menjadikan umat Islam sebagai kambing hitam bagi menjayakan agenda jahat mereka.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.